Sunday 18 September 2011

CONTOH JAWAPAN PEMAHAMAN KOMSAS PROSA KLASIK MERAH SILU




Soalan 2 (c) : Petikan Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Puteri Betong mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepalanya, tetapi ia tidak diketahui suaminya sehinggalah pada suatu hari, terlihat suaminya ketika puteri sedang menyikat rambut.
Kata Merah Gajah kepada isterinya, Wah adinda, mari hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu!”
Jawab tuan puteri itu, ”Jika rambut hamba sehelai itu dicabut oleh tuan hamba, alamat perceraian tuan hamba dengan hamba.”
Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambut itu, tetapi tidak dibenarkan oleh isterinya. Pada suatu hari, semasa isterinya sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. Baginda menyangka tiada apa-apa yang akan berlaku. Apabila rambut itu tercabut, keluarlah darah dari liang rambut. Sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong pun hilanglah.
Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja Muhammad. Ujar hamba sahaya itu,”Ya tuanku, paduka anakanda tuan kami, Puteri Betong telah hilanglah sebab dibantunnya oleh Merah Gajah sehelai rambutnya di tengah kepalanya!” Setelah Raja Muhammad mendengar khabar inang itu baginda merasa amat marah. Baginda menghimpunkan segala askar pergi mendapatkan Merah Gajah lalu dibunuhnya.

(Dipetik daripada ”Merah Silu” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)       Apakah maksud rangkai kata alamat perceraian tuan hamba dengan hamba                    [2 markah]
       
Maksud rangkai kata tersebut ialah menandakan perpisahan antara adinda dengan kekanda


(ii) Apakah yang berlaku kepada Puteri Betong apabila suaminya mencabut sehelai rambut
di tengah kepalanya.                                                                                                                                  [2 markah]

Apabila suaminya mencabut sehelai rambut di tengah kepalanya maka keluarlah darah daripada liang rambut tersebut. Selain itu, sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong pun hilang.




(iii) Pada pendapat anda, adakah wajar Raja Muhammad membunuh Merah Gajah? Berikan alasan anda.                                                                                                                                                [4 markah]

Pada pendapat saya Raja Muhammad tidak wajar membunuh Merah Gajah. Alasan saya berpendapat sedemikian ialah ada cara lain yang boleh dilakukan oleh Raja Muhammad untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh baginda. Selain itu, Raja Muhammad bertindak secara terburu-buru tanpa membuat pemeriksaan yang teliti. Alasan lain ialah Merah Gajah tidak mengetahui akibat perbuatan itu boleh menyebabkan Tuan Puteri hilang. Akhir sekali, perbuatan Merah Gajah boleh dirujuk kepada pihak berkuasa, bukannya mengambil tindakan sendiri. 

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...