Wednesday 21 September 2011

CONTOH JAWAPAN PEMAHAMAN KOMSAS DRAMA FORUM REMAJA 2020




Soalan 2 (b) : Petikan drama

MU 1 : Sebenarnya apa yang kami lakukan tadi hanyalah sebagai ujian sahaja, untuk melihat sejauh mana dan sedalam mana perhatian dan cinta saudara kepada tanah air saudara.
CHONG : Maafkan saya, saya ingat betul-betul tadi!
MU 11 : Nampaknya, cinta saudara terhadap Malaysia sungguh mendalam. Itu satu petanda yang baik sekali.
Ketiga-tiga pelajar rasa bangga dengan pujian itu.
MU 1 : Tapi perasaan cinta saja tidak mencukupi!
SALMAH : Perasaan lagi!
CHANDRAN : Apakah ayat saudara itu tadi marupakan permulaan kepada ujian yang baru?
MU 11 : Bukan ujian baru. Tapi lanjutan kepada yang tadi. Sebagai orang muda, saudara-saudara perlu menghadapi dan menjalani banyak ujian. Barulah ketahanan diri dapat dibina. Justeru, akhirnya dapat menjamin ketahanan bangsa dan negara!
CHONG : Bolehkah kami tanya satu soalan? Antara ramai orang, mengapa kami yang saudara pilih?
MU 1 : Saudara kami pilih kerana saudara mewakili generasi muda yang merupakan sebahagian besar penduduk di negara ini.
CHANDRAN : Untuk lebih tepat lagi, mengapa kami bertiga yang saudara pilih?
MU 1 : Kami pilih kerana saudara merupakan bakal pemimpin negara ini.
Ketiga-tiga pelajar memandang sesama sendiri dengan tanda tanya dan seronok.


i) Mengapakah ketiga-tiga orang pelajar tersebut telah dipilih oleh Makhluk Utopia untuk berforum dengannya?                                                                                       [2 markah]

Ketiga-tiga orang pelajar tersebut telah dipilih oleh Makhluk Utopia kerana mereka mewakili generasi muda yang merupakan sebahagian besar penduduk di negara ini. Selain itu, mereka juga dipilih kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara Malaysia.


ii) Pada pendapat anda, selain mempunyai ketahanan diri, jelaskan perkara lain yang perlu ada pada remaja untuk menjadi pemimpin masa hadapan.                                              [3 markah]

Pada pendapat saya, selain ketahanan diri, perkara lain yang perlu ada pada remaja untuk menjadi pemimpin masa hadapan ialah memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang kerana mereka berhadapan dengan cabaran yang besar ketika memimpin negara. Selain itu, remaja juga perlu memiliki nilai integriti yang tinggi kerana mentadbir negara memerlukan seorang yang bertanggungjawab, amanah, komited dan mampu bersaing. Seterusnya, perkara lain yang perlu ada pada remaja ialah memiliki keutuhan pegangan agama dalam diri supaya mereka tidak terpengaruh dengan segala anasir yang mampu memesongkan pemikiran mereka. 

(iii) Huraikan dua nilai dalam petikan dan dua nilai dalam keseluruhan drama.                 [4 markah]

Dua nilai dalam petikan ialah cinta akan tanah air, iaitu Makhluk Utopia memuji Salmah, Chong dan Chandran kerana mempunyai semangat cinta akan tanah air yang tinggi. Nilai lain ialah ketahanan diri, iaitu Salmah, Chong dan Chandran perlu menghadapi banyak cabaran supaya mereka memiliki daya tahan yang tinggi untuk menjadi pemimpin masa hadapan.

Dua nilai dalam keseluruhan drama pula ialah ketaqwaan, iaitu golongan remaja perlu menjalani kehidupan beragama sepenuhnya supaya mereka tidak terpengaruh dengan budaya kuning yang dibawa dari Barat. Nilai lain ialah berani, iaitu Chong, Salmah dan Chandran berani berhujah dengan Makhluk Utopia untuk menyangkal apa yang diperkatakan oleh Makhluk Utopia dan menyatakan kebenaran mereka.

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...