Thursday 29 September 2011

SEMANGAT KEJIRANAN DALAM MASYARAKAT

Semangat kejiranan : masih utuh atau sudah pudar?










Ikatan kejiranan dianggap sebagai pelengkap kepada hubungan antara individu dalam sesuatu masyarakat. Dalam masyarakat Melayu tradisional, fungsi dan tanggungjawab jiran dianggap penting oleh agama dan adat. Semangat kejiranan yang luhur ini diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu dengan pelbagai cara. Bagaimanapun, apabila masyarakat Melayu mengalami perubahan dan kemodenan, ikatan kejiranan sedemikian telah semakin meluntur. Hal ini demikian kerana ada segelintir masyarakat Melayu kita sudah bersikap individualistik. Apa yang berlaku di sebelah rumah sudah tidak diketahui lagi lantaran tuntutan hidup yang semakin membebankan. Mereka keluar bekerja pada awal pagi dan pulang lewat malam sehingga tidak sempat untuk berjumpa dengan jiran. Keadaan ini amat membimbangkan kerana tidak mustahil pada suatu masa nanti semangat kejiranan akan hilang dalam masyarakat Melayu. Oleh itu, usaha-usaha perlu dilakukan agar semangat kejiranan tidak akan hilang dalam kalangan masyarakat kita.



No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...