Sunday 2 October 2011

DIMENSI KOMSAS SOALAN SPM SEBENAR

BAHAGIAN B -  KOMSAS (SOALAN NO. 5)

SPM 2005

”Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” bermaksud perpaduan dapat diwujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat.

Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis cerpen yang menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk.

SPM 2006

Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

SPM 2007

Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir dengan dialog di bawah.

Adam     : Aku menyesal, segala-gala yang aku lakukan selama ini memang salah!

Haris       : Syukurlah, engkau telah sedar! Masih belum terlambat untuk engkau kembali ke pangkal jalan.

SPM 2008

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia.

Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat

SPM 2009

Anda telah membaca sebuah novel yang mengandungi banyak pengajaran.

Berdasarkan novel tersebut, jelaskan pengajaran-pengajaran yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita.

SPM 2010

Peribahasa ’Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, membawa maksud bahawa jika ada azam dan usaha, pasti ada kejayaan.

Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut.


(Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...