ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM CERPEN MEMORI SEORANG TUA  KARYA ZAHARI AFFANDI
| ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN | 
| Tema  | Semangat patriotik iaitu perjuangan mempertahankan tanah air daripada   cengkaman penjajah | Pak Itam beria-ria mengadakan majlis sambutan hari jadinya semata-mata   untuk berkongsi kisah perjuangannya mempertahankan tanah air suatu ketika   dahulu sehingga dia keluar masuk penjara dan kehilangan keluarga demi bangsa   dan tanah air | 
| Persoalan | Persoalan semangat cinta akan tanah air | Pak Itam keluar masuk penjara kerana mempertahankan tanah air daripada   penjajah. Baginya Tanah Melayu mesti diterahui oleh orang Melayu. | 
| Persoalan tanggungjawab untuk berkongsi memori hidup dan perjuangan bangsa | Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 untuk   berkongsi memori hidup dan perjuangannya terhadap bangsa dan negara kepada   penduudk kampug | |
| Persoalan mengangkat maruah bangsa sendiri | Perjuangan Pak Itam adalah untuk memelayukan orang melayu dan   memanusiakan manusia supaya mereka tahu menilai hak dan tahu menjaga maruah   bangsa | |
| Persoalan kasih sayag terhadap keluarga | Pak Itam terkenangkan isteri  dan   anak-anaknya yang sehingga hari ini dia tidak mengetahui ke mana mereka   menghilang | |
| Persoalan tolong-menolong untuk meringankan beban | Tuk Mat membantu Pak Itam untuk mempersiapkan segala kelengkapan sempena   majlis sambutan hari jadi Pak Itam | |
| Persoalan mengenang jasa dan pengorbanan pejuang tanah air | Pak Itam menjadi sayu apabila tetamu tidak datang. Dia merasakan begitu   cepat orang melupakan jasa dan pengorbanan orang tua sepertinya | |
| Watak & perwatakan  Pak Itam | Seorang yang patriotik | Pak Itam menganggap negara ini patut ditadbir oleh orang Melayu dan   setiap kekayaan negara perlu dikongsi sama rata bukannya dikaut oleh orang   lain | 
| Seorang yang bersemangat tinggi | Pak Itam bersemangat untuk menerima tetamu sempena majlis sambutan   hari jadinya yang ke-85 kerana dia dapat berkongsi pengalaman hidupnya   menentang penjajah dan mengangkat maruah bangsa | |
| Seorang yang berani | Pak Itam sanggup keluar masuk penjara semata-mata untuk   mempertahankan tanah air dan maruah bangsa | |
| Seorang yang penyayang | Walaupun isterinya meminta cerai ketika dia berada di penjara,   tetapi Pak Itam sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya | |
| Watak & perwatakan  Tuk Mat | Seorang yang suka menolong | Tuk Mat membantu Pak Itam mempersiapkan majlis sambutan hari jadi   Pak Itam sehingga selesai | 
| Seorang yang ikhlas | Tuk Mat dan isterinya membantu Pak Itam dengan ikhlas dan menolak   upah yang diberikan oleh Pak Itam | |
| Seorang yang prihatin | Tuk Mat sayu melihat wajah Pak Itam yang begitu kecewa apabila tidak   ramai yang hadir ke majlisnya | |
| Latar masa | Zaman penjajah | Pak Itam keluar masuk penjara kerana mempertahankan tanah air   daripada penjajah | 
| Waktu pagi | Pak Itam berkira-kira untuk memasang tujuh lapan khemah supaya   penduudk Langat dapat menjamu selera | |
| Tengah hari | Budak kontrak akan datang memasang khemah | |
| Selepas sembahyang asar | Pak Itam melihat persiapan akhir majlis sambutan hari jadinya | |
| Malam | Tuk Mat datang ke rumah Pak Itam untuk melaporkan bahawa segala persiapan   telah selesai dan meminta Pak Itam berehat | |
| Latar tempat | Penjara Singapura | Isteri Pak Itam membawa surat fasakh ketika dia merinkuk di dala penjara   di Singapura | 
