Wednesday 14 September 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERSOALAN NOVEL

 

Soalan : Huraikan persoalan prihatin dalam novel yang anda pelajari.

Contoh jawapan:

Novel yang saya pelajari ialah novel Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan. Pengarang memaparkan persoalan prihatin dalam novel tersebut. Persoalan prihatin terhadap nasib pemuda yang menjadi mangsa penderaan penduduk kampung dapat dilihat dalam novel ini. Buktinya ialah Bujei menjadi mangsa penderaan Alias yang menyuruhnya terjun ke dalam sungai dan membenam-benamkan dirinya di dalam lumpur setiap kali Bujei melihat kelibatnya. Selain itu, persoalan prihatin terhadap nasib manusia yang menjadi mangsa fitnah juga dapat dilihat dalam novel ini, iaitu penduduk kampung mempercayai kata-kata Harun bahawa Bujei yang menyebabkan kematian ibunya kerana terperangkap dalam kebakaran yang diakibatkan oleh Bujei yang bermain pelita. Seterusnya, persoalan prihatin terhadap nasib isteri yang menjadi mangsa penderaan suami juga turut dipaparkan dalam novel ini. Buktinya ialah Fatimah menjadi mangsa penderaan Harun yang sering diperlakukannya secara kasar seperti disepak, diterajang dan dipukul oleh Harun.




Soalan : Huraikan persoalan kasih sayang dalam novel yang anda kaji.

Contoh jawapan:

Novel yang saya kaji ialah novel Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan. Pengarang memaparkan persoalan kasih sayang dalam novel ini. Persoalan kasih sayang terhadap anak yatim dapat dilihat dalam novel ini. Buktinya, Mak Som mengajak Bujei ke dapur dan menyediakan sarapan kepada Bujei sambil menyerahkan wang seringgit apabila Alias enggan memberi upah kepadanya. Persoalan kasih sayang terhadap ibu dapat dilihat dengan jelas dalam novel ini. Contohnya, Bujei mengerahkan segala tenaga yang ada untuk menyelamatkan ibunya yang terperangkap dalam kebakaran tetapi tidak sempat berbuat demikian. Persoalan kasih sayang seterusnya ialah kasih sayang terhadap orang yang dicintai. Buktinya ialah jiwa dan perasaan Bujei tidak tenteram setelah dua minggu tidak berjumpa dengan Adila. Fikiranya tidak terlepas daripada memikirkan hal Adila sehingga usahanya mengerjakan kebun di belakang rumah terganggu.




Soalan : Huraikan persoalan ketabahan dalam sebuah novel yang anda pelajari.

Contoh jawapan:

Novel yang saya pelajari ialah novel Renyah karya Gunawan Mahmood. Persoalan ketabahan dipaparkan oleh pengarang dalam novel tersebut. Persoalan ketabahan menghadapi masalah anak-anak dipaparkan dalam novel ini. Buktinya ialah Datuk Dolhi tabah menghadapi kerenah anak-anaknya seperti Mukhlis yang terlibat dalam kumpulan yang mengamalkan ajaran songsang serta Dani yang terlibat dalam penagihan dadah sehingga nama baiknya tercemar. Beliau berjaya mengharunginya dan berharap anak-anaknya mampu menebus kesalahan yang lalu dan berharap masa depan anak-anaknya kembali cerah. Seterusnya persoalan ketabahan menghadapi liku-liku kehidupan tanpa orang tersayang juga dipaparkan dalam novel tersebut. Contohnya ialah Wahi berjaya mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran kerana kematian ibu sejak kecil dan dipelihara oleh nenek, tetapi akhirnya berjaya dalam hidup apabila Datuk Dolhi menamakannya sebagai pengganti di syarikat Dolhi-Albert Holding. Selain itu, persoalan ketabahan menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan. Persoalan ini dapat dilihat melalui Albert Lee beria-ria ingin menjodohkan anaknya Robert Lee dengan Amera demi mencapai matlamatnya menguasai syarikat Dolhi-Albert Holding yang dikongsi bersama-sama dengan Datuk Dolhi. Datuk Dolhi berjaya menghidu niat rakan kongsinya itu lalu menamakan Wahi sebagai penggantinya yang akan menerajui syarikat tersebut.


3 comments:

  1. kalau : "huraikan persoalan berdasarkan pernyataan yang diberikan" macam mana pula??

    ReplyDelete
  2. Klu nk cri persoalan kena faham maksud petikan

    ReplyDelete

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...