Saturday 15 October 2011

PERSOALAN NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN


PERNYATAAN
HURAIAN
Persoalan kasih sayang sesama manusia
Adila tidak dapat menyembunyikan perasaannya terhadap Hafiz apabila Hafiz tidak datang berjumpa dengannya pada pagi itu. Sebenarnya Adila tidak mengetahui bahawa Hafiz demam pada masa itu.

Faizal sanggup menceraikan isterinya kerana masih menyayangi Adila dan cuba memujuk Adila berkali-kali supaya kembali kepadanya

Fatimah tidak mengendahkan nasihat keluarganya supaya tidak mengahwini Harun kerana sayang kepada Harun dan terpengaruh dengan janji-janji Harun untuk menyayangi anaknya.

Sudah 2 hari Hafiz tidak meneruskan kerjanya. Berita Alias meminang Adila banyak mengganggu jiwanya. Dia seolah-olah hilang semangat, tenaga dan harapan. Dia berbisik sendirian dan bertanyakan dirinya sebab semuanya menjadi tidak kena pada dirinya. Makan, minum dan tidur semuanya terganggu. Mungkin dia menaruh hati kepada Adila

Sebagai seorang insan, Hafiz merasakan dirinya seperti orang lain juga iaitu mahu perempuan mendekatinya. Pernah dia mendekati Same’ah dan hidupnya menjadi bahagia tetapi sejak Same’ah bertunang dia menjauhkan diri. Dia menjadi kecewa. Perasaan itu kembali semula setelah Alias meminang Adila.

Dua minggu berlalu, jiwa dan perasaan Hafiz tidak tenteram lagi. Walaupun semangatnya untuk meneruskan kebunnya terus tinggi, fikirannya tidak terlepas daripada memikirkan hal Adila
Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup
Hafiz tabah menghadapi kekejaman Alias terhadapnya. Alias sering mempermain-mainkannya dan jika Hafiz enggan menurut perintahnya, Alias akan memukul, menyepak dan menerajangnya tanpa belas kasihan.

Hafiz tabah menghadapi bapa tirinya yang bertindak kasar terhadapnya. Pernah Hafiz ditumbuk, disepak dan diterajang oleh bapa tirinya itu sehingga dia pengsan kerana perbuatannya merosakkan borang yang dibawa untuk mendapatkan tandatangannya

Adila tabah apabila difitnah orang kampung. Dia menerima surat layang yang menulis kata-kata fitnah sehingga begitu mengecewakannya. Tulisan itu mengatakan bahawa dia menolak pinangan Alias kerana dirinya telah rosak. Hafiz dikatakan sebagai perosak kepada Adila dan akibatnya dia akan berkahwin dengan Hafiz nanti.
Persoalan kejujuran/keikhlasan dalam persahabatan
Adila mempersoalkan Faizal yang tidak jujur dalam perhubungan apabila Faizal memungkiri sumpah setia mereka sebelum Adila menuntut di England. Apabila pulang ke tanah air, Adila diberitahu bahawa Faizal telah berkahwin dengan orang lain.
Persoalan tanggungjawab membantu anak yatim
Mak Som mengajak Hafiz bersarapan di rumahnya setelah Hafiz selesai membasuh motosikal Alias. Mak Som menyerahkan seringgit kepada Hafiz apabila Alias enggan memberi upah kepada Hafiz. Mak Som menasihati Hafiz supaya tidak menurut arahan Alias.
Persoalan teguh pendirian ketika membuat keputusan
Adila enggan menerima kembali Faizal apabila Faizal memujuknya supaya kembali kepadanya kerana serik dengan perbuatan Faizal yang mengkhianati cintanya. Mereka bersumpah untuk setia sebelum Adila menuntut di England. Apabila pulang, Faizal diberitahu telah beristeri. Adila membawa diri ke kampung.
Persoalan pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga
Harun mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga sebaliknya memaksa Fatimah menyerahkan wang kepadanya untuk berjudi
Persoalan kasih sayang terhadap ibu bapa
Hafiz meredah asap tebal untuk menyelamatkan ibunya dalam kebakaran walaupun badannya lemah setelah diterajang oleh Harun
Persoalan keberanian  menegakkan hak
Sidang Saman mempersoalkan hak mana lagi yang ingin dituntut oleh Harun kerana tanah dusun masih lagi nama arwah ayah Hafiz dan tapak rumah telah dijual oleh Harun. Sidang Saman meminta Harun berjumpa dengan kadi dan pegawai agama untuk mengemukakan haknya menyebabkan muka Harun merah padam