| Langat | Pak Itam menjemput penduduk Langat supaya datang ke majlis sambutan hari   jadinya | |
| Rumah Pak Itam | Majlis sambutan hari jadi Pak Itam doadakan di pekarangan rumahnya | |
| Latar masyarakat | Masyarakat pejuang iaitu berusaha membebaskan tanah air daripada penjajah | Pak Itam mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya semata-mata berjuang   mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah | 
| Masyarakat yang rajin membantu | Tuk Mat rajin membantu Pak Itam membuat persiapan sempena majlis sambutan   hari jadi Pak Itam yang ke-85 | |
| Masyarakat yang melupakan jasa dan pengorbanan pejuang negara | Pak Itam sayu apabila masyarakat Langat tidak hadir dalam majlis sambutan   hari jadinya seolah-olah mereka melupakan jasa dan pengorbanan Pak Itam | |
| Masyarakat yang penyayang | Walaupun Pak Itam sudah bercerai dengan iaterinya tetapi dia tetap sayang   dan mendoakan agar isterinya diberi kebahagian | |
| Masyarakat yang bersemangat tinggi untuk berkongsi pengalaman hidup | Pak Itam bersemangat tinggi membuat persiapan menyambut majlis hari   jadinya kerana dia ingin berkongsi pengalaman hidupnya berjuang untuk negara   dan bangsa | |
| Nilai | Tanggungjawab | Pak Itam bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman hidupnya dengan   masyarakat akan perjuangannya terhadap bangsa dan negara | 
| Bantu-membantu | Tuk Mat membantu Pak Itam membuat persiapan majlis sambutan hari jadi Pak   Itam hingga selesai | |
| Mengenang jasa | Masyarakat seolah-olah lupa akan jasa dan pengorbanan Pak Itam kerana   tidak hadir ke majlis sambutan hari jadi Pak Itam | |
| Kasih sayang | Pak Itam sedih apabila mengenangkan isteri dan dua orang anaknya yang   tidak pernah dijumpainya sehingga sekarang | |
| Patriotik | Pak Itam mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya berjuang untuk bangsa   dan negara sehingga keluar masuk penjara dan kehilangan isteri dan anak-anak | |
| Pengajaran | Kita hendaklah cinta akan negara dengan berjuang menentang penjajah | Pak Itam keluar masuk penjara kerana perjuangannya menentang penjajah dan   mengangkat maruah bangsa Melayu | 
| Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga | Walaupun sudah bercerai tetapi Pak Itam sangat menyayangi isteri dan   anak-anaknya dan sering berdoa supaya isterinya beroleh kebahagiaan | |
| Kita hendaklah rajin membantu supaya beban mereka dapat diringankan | Tuk Mat dan penduduk kampung membantu Pak Itam membuat persiapan majlis   sambutan hari jadi Pak Itam | |
| Kita hendaklah mengenang jasa pejuang negara | Masyarakat perlu mengenang jasa dan pengorbanan pejuang tanah air kerana   merekalah kita dapat hidup aman | |
| Kita hendaklah berkongsi pengalaman hidup supaya masyarakat dapat jadikan   pedoman | Pak Itam bersungguh-sungguh mengadakan majlis hari jadinya dengan   menjemput seluruh penduduk Langat untuk berkongsi kisah perjuangannya | |
| Gaya Bahasa | Bahasa asing – bahasa Inggeris | Hot, vision, Happy birthday   to you | 
| Sinkof | Sudahlah pak, hari dah nak masuk zuhur, pergilah berehat | |
| Pepatah | Kebersihan sebahagian daripada iman | |
| Simile | Pak Itam terasa dirinya kian mengecil seperti sebiji debu | |
| Personifikasi | Tiba-tiba hatinya diintali kesayuan | 
 
 
terima kasih kepada cikgu kerana blog cikgu telah menyelamatkan saya dalam menyiapkan kerja rumah @ perbentangan . :)
ReplyDelete