ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM CERPEN MEMORI SEORANG TUA KARYA ZAHARI AFFANDI
ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN |
Tema | Semangat patriotik iaitu perjuangan mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah | Pak Itam beria-ria mengadakan majlis sambutan hari jadinya semata-mata untuk berkongsi kisah perjuangannya mempertahankan tanah air suatu ketika dahulu sehingga dia keluar masuk penjara dan kehilangan keluarga demi bangsa dan tanah air |
Persoalan | Persoalan semangat cinta akan tanah air | Pak Itam keluar masuk penjara kerana mempertahankan tanah air daripada penjajah. Baginya Tanah Melayu mesti diterahui oleh orang Melayu. |
Persoalan tanggungjawab untuk berkongsi memori hidup dan perjuangan bangsa | Pak Itam mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 untuk berkongsi memori hidup dan perjuangannya terhadap bangsa dan negara kepada penduudk kampug | |
Persoalan mengangkat maruah bangsa sendiri | Perjuangan Pak Itam adalah untuk memelayukan orang melayu dan memanusiakan manusia supaya mereka tahu menilai hak dan tahu menjaga maruah bangsa | |
Persoalan kasih sayag terhadap keluarga | Pak Itam terkenangkan isteri dan anak-anaknya yang sehingga hari ini dia tidak mengetahui ke mana mereka menghilang | |
Persoalan tolong-menolong untuk meringankan beban | Tuk Mat membantu Pak Itam untuk mempersiapkan segala kelengkapan sempena majlis sambutan hari jadi Pak Itam | |
Persoalan mengenang jasa dan pengorbanan pejuang tanah air | Pak Itam menjadi sayu apabila tetamu tidak datang. Dia merasakan begitu cepat orang melupakan jasa dan pengorbanan orang tua sepertinya | |
Watak & perwatakan Pak Itam | Seorang yang patriotik | Pak Itam menganggap negara ini patut ditadbir oleh orang Melayu dan setiap kekayaan negara perlu dikongsi sama rata bukannya dikaut oleh orang lain |
Seorang yang bersemangat tinggi | Pak Itam bersemangat untuk menerima tetamu sempena majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 kerana dia dapat berkongsi pengalaman hidupnya menentang penjajah dan mengangkat maruah bangsa | |
Seorang yang berani | Pak Itam sanggup keluar masuk penjara semata-mata untuk mempertahankan tanah air dan maruah bangsa | |
Seorang yang penyayang | Walaupun isterinya meminta cerai ketika dia berada di penjara, tetapi Pak Itam sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya | |
Watak & perwatakan Tuk Mat | Seorang yang suka menolong | Tuk Mat membantu Pak Itam mempersiapkan majlis sambutan hari jadi Pak Itam sehingga selesai |
Seorang yang ikhlas | Tuk Mat dan isterinya membantu Pak Itam dengan ikhlas dan menolak upah yang diberikan oleh Pak Itam | |
Seorang yang prihatin | Tuk Mat sayu melihat wajah Pak Itam yang begitu kecewa apabila tidak ramai yang hadir ke majlisnya | |
Latar masa | Zaman penjajah | Pak Itam keluar masuk penjara kerana mempertahankan tanah air daripada penjajah |
Waktu pagi | Pak Itam berkira-kira untuk memasang tujuh lapan khemah supaya penduudk Langat dapat menjamu selera | |
Tengah hari | Budak kontrak akan datang memasang khemah | |
Selepas sembahyang asar | Pak Itam melihat persiapan akhir majlis sambutan hari jadinya | |
Malam | Tuk Mat datang ke rumah Pak Itam untuk melaporkan bahawa segala persiapan telah selesai dan meminta Pak Itam berehat | |
Latar tempat | Penjara Singapura | Isteri Pak Itam membawa surat fasakh ketika dia merinkuk di dala penjara di Singapura |
Langat | Pak Itam menjemput penduduk Langat supaya datang ke majlis sambutan hari jadinya | |
Rumah Pak Itam | Majlis sambutan hari jadi Pak Itam doadakan di pekarangan rumahnya | |
Latar masyarakat | Masyarakat pejuang iaitu berusaha membebaskan tanah air daripada penjajah | Pak Itam mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya semata-mata berjuang mempertahankan tanah air daripada cengkaman penjajah |
Masyarakat yang rajin membantu | Tuk Mat rajin membantu Pak Itam membuat persiapan sempena majlis sambutan hari jadi Pak Itam yang ke-85 | |
Masyarakat yang melupakan jasa dan pengorbanan pejuang negara | Pak Itam sayu apabila masyarakat Langat tidak hadir dalam majlis sambutan hari jadinya seolah-olah mereka melupakan jasa dan pengorbanan Pak Itam | |
Masyarakat yang penyayang | Walaupun Pak Itam sudah bercerai dengan iaterinya tetapi dia tetap sayang dan mendoakan agar isterinya diberi kebahagian | |
Masyarakat yang bersemangat tinggi untuk berkongsi pengalaman hidup | Pak Itam bersemangat tinggi membuat persiapan menyambut majlis hari jadinya kerana dia ingin berkongsi pengalaman hidupnya berjuang untuk negara dan bangsa | |
Nilai | Tanggungjawab | Pak Itam bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman hidupnya dengan masyarakat akan perjuangannya terhadap bangsa dan negara |
Bantu-membantu | Tuk Mat membantu Pak Itam membuat persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam hingga selesai | |
Mengenang jasa | Masyarakat seolah-olah lupa akan jasa dan pengorbanan Pak Itam kerana tidak hadir ke majlis sambutan hari jadi Pak Itam | |
Kasih sayang | Pak Itam sedih apabila mengenangkan isteri dan dua orang anaknya yang tidak pernah dijumpainya sehingga sekarang | |
Patriotik | Pak Itam mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya berjuang untuk bangsa dan negara sehingga keluar masuk penjara dan kehilangan isteri dan anak-anak | |
Pengajaran | Kita hendaklah cinta akan negara dengan berjuang menentang penjajah | Pak Itam keluar masuk penjara kerana perjuangannya menentang penjajah dan mengangkat maruah bangsa Melayu |
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga | Walaupun sudah bercerai tetapi Pak Itam sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya dan sering berdoa supaya isterinya beroleh kebahagiaan | |
Kita hendaklah rajin membantu supaya beban mereka dapat diringankan | Tuk Mat dan penduduk kampung membantu Pak Itam membuat persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam | |
Kita hendaklah mengenang jasa pejuang negara | Masyarakat perlu mengenang jasa dan pengorbanan pejuang tanah air kerana merekalah kita dapat hidup aman | |
Kita hendaklah berkongsi pengalaman hidup supaya masyarakat dapat jadikan pedoman | Pak Itam bersungguh-sungguh mengadakan majlis hari jadinya dengan menjemput seluruh penduduk Langat untuk berkongsi kisah perjuangannya | |
Gaya Bahasa | Bahasa asing – bahasa Inggeris | Hot, vision, Happy birthday to you |
Sinkof | Sudahlah pak, hari dah nak masuk zuhur, pergilah berehat | |
Pepatah | Kebersihan sebahagian daripada iman | |
Simile | Pak Itam terasa dirinya kian mengecil seperti sebiji debu | |
Personifikasi | Tiba-tiba hatinya diintali kesayuan |
terima kasih kepada cikgu kerana blog cikgu telah menyelamatkan saya dalam menyiapkan kerja rumah @ perbentangan . :)
ReplyDelete