PENGIKUT

Sunday, 2 October 2011

DIMENSI ANTARABANGSA SOALAN SPM SEBENAR

BAHAGIAN B - DIMENSI ANTARABANGSA (SOALAN NO. 4)

SPM 2005

Pada masa ini, persengketaan dan peperangan masih berlaku di beberapa tempat. Hal ini telah menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

SPM 2006

Masalah jerebu yang berlaku di rantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama dengan negara-negara jiran.

Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut.

SPM 2007

Kemiskinan masih menjadi masalah utama di kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak negara kaya di dunia.

Sarankan bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negara-negara miskin.

SPM 2008

Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

SPM 2009

Pemanasan global telah menjadi isu antarabangsa. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah ’Kesan-Kesan Pemanasan Global terhadap Bumi dan Hidupannya’

Tulis rencana itu selengkapnya

SPM 2010

Penyakit berjangkit seperti selesema burung, influenza A (H1N1) dan meningitis atau radang otak telah menjadi isu global.

Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk menangani wabak penyakit tersebut.

(Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia)

No comments:

Post a Comment