Sunday 2 October 2011

DIMENSI DIRI SOALAN SPM SEBENAR

BAHAGIAN B - DIMENSI DIRI (SOALAN NO. 1)

SPM 2005

Remaja memang suka mengikut trend semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian. Trend ini akan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang.  

Ulas pernyataan di atas.

SPM 2006

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan pada masa ini.

Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menguasai kemahiran ICT.

SPM 2007

Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda ialah ’Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti’

Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.

SPM 2008

Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda.

Sediakan laporan itu selengkapnya.

SPM 2009

Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.

Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.

SPM 2010

Anda telah dilantik sebagai pengawas sekolah.

Sebagai pengawas, bincangkan peranan anda untuk membantu pihak sekolah membentuk murid yang berdisiplin.

(Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...