PENGIKUT

Friday, 30 September 2011

CERPEN IBU DAN CEPER


ASPEK-ASPEK KOMSAS

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN

Tema
Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan
Ibu gigih menceri rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman padi






Persoalan

Persoalan kepentingan air dalam kehidupan
Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya
Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar
Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala sampah
Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam
Kasih saayng aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya
Persoalan tanggungjawab terhadap keluarga
Aku menjaga ibu dan bapa yang telah uzur dengan penuh tanggungjawab dan mengambil alih tugas mengusahakan sawah
Persoalan kepentingan menjaga sungai
Sikap masyarakat yang tiada tanggungjawab menjaga sungai yang telah menjadi sumber rezeki kepada penduduk kampung
Persoalan kegigihan mencari rezeki
Ibu mengerjakan sawah dengan gigih tanpa sokongan ayah yang sibuk memikat burung
Watak & perwatakan




Ibu
Cekap bekerja
Ibu boleh melakukan kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja
Rajin
Rajin – ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat kerat, tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung
Bermasyarakat
Bermasyarakat – walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia
Kuat semangat
Kuat semangat – walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula
Watak & perwatakan

Aku
Penyayang
Penyayang – Aku menyayangi ibu walaupun ibu telah meninggal dunia dan masih mengingati pengorbanan ibu walaupun telah 40 tahun berlalu
Bertanggungjawab
Bertanggungjawab – Aku bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua


Latar masa
Masa kini
Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu
10 tahun yang lalu
Ibu lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah Aku teruskan dengan isteri
40 tahun yang lalu
Ketika ibu masih muda dan Aku masih teruna
Siang
Sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya
Malam
Gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap cergas


Latar tempat
Di sebuah desa
Tempat tinggal ibu, ayah dan aku
Kawasan sawah padi
Tempat ibu dan orang kampung bekerja
Sebatang sungai
Tempat anak-anak kampung mengagau ikan
Telaga
Tempat ibu mengambil air ketika kemarau
Rimba belantara
Tempat bapa berdenak ketitir
Sungai Ceper
Tempat penduduk kampung termausk ibu mendapat sumber air





Latar masyarakat
Masyarakat petani
Keluarga Aku mengusahakan sawah padi dengan cara tradisional seperti menajak dan menyisir selut
Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup
Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau
Masyarakat yang tidak bertanggungjawab
Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya
Masyarakat yang gigih
Ibu mengerjakan sawah dengan tulang empat keratnya walaupun ayah tidak membantunya
Masyarakat yang bertanggungjawab
Aku membantu menguruskan ibu yang lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi dan mengambil alih kerja-kerja sawah




Nilai
Tanggungjawab
Sikap tanggungjawab ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya
Kegigihan
Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga
Kesabaran
Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga
Kerajinan
Ibu rajin mengusahakan sawah seorang diri tanpa bantuan suami
Penyayang
Aku menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah tiada lagi








Pengajaran
Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak akan hidup dalam kesusahan
Ibu bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga dengan mengusahakan sawah walaupun tanpa bantuan ayah
Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri
Ibu tidak mempedulikan sikap ayah yang enggan membantunya mengerjakan sawah kerana tidak mahu hubungan antara mereka mempunyai masalah
Kita perlu menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara
Aku menjaga ibu yang lumpuh dengan penuh kasih sayang kerana pengorbanan ibu tidak terhingga nilainya
Jangan kita mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu  akan membawa keburukan kepada masyarakat
Sikap penduudk kampung yang membuang sampah sarap termasuk bangkai haiwan menyebabkan Sungai Ceper sudah tercemar sehingga menyusahkan mereka sendiri
Jangan kita mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga kerana kehidupan akan menjadi susah nanti
Sikap ayah yang mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga amat dikesali kerana tanggungjawab itu telah dipikul oleh ibu




Gaya Bahasa
Kata ganda
kehijau-hijauan
Simpulan bahasa
naik angin
Simile
Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang
Personifikasi
kudengar ngauman Ceper
Hiperbola
Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkah perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing





No comments:

Post a Comment