Tuesday 11 October 2011

SAJAK DI BAWAH LANGIT YANG SAMA

SAJAK

DI BAWAH LANGIT YANG SAMA
Lim Swee Tin

SAJAK
MAKSUD
Di bawah langit yang sama
Kita hirupi udara
Tanpa mengira Beirutmu
Ataupun Kuala Lumpurku
Kita menghirup udara di bawah langit yang sama
Penyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada sama ada di bumi Beirut atau di Kuala Lumpur, kita menghirup udara yang sama kerana kita adalah sama taraf sahaja
Aku suka gerimis di Kota London
Pernah terpesona angin dingin-tajam di Washington
Pohon-pohon hijau atau aneka warna
                  tiada bezanya.
Penyajak menyatakan bahawa beliau pernah ke kota London dan suka akan gerimis di sana. Penyajak juga terpesona dengan tiupan angin yang begitu mendinginkan di Washington. Pepohon yang menghijau dan beraneka warna adalah serupa seperti yang terdapat di tempat-tempat lain
Siapapun menghuni Australia penghuni Afrika
Kerana di bawah langit ini
Kita sama.
Sesiapa yang tinggal di bumi Australia atau Afrika juga setaraf kerana kita tinggal di bumi ciptaan Tuhan yang satu.
Aku menyeberangi Laut China Selatan
Layari Lautan Teduh rentasi Laluan Sutera
Berkongsi siang miliki malam
Anyam cinta pelangikan zaman
Tiupkan harapan senada
Sesama kita – warga dunia
Di bawah langitnya
Yang sama.
Penyajak menyatakan bahawa beliau ingin merentasi Laut China Selatan melalui Lautan Teduh dan Laluan Sutera untuk berkongsi impian, iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat supaya dunia sama-sama berjuang menegakkan kedamaian. Harapan ini dibuat oleh penyajak kerana kita adalah sama sahaja walaupun di mana kita berdiri di bumi ini.
Peta-peta itu yang memisahkan
Jangan tutup pos sempadan
Visa hanya keperluan rasmi seketika
Pasport dokumen pengenalan tiitk mula
Kita dakapi mimpi tak berbeza
                 gapai hasrat
Lebur kebencian kuburkan sejarah hitam
Di bawah langit ini yang
Sama
Penyajak menyatakan bahawa garis pemisah antara negara adalah sempadan yang telah ditetapkan. Beliau menyeru supaya pintu sempadan tidak ditutup untuk memudahkan kemasukan warga asing walaupun ada negara-negara tertentu yang mewajibkan penggunaan visa dan pasport untuk memasuki sesebuah negara. Penyajak menyeru agar penduduk dunia memasang impian yang sama untuk mencapai hasrat melihat dunia menjadi lebih aman. Penyajak juga menyeru supaya kita mengikis rasa benci dan melupakan sejarah hitam agar keamanan dunia dapat dicapai. Hal ini perlu kerana kita berdiri di bumi yang sama dan kita adalah sama taraf.



ASPEK-ASPEK KOMSAS

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN


Tema
Kemanusiaan sejagat iaitu kesamarataan manusia walau di mana-mana mereka berada
Walaupun manusia itu berada di pelbagai negara yang dipisahkan oleh sempadan masing-masing, mereka adalah sama sahaja iaitu mengimpikan kehidupan yang aman dan harmoni.






Persoalan
Persoalan tanggungjawab menjaga keamanan dunia
Penyajak menyeru penduduk dunia supaya berkongsi impian yang sama untuk melihat dunia menjadi aman dan harmoni.
Persoalan semua manusia adalah setaraf walau berada di mana-mana
Penyajak menyatakan bahawa manusia ada sama sahaja walaupun dipisahkan oleh sempadan sesebuah negara
Persoalan keindahan alam semulajadi yang mendamaikan jiwa
Penyajak terpesona dengan keindahan alam di sesuatu tempat yang mempunyai keunikan tersendiri
Persoalan harapan dan impian manusia sejagat untuk melihat keamanan dunia
Setiap manusia mempunyai impian dan harapan untuk melihat dunia yang aman dan harmoni
Persoalan kepentingan nilai hormat-menghormati bagi mengelakkan perpecahan
Penyajak menyeru supaya kita mengikis rasa benci dan dendam agar pertumpahan darah dapat dielakkan



Nilai
Cintai alam sekitar
Keindahan alam di sesuatu tempat begitu mendamaikan jiwa
Hormat-menghormati
Manusia yang saling menghormati antara satu sama lain mampu mengelakkan perbalahan
Toleransi
Toleransi amat penting dalam kehidupan bermasyarakat kerana nilai ini dapat mengukuhkan hubungan
Kesederhanaan
Persengketaan yang berlaku di sesebuah negara adalah berpunca daripada keegoan sesetengah pemimpin dunia
Rasional
Sesuatu keputusan yang dibuat hendaklah berlandaskan nilai rasional supaya tidak dikuasai emosi yang akhirnya membawa kepada perpecahan







Pengajaran
Kita hendaklah menjaga keamanan dunia supaya manusia sejagat hidup dalam keadaan aman
Penyajak menyeru supaya manusia sejagat menjaga keamanan agar dunia menjadi harmoni dan peperangan dapat dielakkan
Kita hendaklah saling menghormati kerana manusia adalah sama taraf
Penyajak menyeru penduduk dunia supaya menjelajah dunia kerana kita adalah sama sahaja
Kita hendaklah bertolak ansur antara satu sama lain agar hubungan dapat dieratkan
Perbalahan dapat dielakkan jika manusia bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri
Kita jangan beremosi ketika membuat keputusan supaya hasilnya memuaskan
Nilai rasional sangat penting ketika membuat keputusan kerana pertimbangan telah dibuat secara mendalam
Kita jangan mewujudkan keadaan yang boleh menimbulkan huru-hara
Keadaan huru-hara yang berlaku dalam sesebuah negara memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi


Gaya bahasa

Diksi mudah difahami
Contoh : aku suka gerimis di Kota London
Ayat pendek-pendek
Contoh : di bawah langitnya
Kata pinjaman B Inggeris
Contoh : visa, pasport
Sinkof
Contoh : mu, ku

2 comments:

  1. salam..cikgu..boleh tak cikgu kemukakan tiga cara untuk memelihara keamanan dunia sejagat ??saya tak berapa faham dengan soalan ni..harap cikgu dapat membantu :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...