Sunday 18 September 2011

CONTOH JAWAPAN PEMAHAMAN KOMSAS DRAMA GELANGGANG TUK WALI




Soalan 2 (b) : Petikan drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

TUK WALI : (Bangun dan mengingati sesuatu) Di rumah Haji Kodri tadi aku tau aku memang sengaja dimalukan. Aku tau mereka Cuma jadikan Si Piee tu kambing hitam! sasarannya aku, Umi! Aku! Mereka mempersendakan tiap gerak dan kata-kata aku! Sampaikan cara aku bersampingpun dipersenda! Tapi aku tak peduli semua itu. Buruk sangat ke tingkah laku aku ni? Aku Cuma bersilat dalam gelanggang! Silat itulah yang aku gerakkan sejak 50 tahun lalu! Dulu, semua jurus, pengunci dan penangkis pukulan itu dikagumi, dipuji dan dianggap hebat. Tiap gelanggang bila aku bersilat, penuh sesak orang datang nak melihat dan mencuri gelak! (Hampa) Tapi, sekarang tiap langkah aku baik di luar apalagi di dalam gelanggang, dicemuh, dihina dan diketawakan! Apa salah aku pada mereka. Umi! Besar sangat ke dosa aku ni? Cuma kerana terus bersilat?
Aku Cuma tau bersilat, mencari akar kayu, meracik , mengurut bila ada yang patah atau terkehel, mengubat orang sakit yang sudah tidak diterima lagi oleh doktor! kerja pinang-meminang, jadi tuk mudin pun aku! Menggali liang kubur pun aku! Sampai nak mandikan mayat pun aku dicari. Tapi, kerana aku terus bersilat maka aku dicemuh, dihina sehina-hinanya! Adil ke, Umi? Adil ke? Aku tak pernah minta disanjung! Aku tak tergamak minta upah setiap kali menolong orang! Tak sampai hati aku, Umi! Tapi, mereka sampai hati menjatuhkan maruah aku! Mereka tergamak menghina dan mempermainkan aku di majlis orang! Aku malu, Umi! Malu!

MAK UMI : (lembut) Ripin kan ada, murid awak yang lain tu semuanya boleh bersilat! Biarlah mereka saja yang turun ke gelanggang.

(Dipetik daripada drama ”Gelanggang Tuk Wali” Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan masalah yang dihadapi oleh Tuk Wali?                                                                                      [3 markah]                                                                                         
Masalah yang dihadapi oleh Tuk Wali ialah dia sengaja dimalukan di hadapan khalayak di rumah Haj Kodri. Selain itu, mereka mempersendakan setiap gerak dan kata-kata Tuk Wali. Akhir sekali mereka mencemuh Tuk Wali bersilat sehingga menjatuhkan maruahnya.


(ii) Pada pendapat anda, adakah wajar Tuk Wali dimalukan di hadapan khalayak. Berikan tiga sebab.                                                                                                                                                                                          [3 markah]

Pada pendapat saya tidak wajar Tuk Wali dimalukan di hadapan khalayak. Sebab saya berpendapat sedemikian ialah Tuk Wali merupakan jaguh silat yang disegani di kampungnya sehingga anak muda ramai belajar silat dengannya. Selain itu, orang seperti Tuk wali perlu disanjung kerana bersemangat mempertahankan silat yang merupakan seni mempertahankan diri yang diwarisi sejak zaman berzaman. Akhir sekali, Tuk Wali merupakan orang yang berpengaruh di kampungnya kerana masyarakat banyak menggunakan khidmat beliau dalam apa-apa majlis.



(iii) Terangkan satu perwatakan Tuk Wali dalam petikan dan dua perwatakan lain dalam keseluruhan drama.                                                                                                                                                                                                       [3 markah]

Perwatakan Tuk Wali dalam petikan ialah sorang yang merendah diri. Sebagai contoh, Tuk Wali tidak minta disanjung walaupun dia banyak membantu penduduk kampung seperti mengurut, mengubat, meminang, menjadi tuk midin, menggali kubur dan memandikan mayat. 

Perwatakan Tuk Wali dalam keseluruhan Drama ialah seorang yang berani. Sebagai bukti, Tuk Wali berjaya menewaskan perompak yang bersenjatakan parang, pistol dan kapak di sebuah kedai emas. Selain itu, Tuk Wali juga seorang yang bersemangat tinggi. Sebagai contoh, dia bersemangat mempertahankan ilmu persilatan yang dipelajarinya supaya kebudayaan ini tidak lenyap ditelan zaman. 

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...