PENGIKUT

Thursday, 29 September 2011

PEMBUANGAN BAYI

Pembuangan bayi : Sudah hilangkah kemanusiaan?







Cuba anda perhatikan gambar ini. Dimanakah sifat kemanusiaan masyarakat kita pada hari ini? Mengapakah mereka sanggup memperlakukan insan yang tidak berdosa sedemikian rupa? Apakah minhaj yang patut diambil untuk mengekang masalah ini? Jika tidak dibendung, apakah akan terjadi kepada generasi akan datang? Persoalan-persoalan sebegini sering membelenggu minda masyarakat kita pada masa kini. Banyak  kes pembuangan bayi telah dilaporkan melalui media massa sama ada media cetak atau media elektronik. Menurut sumber PDRM, pada tahun 2009 sahaja, sebanyak 79 kes pembuangan bayi direkodkan dan didapati kaum Melayu paling ramai terlibat dalam kes pembuangan tersebut. Jika keadaan ini masih berterusan, hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang akan memacu aspirasi negara bagi menjayakan Wawasan 2020 serta mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi akan terbantut.  Oleh itu, usaha-usaha yang lebih kolektif perlu dilakukan bagi menbendung kes pembuangan bayi yang semakin serius sekarang ini.

No comments:

Post a Comment