ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM PROSA TRADISIONAL PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA
ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN |
Tema | Kelebihan, kesaktian, keistimewaan dan kehebatan anak raja | Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan, kesaktian, keistimewaan dan kehebatan seperti berikut - boleh menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, - menenangkan air laut dengan mencampakkan tulang pelanduk putih, - menukarkan air laut yang masin menjadi manis, - semasa ketibaan baginda ke Negeri Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi sendiri seolah-olah menyambutnya - dan ketika baginda menyeru ayamnya Kinantan Suci yang hampir tewas semasa menyabung sehingga khirnya dapat mengalahkan lawannya Si Jalak. |
Persoalan | Persoalan cinta tidak mengenal rupas paras | Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam |
Persoalan perasaan dengki dan cemburu | Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung | |
Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat mampu menumpaskan lawan | Lanun-laun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda | |
Persoalan menipu untuk mencapai matlamat | Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. | |
Persoalan menghormati tetamu | Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik ke balairung seri | |
Persoalan keberanian menghadapi cabaran | Awang Sulung berani mengalahkan serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah sehingga mereka dapat belayar dengan selamat | |
Watak & perwatakan Awang Sulung Merah Muda | Memiliki pelbagai kesaktian | Baginda dapat menenangkan air laut yang bergelora, menukarkan air masin menjadi manis dan tidak perlu memegang kemudi untuk menggerakkan geliung |
Patuh pada peraturan | Baginda meminta Bujang Selamat bertanyakan adat bergelanggang sebelum menyabung ayam | |
Merendah diri | Apabila disuruh mengemudi geliung menggantikan Tuan Puteri baginda mengatakan sekiranya dia berada di daratan boléela dia menjadi penghalau ayam, penunggu itik atau tukang sapu rumah | |
Berani | Mampu mengalahkan serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan lanun-lanun seorang diri | |
Watak & perwatakan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa | Penyayang | Tuan Puteri jatuh hati kepada Awang Sulung setelah melihat kelebihan dan kehebatan Awang Sulung |
Menghormati tetamu | Baginda meminta Si Kembang Cina menyediakan hidangan istimewa kepada Awang Sulung | |
Prihatin | Baginda marah apabila Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi dalam tempurung berbulu dan ketika jurumudi dengki kepada Awang Sulung | |
Suka menguji | Baginda menguji kelebihan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air | |
Latar masa | 3 hari 3 malam | 3 hari 3 malam tempoh masa geliung berlabuh di Pulau Tapai |
Waktu siang | Ketika anak-anak papal mencari kayu api dan air di pulau | |
Latar tempat | Geliung panjang | Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menaiki geliung panjang dari Bandar Mengkalih menuju ke negeri Semarang di Tanah Jawa |
Pulau Tapai | Tempat geliung berlabuh untuk mengambil kayu dan air | |
Pulau Salah Nama | Sekumpulan lanun menyerang geliung dan Awang Sulung berani menentang lanun-lanun tersebut | |
Negeri Pati Talak Terengganu | Awang Sulung menyabung ayamnya Kinantan Suci | |
Latar masyarakat | Masyarakat bangsawan | Terdiri daripada Awang Sulung Merah Muda, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Pinang Masak dan Raja Negeri Pati Talak Terengganu |
Masyarakat penipu | Jurumudi menipu Tuanu Nakhoda Tua dengan memberitahu bahawa dialah yang menewaskan lanun-lanun yang menyerang geliung mereka | |
Masyarakat yang suka menyabung ayam | Awang Sulung singgah di Negeri Pati Talak Terengganu kerana ingin menyabung ayam | |
Masyarakat yang berani | Awang Sulung mengalahkan serangan lanun-lanun seorang diri | |
Masyarakat lanun | Lanun-lanun menyerang geliung yang dinaiki oleh Tuan Puteri | |
Nilai | Keberanian | Awang Sulung berani bertarung dengan lanun-lanun yang menyerang geliung yang dinaiki oleh mereka untuk memastikan Tuan Puteri selamat |
Keinsafan | Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahannya kepada Awang Sulung | |
Hormat-menghormati | Tuan Puteri menghormati Awang Sulung dengan meminta Si Kembang Cina menyediakan hidangan istimewa kepada Awang Sulung | |
Kasih sayang | Tuan Puteri jatuh hati kepada Awang Sulung dan ingin terjun ke dalam laut apabila Awang Sulung menyatakan tugasnya sudah selesai dan ingin pergi dari situ | |
Merendah diri | Awang Sulung merendah diri apabila berada di atas geliung sambil menyamar budak hitam dan comot | |
Pengajaran | Kita hendaklah berani menghadapi cabaran agar kecelakaan dapat dielakkan | Awang Sulung berani berlawan dengan lanun-lanun seorang diri untuk memastikan Tuan Puteri selamat dalam pelayaran |
Kita hendaklah insaf apabila melakukan kesilapan agar orang lain tidak membenci kepada kita | Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf kepada Awang Sulung setelah mengetahui perkara yang sebenar | |
Kita perlu saling mengasihi supaya hubungan berkekalan | Awang Sulung dan Tuan Puteri saling menyayangi selepas berkahwin | |
Jangan kita menipu orang lain kerana perbuatan tersebut akan mendatangkan musibah | Jurumudi menerima hukuman atas perbuatannya menipu Tuanku Nakhoda Tua | |
Jangan kita meninggalkan kawan kita yang berada dalam kesusahan | Jurumudi lari menyelamatkan diri apabila lanun menyerang geliung mereka | |
Gaya Bahasa | Bahasa klasik | geliung |
Bahasa Istana | Beta, santap, kekanda, ayahanda | |
Peribahasa | Enau mencari sigai, lesung mendapatkan antan, kecil hati | |
Simile | Bagai pucuk dilancarkan, bagai air di kuali, bagai purnama empat belas haribulan, bagai kilat sambar-menyambar | |
Unsur puisi tradisional | Pantun, seloka |
No comments:
Post a Comment