Hafiz dengan tegas dan berani meminta radio yang telah diambil oleh Alias. Hafiz amat menyayangi radio tersebut kerana ia baharu dibeli.
Persoalan kekejaman bapa tiri
Ketika Hafiz membantu Harun keluar daripada lumpur itu dan membuang lumpur pada baju Harun, tiba-tiba penumbuk Harun singgah di perutnya sehingga Hafiz terjatuh. Harun menerpa dan menyepak rusuk Hafiz. Beberapa sepakan singgah di belakang badan Hafiz sehingga dia tidak sedarkan diri.
Persoalan dengki dan dendam dalam masyarakat
Opah Arah datang ke rumah Hafiz dan memaki hamun Hafiz dan Sidang Saman yang menyebelahi Hafiz. Opah Arah ingin menerkam ke arah Hafiz tetapi dihalang oleh Sidang Saman. Alias menyerahkan baki RM30 kepada Hafiz. Alias sempat menyepak Hafiz ketika Hafiz mengutip wang di atas tanah dan Hafiz sempat menerkam ke arah Alias yang sedang menghidupkan enjin motor. Alias terjatuh dan motor menghempapnya. Opah Arah terus memaki Hafiz.
Persoalan keperluan berubah ke arah positif
Hafiz akhirnya mampu membaca dan berdialog tentang bahan bacaannya. Sungguhpun pendapat dan fikirannya masih lagi dangkal, namun Adila kagum dengan daya bahas yang timbul hasil daripada setiap perbincangan. Hafiz sudah bersih dan tiada lagi bau hamis. Rambutnya disikat kemas dan pakaiannya sudah kemas. Perlakuannya sudah teratur.
Persoalan kejujuran menguruskan harta anak yatim
Malam itu, ketika Hafiz memikirkan hal kehidupannya, Wak Senen datang ke rumahnya. Wak Senen memberitahu bahawa dia menduduki tanah Hafiz sudah sepuluh tahun. Dia menyedari bahawa urusan jual beli tanah tersebut dengan Harun tidak sah. Wak Senen memberitahu bahawa sepanjang dia duduk di tanah itu, dia sudah mendapat semula modalnya melalui aktiviti bercucuk tanam. Wak Senen ingin menyerahkan tanah itu kepada Hafiz jika Hafiz inginkan semula sambil berpesan supaya tidak menjual tanah itu kerana itulah satu-satunya pusaka arwah ibunya.
Persoalan jodoh pertemuan di tangan tuhan
Walaupun Adila pada mulanya takut melihat kelibat Hafiz, tetapi akhirnya telah memilih Hafiz menjadi pasangan hidupnya.

Walaupun telah bertunang dan berjanji untuk bersama sebelum Adila melanjutkan pelajaran ke luar negara, tetapi Faizal akhirnya berkahwin dengan orang lain
Persoalan keluhuran hati mampu mengubah keperibadian seseorang
Adila merasakan bahawa dia mampu mengubah keperibadian Hafiz. Adila ikhlas membantu mengubah keperibadian Hafiz dan akhirnya Hafiz berubah menjadi seperti manusia normal
Persoalan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan
Perbuatan Alias ingin menggunakan ubat pengasih bagi memikat Adila telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya itu, iaitu Alias menjadi tidak siuman
Persoalan hormat-menghormati sesama manusia
Adila melihat Hafiz seperti manusia biasa yang perlu dihormati seperti orang lain. Oleh sebab itu, Adila tidak memanggil Hafiz dengan nama Bujei tetapi memanggil Hafiz dengan nama sebenar.
Persoalan membantu seseorang tanpa melihat sifat individu
Adila merasakan bahawa dia mampu mengubah keperibadian Hafiz. Pada Adila, Hafiz menjadi sedemikian kerana pengaruh persekitaran. Adila melihat Hafiz mempunyai sifat-sifat kemanusiaan yang tinggi.

2 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu,nk tanya skit,apakah huraian bgi kepercayaan terhadap ilmu pengasih,skian terima kasih

    ReplyDelete

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...