Sunday 2 October 2011

DIMENSI KELUARGA/ MASYARAKAT SOALAN SPM SEBENAR

BAHAGIAN B - DIMENSI KELUARGA/ MASYARAKAT (SOALAN NO. 2)

SPM 2005

Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

SPM 2006

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sempena sambutan Hari Keluarga, anda diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk ”Menghargai Jasa Ibu Bapa”.

Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

SPM 2007

Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak membawa kebaikan kepada keluarga dan negara.

Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu.

SPM 2008

Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang.

Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.

SPM 2009

Aktiviti bercucuk tanam untuk keperluan harian di sekitar rumah seperti penanaman cili, serai dan sayur-sayuran perlu digalakkan dalam kalangan masyarakat.

Huraikan kebaikan-kebaikannya.

SPM 2010

”Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.”

Situasi seperti yang di atas seharusnya tidak berlaku dalam sesebuah masyarakat.

Jelaskan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa.


(Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...