Friday 16 September 2011

CONTOH JAWAPAN PEMAHAMAN KOMSAS PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)




Soalan 2 (d) : Petikan Puisi Tradisional

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

Terang bulan terang dipaya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak disebut.

Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,
mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

(dipetik daripada Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)


 (i) Nyatakan maksud rangkap kedua dalam pantun di atas?                                                                                       [2 markah]

Maksud rangkap kedua dalam pantun di atas ialah mengikut adat di dunia mereka yang berbudi akan sentiasa di kenang walaupun telah meninggal dunia



 (ii) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat kini sukar menabur budi dengan ikhlas? Berikan 3 sebab. 
                                                                                                                                                                                                      [3 markah]
                                                                                                                                                                      

Pada pendapat saya, masyarakat kini sukar menabur budi dengan ikhlas adalah kerana ada segelintir daripada mereka bersifat materialistik, iaitu mereka mengharapkan ganjaran setelah menabur budi. Selain itu, ada juga antara masyarakat kini yang tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh sehingga hilang nilai keikhlasan hati. Sebab lain ialah ada ibu bapa yang tidak menerapkan nilai-nilai keikhlasan hati dalam diri anak sejak kecil lantaran kesibukan kerja menyebabkan masyarakat kini sukar menabur budi dengan ikhlas.



(iii) Nyatakan persoalan berdasarkan pantun di atas.                                                                                                      [4 markah]

Persoalan berdasarkan pantun di atas ialah persoalan orang yang berbudi akan sentiasa dikenang serta persoalan mereka yang berbudi akan meninggalkan nama walaupun telah meninggal dunia. Persoalan lain ialah persoalan budi yang ditabur tetap menjadi kenangan walaupun sedikit. Akhir sekali persoalan budi yang ditabur tidak terbalas walaupun seribu tahun.

.


No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...