| SAJAK | MAKSUD | 
| Berapakah   sebenarnya harga remaja yang   bersih dari   gelodak kecewa bagai   kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? | Seseorang remaja amat berharga Jika hatinya bersih  Daripada sebarang gejala   negatif Remaja itu digambarkan sesegar   daun menghijau Serta kesegaran pepohon Di tepi jalan. | 
| Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? | Penyajak mengemukakan   pertanyaan tentang cara  Remaja memenuhi zaman   remajanya Sama ada beroleh keburukan   akibat kelalaian Dalam mengejar cinta   berlandaskan nafsu Atau mendapat nikmat   daripada belajar Dalam menghadapi kesukaran   menuntut ilmu. | 
| Remaja amat mahal                                      sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah                                                pendirian keberanian dan ilmu | Sesungguhnya seseorang remaja   itu amat bernilai Hinggakan Tidak dapat dijual beli Nilai seseorang remaja diukur Berdasarkan keteguhan   pendirian, Keberanian dan ilmu yang   dimiliki.  | 
| Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. | Penyajak meminta remaja   memenuhi hidupnya Dengan mempunyai hala tuju yang   jelas. | 
ASPEK-ASPEK KOMSAS
| ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN | 
| Tema  | Ketinggian nilai usia remaja | Zaman remaja merupakan zaman yang paling berharga dan para remaja mesti   mengisinya dengan perkara yang berfaedah. Remaja perlu berani mengemukakan   pendirian, berilmu pengetahuan dan mempunyai hala tuju. | 
| Persoalan | Persoalan kehidupan remaja penuh dengan cabaran | Cabaran hidup pada usia remaja sangat besar dan penuh dengan liku-liku   yang memeritkan | 
| Persoalan jati diri remaja | Ramaja perlu memiliki jati diri yang kukuh untuk mengelakkan diri daripada   terjerumus ke lembah kehinaan | |
| Persoalan keberanian menempuh liku-liku kehidupan | Cabaran yang dihadapi perlu ditempuh dengan keberanian walaupun   memeritkan | |
| Persoalan hala tuju hidup remaja | Hala tuju yang jelas perlu digariskan oleh remaja supaya mereka tidak   terpesong | |
| Persoalan harga remaja tidak ternilai | Kehidupan pada usia remaja sangat berharga dan tidak ternilai | |
| Persoalan memiliki pendirian dan yakin diri sendiri | Remaja perlu tahu menilai perkara yang baik dan sebaliknya supaya   kehidupan menjadi lebih sempurna | |
| Nilai | Keberanian | Remaja perlu berani menghadapi cabaran hidup yang sangat mencabar masa   kini | 
| Kegigihan | Remaja perlu gigih mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah   kehinaan | |
| Kebijaksanaan | Remaja perlu bijaksana merancang hala tuju masa depan | |
| Rasional | Remaja perlu membuat pertimbangan yang wajar sebelum mengambil keputusan | |
| Teguh pendirian | Remaja perlu teguh pendirian dan menanam tekad untuk berjaya pada masa   hadapan | |
| Pengajaran | Kita hendaklah berani menghadapi cabaran hidup  | Remaja perlu berani berhadapan dengan masalah hidup kerana tanpa keberanian   kehidupan pada zaman remaja akan berhadapan dengan masalah | 
| Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat | Remaja perlu melakukan perkara yang berfaedah supaya usia remaja terisi   dengan baik | |
| Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri | Remaja perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menempuh arus   kemajuan yang sangat mencabar ketika ini | |
| Kita hendaklah bersikap rasional sebelum membuat keputusan | Pertimbangan yang wajar perlu dilakukan oleh remaja supaya hidup tidak   dipalit dengan kejahatan | |
| Kita hendaklah bijaksana memilih jalan yang betul | Remaja perlu bijak menilai sesuatu agar tidak salah membuat pilihan | 
 
 
No comments:
Post a Comment