PENGIKUT

Saturday, 1 October 2011

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)




PANTUN
MAKSUD
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut

Orang yang berbuat baik akan sentiasa dikenang dan nama mereka akan sentiasa disebut


Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Mengikut adat di dunia orang yang berbuat baik akan sentiasa disebut walaupun telah meninggal dunia


Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Budi yang ditabur walaupun sedkit tetapi tidak akan hilang dalam ingatan dan menjadi kenangan sampai bila-bila


Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
Budi baik yang diterima tidak dapat dibalas walaupun seribu tahun

 




ASPEK-ASPEK KOMSAS 



ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN
Tema
Kepentingan budi pekerti yang baik
Budi sangat tinggi nilainya dan sentiasa dikenang sehingga akhir hayat





Persoalan

Persoalan ketinggian nilai budi
Budi sangat berharga dan tidak ternilai
Persoalan mengenang jasa orang yang berbudi
Nama orang yang berbudi akan sentiasa disebut
Persoalan budi sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia
Mengikut adat dunia, budi akan sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia
Persoalan kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan
Budi akan merapatkan hubungan antara insan kerana jasa mereka akan dikenang
Persoalan jasa yang ditabur tidak dapat dibalas
Budi yang ditaburkan sangat bernilai dan akan diingati walaupun seribu tahun
Persoalan tanggungjawab untuk membantu orang lain
Setiap individu perlu bertanggungjawab untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan





Nilai
Menghargai budi
Budi yang ditaburkan sentiasa akan dikenang walaupun dia telah tiada
Mengenang jasa
Orang yang menerima kebaikan daripada orang lain perlu mengenang jasa mereka
Keikhlasan
Keikhlasan membantu orang lain tanpa mengharapkan ganjaran
Baik hati
Setiap otang perlu membantu orang lain yang berada dalam kesusahan
Kasih sayang
Hubungan antara manusia akan menjadi rapat hasil daripada budi yang ditaburkan





Pengajaran
Kita hendaklah berbudi kepada orang lain
Seseorang perlu berbuat baik kepada orang lain untuk meringankan beban mereka
Kita hendaklah ikhlas menabur budi
Seseorang perlu ikhlas menabur budi tanpa mengharapkan ganjaran
Kita perlu menghargai budi yang ditaburkan oleh orang lain
Budi yang ditaburkan akan menjadikan hubungan sesama insan menjadi rapat
Kita mesti mengasihi antara satu sama lain
Kasih sayang yang wujud akan menjadikan kehidupan lebih sejahtera
Kita hendaklah mengenang jasa yang telah ditaburkan
Budi yang ditaburkan perlu dikenang walaupun telah meninggal dunia


2 comments: