Thursday 2 February 2012

SINOPSIS NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN



BAB 1 : SURATAN YANG PERLU KUTERIMA

  • Di tepi sungai kecil, pada waktu petang, Hafiz/Bujei menampar-nampar agas yang hinggap di muka dan hidungnya. (latar tempat dan masa)
  • Pengarang menggambarkan anak sungai yang lebarnya lebih kurang 9 meter antara dua tebing. Airnya sentiasa mengalir walaupun pada musim kemarau. Airnya tidak sejernih dahulu tetapi masih tetap dingin dan segar.(teknik pemerian)
  • Kadang-kadang Hafiz berada di tebing sungai untuk memancing dan memanggang ikan yang diperolehnya dan diratahnya sampai habis. Biasanya tebing sungai itu menjadi tempat rehatnya, berbaring dan kemudian terlena. (latar tempat)
  • Begitulah keadaan Hafiz sejak dahulu lagi. Sejak opahnya masih hidup lagi, dia sudah biasa di situ. Dia berasa tenteram apabila berada di situ.
  • Penduduk kampung melihat Hafiz sebagai seorang pemuda yang tidak berakal, bodoh, dungu dan dia sendiri merasakan dirinya sebegitu. Dia mahu menjadikan dirinya apa-apa yang orang lain ingin dia jadi.
  • Namun, di sebalik segala keburukan itu, dalam dirinya, otaknya, hatinya dan perasaannya masih tersimpan benih-benih kemanusiaan. Kadang kala dia merasakan dirinya bukan seperti apa-apa yang dikatakan oleh orang lain. Dia sedar dirinya tidak sebodoh yang dituduh, tidak sedungu yang disangka malah akalnya masih berfungsi sebagai seorang insan yang biasa.
  • Malangnya masih ada manusia lain yang terus-menerus mendesaknya menjadi bodoh, dungu dan tidak berakal. Kalaupun masih ada yang bersimpati, tetapi atas tuntutan lain dan kepentingan diri sendiri. (monolog dalaman)
  • Bapa Hafiz ialah seorang tenteta. Dia begitu bangga dengan tugas bapanya dan sering kali bercerita tentang bapanya kepada kawan-kawan di sekolah. Dia sendiri bercita-cita untuk mengikut jejak bapanya. (perwatakan luaran)
  • Tragedi pertama yang menimpa dirinya ialah apabila bapanya meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Karak. Jiwa dan perasaannya terganggu. Ibunya membawanya pulang ke kampung. (imbas kembali)
  • Walaupun dia tidak gembira sepenuhnya, namun didikan dan kasih sayang ibu serta kemesraan neneknya mampu menjadi penawar sehingga dia kembali segar dengan semangat dan harapan. Di sekolah, dia kembali membuktikan dirinya sebagai seorang murid yang cemerlang.
  • Ibunya berkahwin lagi. Fatimah yang masih memiliki rupa yang menarik dan memiliki wang yang banyak hasil sumbangan daripada angkatan tentera dan pihak lain serta sebidang tanah yang ditinggalkan oleh arwah suaminya menjadi buruan lelaki.
  • Fatimah berkahwin dengan Harun, seorang duda yang menjadi mandur di ladang kelapa sawit berhampiran kampungnya tanpa melihat cacat-cela suaminya. Keluarganya kesal kerana Fatimah memilih Harun. Akhirnya Fatimah mula menyedari kesilapan yang dilakukannya. (perwatakan luaran)
  • Beberapa bulan berkahwin, Harun memujuk Fatimah menyerahkan RM15 ribu untuk membeli kereta walaupun wang tersebut menjadi hajatnya untuk menunaikan haji dan menampung pelajaran anaknya. Fatimah terpengaruh dengan Harun yang menunjukkan sikap tanggungjawab yang tinggi sehingga bisik-bisik yang didengarinya tidak langsung mempengaruhinya.
  • Belum setahun perkahwinannya, sikap buruk Harun terdedah. Janji Harun untuk memberikan kasih sayang kepada anak tirinya tidak ditunaikan. Harun menunjukkan kebencian kepada anaknya dan menganggap sebagai sampah yang menumpang. Fatimah yang pada asalnya bersifat sederhana dan tidak tahu melawan turut menjadi mangsa. (perwatakan dalaman)
  • Fatimah terus berlagak biasa seolah-olah dia terus bahagia dalam rumah tangga bersama Harun tetapi orang kampung sudah dapat meneka apa yang berlaku.
  • Harun terus mendesak wang daripada isterinya sehingga wang peninggalan arwah suaminya habis dikikis Harun. Hafiz melihat ibunya dipukul, disepak dan diterajang oleh Harun. Pada waktu senja bapa tirinya meminta wang atau seutas rantai yang masih ada daripada ibunya. Ibunya diterajang sehingga pengsan. Hafiz menerkam ke arah bapa tirinya tetapi dilibas oleh Harun sehingga dia tercampak ke dinding. Dia melihat Harun menyepak pelita sehingga terpelanting dan api menyambar rumah. Dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana badannya lemah. (latar masa, tempat, perwatakan dalaman)
  • Dengan kudrat yang ada, Hafiz bingkas bangun dan meluru ke bilik untuk menyelamatkan ibunya tetapi tidak dapat menembusi asap yang tebal. Dia merasakan dirinya dirangkul dengan kasar yang cuba menariknya keluar. Dia sempat mendengar batukan ibunya beberapa kali. (perwatakan dalaman)
  • Di luar rumah, Hafiz melihat bapa tirinya memberitahu bahawa dialah yang bermain dengan pelita sehingga bilik terbakar. Orang ramai seolah-olah mempercayai kata-kata bapa tirinya. (imbas kembali)
  • Begitulah kenangan yang selalu datang dalam ingatannya setiap kali dia bersendirian terutama ketika berada di tebing sungai itu. Lamunannya tersentak apabila dia terdengar bunyi motorsikal yang bergerak menghampirinya.
  • Sebaik sahaja motorsikal itu menghampiri sebuah jambatan, Hafiz terus terjun ke dalam sungai dan dibenam-benamkan dirinya ke dalam air yang separas betisnya itu. (saspens)
  • Tuk Sidang yang menunggang motorsikal berhenti di tengah-tengah jambatan itu dan hairan melihat pemuda di dalam sungai itu berkelakuan aneh. Walaupun dia sebenarnya sedar akan sifat dan sikap pemuda itu, namun baru sekali itulah dia melihatnya berkelakuan demikian. (latar tempat)


BAB 2 : INILAH DUNIA CIPTAANNYA

  • Sidang Saman menegur Hafiz dengan panggilan Bujei daripada jambatan sungai kecil itu. Hafiz rasa lucu apabila melihat kehadiran Sidang Saman kerana dia menyangka orang lain yang menunggang motorsikal.
  • Sidang Saman memarahi Hafiz yang berkelakuan sedemikian. Hafiz memberitahu bahawa dia bertindak sedemikian kerana menganggap Lias yang datang kerana LIas selalu menyuruh Hafiz terjun sungai. (dialog)
  • Sidang Saman menghidupkan enjin motor sebaik sahaja azan maghrib berbunyi dan meminta Hafiz naik dengan segera sambil berlalu daripada situ. (latar masa)
  • Hafiz kesal kerana perbuatannya yang sia-sia itu. Hafiz menggambarkan Alias yang merupakan orang yang ditakutinya di kampung itu. Apa-apa yang disuruh oleh Alias tidak pernah dibantahnya. Turun ke dalam sungai dan membasahkan serta mengotorkan seluruh badannya merupakan antara suruhan Alias. Alias akan menghukumnya andai dia membantah seperti disepak, dipukul dan diterajang. (imbas kembali)
  • Hafiz bergerak ke rumahnya dalam keadaan basah kuyup. Perutnya lapar dan dia sedang menjangka-jangka makanan yang akan mengisi perutnya malam nanti. Mungkin pisang berangan, lebihan semalam masih ada di dapur. Apa-apa makanan tidak menjadi halangan kepadanya asalkan perutnya berisi. (imbas muka)
  • Hafiz tinggal di rumah neneknya yang kurang sempurna. Dia membaiki sendiri rumah itu dan dijaganya dengan baik. Dia menyusun peralatan rumah dengan kemas. (perwatakan luaran)
  • Suasana gelap sebaik sahaja dia tiba di rumah. Selepas membersihkan diri, dia berlagak seperti menonton televisyen dan mendengar radio sambil makan pisang. Sesekali dia bersorak gembira, bertepuk tangan dan menjerit di hadapan televisyen. Itulah alamnya dan tiada sesiapa yang mengganggu. (perwatakan luaran)
  • Sambil berbaring di dalam kelambu, dia berangan-angan. Dia kerap kali mengingati keadaan dirinya yang akan berubah suatu hari nanti. Dia bercita-cita untuk mendapat kesenangan, bekerja dan bergaji besar. Dia ingin memandu sebuah kereta mewah yang akan menjadi pandangan dan sebutan seluruh penduduk kampung. Ketika itulah dia akan berkahwin dengan Same’ah. (imbas muka)
  • Same’ah ialah anak Sidang Saman. Same’ah baik dan bertimbang rasa kepadanya . Same’ah melayannya dengan dengan kasih sayang dan tidak pernah menganggapnya sama seperti anggapan orang lain terhadapnya. (perwatakan dalaman)
  • Dia merasakan Same’ah kasih kepadanya. Dia mengetahui bahawa Same’ah sudah bertunang dan dua bulan lagi akan melangsungkan perkahwinannya. Bakal suami Same’ah seorang pegawai di kota besar. Pernah beberapa kali dia berbual-bual dengan bakal suami Same’ah. Semua itu tidak menjadi halangan kepadanya untuk terus berangan bersama-sama Same’ah.
  • Hafiz akan tersedar setiap kali azan Subuh berbunyi. Dia akan terus mandi, menggosok gigi dan membersihkan badan seperti yang dianjurkan oleh Same’ah. Apa-apa suruhan Same’ah tidak pernah diingkarinya. (perwatakan dalaman)
  • Hafiz berkira-kira pekerjaan yang akan dilakukannya pada hari itu. Biasanya dia akan menunggu sesiapa sahaja di simpang berhampiran jambatan. Mereka mungkin akan mempelawanya untuk menolong di kebun. Apa yang penting baginya dia akan mendapat upah selepas itu. (imbas muka)
  • Hafiz berkata sendirian bahawa dia mesti bergaya sebelum pergi kerja ketika menyisir rambut. (monolog)
  • Dalam keadaan gelap pagi, Hafiz berjalan meninggalkan rumah. Dia tiba di persimpangan jalan berhampiran jambatan. Di bawah pokok bunga dia menunggu-nunggu dengan penuh harapan. Akhirnya dia duduk bersandar di pangkal pokok dan terlena di situ. (latar masa dan tempat)
  • Hafiz terjaga apabila dikejutkan oleh Kasim dan rakan-rakannya. Hafiz meminta air yang dibawa oleh Kasim sebagai bekal ke sekolah. Dia juga meminta kuih daripada Sulaiman. Sebagai upah, Hafiz perlu membawa beg sekolah mereka.
  • Sambil berbual-bual dengan kanak-kanak tersebut, Hafiz membayangkan jika dia menjadi guru besar, dia akan memberi cuti setiap hari seperti pekerjaannya kini sebagai pegawai yang bercuti setiap hari. Dia meminta supaya sampaikan salam kepada cikgu Salabiah. Hafiz meminta mi daripada Husin. Hafiz sempat mengingatkan rakan-rakannya itu supaya belajar bersungguh-sungguh. (imbas muka dan perwatakan dalaman)
  • Sebaik meninggalkan sekolah, Hafiz ke kedai makan kerana makanan yang diminta daripada budak-budak sekolah tadi belum mengenyangkannya. Langkahnya perlahan-lahan apabila sampai di kedai Pak Sulong, tetapi tiada orang yang mempelawanya. Hafiz menegaskan pada dirinya bahawa dia tidak mahu meminta-minta kerana dia mempunyai harga diri. Jika ada orang yang mempelawanya dia tidak akan menolak. (perwatakan dalaman)
  • Hafiz berdiri pada tiang kedai dan akhirnya terduduk. Tiada seorangpun yang mempelawa dia makan. Pada saat inilah dia terkenangkan dirinya dan benar-benar rasa terbuang. Orang kampung melihatnya seperti musuh, tidak berhati perut dan tidak mempunyai perasaan belas kasihan. (latar masyarakat)
  • Air mata Hafiz berlinangan, dia menekupkan kepala di atas lututnya dan tidak lama kemudian dia tertidur.


BAB 3: MASIH ADA YANG SIMPATI

  • Dalam perjalanan ke bandar, Same’ah dan sepupunya, Adila melihat Hafiz tersandar pada tiang. Sudah lebih dua bulan Adila datang ke kampung dan tidak pasti bila akan pulang ke Kuala Lumpur. Kehadiran Adila banyak membantu Same’ah membuat persiapan perkahwinannya yang tidak sampai dua bulan lagi. (latar masa)
  • Adila memberitahu Same’ah bahawa Hafiz tidak harus dibiarkan sebegitu. Same’ah dapat merasakan perhatian Adila kepada Hafiz selama dua bulan dia datang ke kampung itu. Dia sering memberitahu Same’ah bahawa Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya. Adila sudah mengetahui sedikit sebanyak kisah Hafiz. (perwatakan dalaman)
  • Same’ah kurang berminat untuk bercerita tentang Hafiz kerana perhatiannya adalah pada perkahwinan dan bakal suaminya. Hafiz padanya adalah mangsa keadaan.
  • Same’ah teringat kali pertama Adila bertemu dengan Hafiz dan peristiwa itu agak melucukannya. Dua hari selepas kedatangan Adila ke kampung itu, dia membawa Adila berjalan-jalan. Sebaik tiba di persimpangan jalan berhampiran jambatan, tiba-tiba Hafiz muncul dalam keadaan basah kuyup dan berlumpur. Kepalanya digeleng-gelengkan. Adila hilang pertimbangan dan berlindung di belakang Same’ah sambil memegang erat Same’ah. Adila cemas, mukanya pucat dan benar-benar ketakutan. (latar masa, tempat dan imbas kembali)
  • Adila memberitahu bahawa dia betul-cetul cemas pada hari itu apabila melihat Hafiz yang betul-betul menakutkannya.


BAB 4: SIAPA YANG MENGERTI HATINYA

  • Pada awal pagi, Alias mengarahkan Hafiz membasuh motornya. Opah Arah, nenek kepada Alias muncul sehingga mengejutkan Hafiz. Opah Arah mempunyai perangai seperti Alias, iaitu amat tidak bertimbang rasa kepadanya. Sekiranya Alias mengapa-apakannya, orang tua itu bukan sahaja tidak mahu melarang malah seperti menggalakkannya pula. (latar masa, tempat dan perwatakan)
  • Hafiz dapat merasakan kebencian Opah Arah melalui air muka dan matanya, dan seolah-olah Opah Arah berdendam padanya. Dia sangat takut kepada Opah Arah.
  • Hafiz berhati-hati membasuh motor Alias kerana tidak mahu tercalar sehingga boleh menaikkan kemarahan Alias. Jika Alias marah, apa-apa yang diharapkannya daripada Alias akan hampa sahaja.
  • Walaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Ramai orang menasihatinya supaya menjauhi Alias, tetapi semua itu tidak diendahkannya. Alias seperti seorang raja yang menguasai dirinya. (perwatakan dalaman)
  • Alias berbual-bual dengan Sahak dan Sani yang merupakan sahabat baiknya. Mereka berbual-bual tentang Adila. Mereka tidak percaya Adila yang berkelulusan universiti datang ke kampung untuk menoreh getah. Sahak dan Sani mencabar Alias supaya mendapatkan Adila. Puji-memuji dan bermegah merupakan kebiasaan perbualan mereka seolah-olah merekalah wira. (dialog)
  • Hafiz mendapatkan Alias setelah sudah membasuh motorsikalnya. Alias mengarahkan supaya Hafis pergi tanpa memberi satu senpun. Hafiz tidak berganjak dan akan menuntut janji yang diberikan kepadanya. Andai sesiapa menjanjikan sesuatu kepadanya, dia dengan tegas mendakwa janji itu ditunaikan. Walaupun dia kenal sifat Alias, tetapi dia tidak mahu beralah. (perwatakan dalaman)
  • Alias meluru ke arah Hafiz tetapi tidak sempat menampar Hafiz kerana Mak Som melarang. Mak Som mengajak Hafiz ke dapur untuk sarapan dan memberi seringgit. Mak Som menasihatkan Hafiz supaya tidak menurut kehendak atau suruhan Alias. (latar masyarakat)


BAB 5: RAJUK YANG TAK TERPUJUK

  • Di serambi rumah, Same’ah dan Adila sedang membentuk bekas bunga telur. Adila memberitahu bahawa dia ingin menemu ramah Hafiz. Same’ah berasa aneh dengan perkara yang akan Adila lakukan itu. Dia tidak dapat menerima kewajaran bahawa Hafiz boleh dijadikan bahan ilmu dan sumber kajian. Padanya, Hafiz tidak berbeza dengan manusia-manusia lain yang dikatakan terencat akal. (latar tempat)
  • Adila menyatakan bahawa Hafiz boleh dipulihkan. Dia dapat merasakan bahawa Hafiz boleh dipulihkan menjadi manusia biasa seperti mereka. Same’ah menyedari bahawa tiada seorangpun orang kampung yang berfikir Hafiz boleh dipulihkan.
  • Same’ah mula memikirkan motif Adila datang ke kampung itu sejak dua bulan yang lalu. Lazimnya seorang graduan akan bekerja setelah tamat pengajiannya tetapi Adila tidak menunjukkan hasrat untuk bekerja. Same’ah yakin ada satu rahsia lain yang sedang disembunyikan Adila daripada pengetahuannya. (monolog dalaman)
  • Hubungan mereka sebagai saudara sepupu sebenarnya tidak berapa mesra sebelum ini kerana mereka berjauhan. Adila tinggal di kota dan Same’ah tinggal di kampung. Selama lima tahun Adila berada di luar negeri dan kini berada di kampung dengan alasan yang belum diketahuinya. (latar masa dan monolog dalaman)
  • Adila bersedia untuk menceritakan rahsia yang menyebabkan dia datang ke kampung itu tetapi tidak sempat bercerita kerana Sidang Saman pulang.
  • Pada petang itu, Same’ah dan Adila menyambung kerja mereka sambil dibantu oleh dua orang adiknya, Saniah dan Samsul. Same’ah bertanyakan Samsul tentang kisah Hafiz pada hari itu kerana Samsul banyak bercerita tentang Hafiz setiap hari. (latar masa)
  • Sidang Saman memberitahu bahawa dia mendengar Harun sudah pulang ke kampung semalam. Kepulangan Harun menjadi tanda tanya kerana Harun sudah lama menghilangkan diri. Mak Lamah mencurigai kepulangan Harun dan Sidang Saman mengagak kepulangan itu ada kaitan dengan musim buah sekarang ini. (dialog)
  • Same’ah terbayangkan tanah dusun sehektar di sebelah darat yang menjadi pusaka Hafiz. Tanah itu sebenarnya masih atas nama arwah bapa kandungnya. Hasil dusun itu jarang-jarang benar dapat dinikmati oleh Hafiz kerana Harun membolot semuanya.
  • Mak Lamah menanyakan Same’ah yang ingin tidur di rumah pak usu. Same’ah memberitahu bahawa mereka akan pergi selepas asar nanti. (latar masa)
  • Mak Usu Bakyah sudah agak lama mengharapkan kedua-dua anak saudaranya itu bertandang tidur di rumahnya. Mak Usu Bakyah ialah adik bongsu Sidang Saman, berusia lebih tiga puluh lima tahun. Same’ah dan Adila gembira berada di rumah Mak Usuh Bakyah dan banyak kisah anak muda menjadi bahan bualan mereka.
  • Malam itu, mereka bertiga masih berjaga dan berbual tentang banyak perkara seperti hal perkahwinan Same’ah, persediaan menghadapi perkahwinan dan kisah Adila di England. (latar masa)
  • Adila menceritakan kisah hidup yang dirahsiakan sebelum ini. Sebelum dia meninggalkan tanah air untuk menuntut di England, dia mengenali Faizal yang berada di tahun akhir pengajiannya. Mereka berjanji untuk menunggu dan masingmasing bersumpah dalam hati untuk setia. Apabila pulang, Adila diberitahu bahawa Faizal sudah beristeri. Faizal datang berjumpa dengannya dan memujuk Adila kembali kepadanya. Adila tegas dengan keputusan yang tidak akan menerima kembali Faizal dan meminta ayahnya menghantarnya ke kampung itu. (latar tempat dan imbas kembali)
  • Adila memberitahu bahawa dia ingin berehat dan menenangkan fikirannya dahulu sebelum mencari pekerjaan. Adila ingin tinggal di kampung itu sehingga dia betul-betul yakin semula.
  • Mak Usu Bakyah menyatakan lelaki yang lurus dan jujur ialah Hafiz, tetapi kurang akal pula. Same’ah menyatakan kejujuran yang ada pada Hafiz tidak bermakna kerana tiada siapa yang mahukannya tetapi dibantah oleh Mak Usu Bakyah. (perwatakan dalaman)
  • Adila ingin mengetahui keistimewaan yang ada pada Hafiz. Mak Usu Bakyah menyamakan HafIz seperti sumur iaitu rupanya tidak elok, kelihatan airnya keruh dengan rumpai yang menyemarakkan tetapi tersembunyi sesuatu, umpama air segar dingin, bersih dan menyihatkan. Adila merasakan apa yang diperkatakan oleh Mak Usu Bakyah ada kebenarannya. (dialog)


BAB 6: PASANG UMPAN

  • Harun memberitahu Sidang Saman akan haknya yang ingin dituntut daripada bekas isterinya, Fatimah. Sidang Saman meminta Harun berjumpa dengan kadi dan pegawai agama untuk mengemukakan haknya. (perwatakan)
  • Kata-kata Sidang Saman membuatkan air muka Harun merah padam. Dia menyedari tidak akan mendapat apa-apa yang dihajatinya. Tujuannya untuk mendapatkan timbang rasa dan kerjasama Sidang Saman belum tentu tercapai. Terdetik dihatinya untuk menyogok Sidang Saman sekiranya ketua kampung itu sanggup membantunya. (perwatakan)
  • Sidang Saman memberitahu tanah sawah dengan tapak rumah itu tidak sampai dua ekar dan itu sahajalah harta atas nama arwah Fatimah. Tanah dusun yang ada itu tetap atas nama ayah Hafiz. Tapak rumah pula telah dijual oleh Harun tetapi belum ditukar nama lagi. Sidang Saman mempersoalkan yang mana lagi hak yang ingin dituntut oleh Harun. (dialog)
  • Harun meminta tandatangan Sidang Saman untuk dia berkuasa di atas tanah sawah dan tapak rumah itu walaupun tanah itu telah dijualnya. Sidang Saman menyedari perkara salah yang akan dilakukan oleh Harun. Harun menunjukkan keramahannya di hadapan Sidang Saman tetapi tersembunyi rahsia peribadinya yang sebenar. (perwatakan)
  • Harun menjual tanah itu dengan harga RM4 ribu tanpa sebarang surat dan resit. Nama Fatimah masih tetap pada geran itu. Jika dia berkuasa ke atas tanah itu dia akan membayar balik RM4 ribu dan ditambah dua ribu lagi kepada Wak Senen.
  • Sidang Saman mempersoalkan wang yang akan diperoleh Harun untuk membayar kepada Wak Senen. Harun menyatakan perkara itu tidak menjadi masalah kepadanya.
  • Sidang Saman menyedari muslihat Harun dan menanyakan Harun tentang harga semasa tanah itu jika dijual sekarang ini. Harun menyatakan lebih kurang RM25 ribu akan diperoleh jika menjual harta itu.
  • Sidang Saman menyarankan supaya Harun berjumpa dengan Hafiz kerana Hafiz juga ada hak ke atas tanah itu. Harun meminta supaya Sidang Saman memujuk Hafiz kerana Hafiz tidak mahu bertemu dengannya. Sidang Saman menyarankan supaya Harun mendapatkan tandatangan Hafiz supaya hasratnya tercapai. Harun bersetuju tanpa menyedari bahawa Sidang Saman juga mempunyai muslihat tertentu. (dialog)
  • Mak Lamah memarahi Sidang Saman kerana menyebelahi Harun. Sidang Saman menyarankan Mak Lamah supaya tidak membuat sangkaan buruk terhadapnya kerana dia tahu untuk menguruskan hal Harun. (perwatakan)
  • Mak Lamah tidak dapat tidur memikirkan hal perbualan antara suaminya dengan Harun. Dia memikirkan suaminya akan menjadi fasik seperti Harun yang cuba membelakangkan hukum syarak dalam mengendalikan harta anak yatim. (monolog dalaman)


BAB 7: MALU

  • Selepas peristiwa malang yang menimpa ibunya dahulu, Hafiz seperti bersumpah tidak mahu menghampiri tanah tapak rumah dan sawah pusakanya. Baginya melalui lorong ke situ apa lagi menghampiri kawasan itu hanya akan mengembalikan kenangan pahit dan mengerikan padanya.
  • Sesekali Hafiz bertemu dengan Wak Senen dan Wak Senen akan memberinya duit. Duit-duit itu tidak pernah dibelanjakannya dan dia menyimpannya di dalam kendi tembaga yang ditinggalkan oleh neneknya dan disorokkannya di bawah rumah yang tidak mungkin diketahui oleh sesiapa. (latar tempat dan perwatakan)
  • Hafiz ragu-ragu untuk menggunakan wang kertas RM10 itu kerana bimbang kalau-kalau akan menimbulkan tuduhan orang terutamanya Alias kerana mungkin dian akan merampas kesemua wang yang disimpannya.
  • Kepulangan Harun ke kampung itu sudah diketahuinya. Ada orang yang sengaja menakut-nakutkannya akan kepulangan bapa tirinya itu. Sememangnya dia takut dituduh lagi sebagai penyebab kematian ibunya. Dia tahu bahawa dia tidak bersalah tetapi dia tidak mampu menafikan tuduhan bapa tirinya itu. (monolog dalaman)
  • Sejak kepulangan bapa tirinya itu, dia tidak pernah sekalipun bersua muka. Sengaja dia mengelakkan dirinya daripada bertemu dengan Harun. Dia begitu takut dan benci pada Harun. (perwatakan)
  • Pada petang itu, ketika dia berkira-kira untuk mengambil buah betik masak di tanah Sidang Saman, dia disergah oleh Samsul. Samsul mengusik Hafiz dengan menyuruh panjat pokok betik dan disuruh turun pula. Samsul gembira dan puas kalau Hafiz berjaya diolok-olokkan. (latar masa)
  • Hafiz tidak dibenarkan oleh Samsul makan betik itu sehingga dia berjumpa dengan Harun terlebih dahulu. Hafiz enggan berjumpa dengan bapa tirinya itu sambil beredar dari situ dengan langkah yang cepat.
  • Samsul memberitahu bahawa orang yang sebenarnya ingin berjumpa dengan Hafiz ialah Adila. Hafiz malu untuk berjumpa dengan Adila kerana merasakan dirinya tidak padan dengan Adila. (perwatakan)
  • Hafiz mengikut juga Samsul sambil memikirkan pertemuannya dengan Adila nanti. Dia bimbang akan pendapat Adila tentang dirinya yang tentu tidak sesuai dengan orang pekan itu.
  • Di kawasan halaman rumah Sidang Saman, Same’ah dan Adila sedang duduk di atas pangkin di bawah pokok belimbing besi. Hafiz dapat mendengar mereka ketawa. Hafiz ketakutan dan dari jauh melihat kedua-duanya senyum kepadanya. (latar tempat)
  • Mak Lamah memanggil Hafiz dan menyediakan makanan. Dia jarang datang ke situ sejak Adila bertunang tetapi dia tahu selok-belok rumah itu. Hafiz menjaga tertib ketika makan di hadapan Mak Lamah dan keluarganya. Mak Lamah memberitahu bahawa Adila akan menemu ramah Hafiz setelah selesai makan.
  • Hafiz keberatan untuk berjumpa dengan Adila kerana penampilannya yang agak kotor tetapi diyakinkan oleh Mak Lamah. Hafiz pergi juga bertemu dengan Adila. Dia menjadi rimas dengan senyuman Adila. Daripada jauh, Mak Lamah dan anak-anaknya memerhatikannya sambil ketawa.
  • Hafiz berdebar-debar apabila berhadapan dengan Adila apatah lagi apabila mendengar suara serta ucapan yang lemah-lembut dan hormat daripada Adila terhadapnya. Hafiz duduk di bangku kayu panjang yang dibuat agak ke bawah sedikit daripada pangkin. Adila duduk di sebelah menghadap Hafiz. (latar tempat)
  • Dia memperkenalkan dirinya sebagai Mohamad Hafiz. Tersentuh hatinya apabila orang memanggil nama sebenarnya. Dan menyedarkan dirinya bahawa masih ada manusia yang luhur.
  • Adila menyatakan beberapa tujuan dia ingin berjumpa dengan Hafiz. Pertamanya dia ingin berkenalan dengan Hafiz, kedua ingin bertanya tentang diri Hafiz dan ketiga ingin mengubah keadaan diri Hafiz. Dia ingin bercakap dengan Hafiz setiap hari. (dialog)
  • Hafiz merasakan terdapat perbezaan apabila berjumpa dengan Adila. Dia merasakan Adila tidakpun menganggapnya sebagai seorang yang bodoh atau terkeluar daripada norma-norma kemanusiaan biasa. Dia merasakan Adila telah mengangkat darjat dirinya.
  • Hafiz memberanikan dirinya bertanyakan sebab Adila ingin berjumpa dengannya. Adila memberitahu bahawa dia ingin menulis kisah Hafiz untuk dijadikan sebagai kajian jika Hafiz bersetuju. Hafiz menjadi ketakutan setelah mendengar perkataan borang dan repot kerana dia pernah dipermainkan oleh Alias yang ingin membawanya kepada polis untuk mengisi borang dan repot.
  • Hafiz tidak jadi untuk bercakap dengan Adila kerana bimbang apa yang dikatakan oleh Alias akan dilakukan oleh Adila. Dia ingin meninggalkan tempat itu tetapi sempat dihalang oleh Samsul. Samsul meyakinkan Hafiz supaya tidak menyamakan Alias dengan Adila.
  • Hafiz ditanya tentang kehidupan yang telah dilaluinya, fasal ibu bapanya yang telah meninggal dunia dan neneknya. Hafiz dapat dipengaruhi untuk menceritakannya. Dia menahan kesedihan ketika menceritakan peristiwa yang menimpa emaknya dan berkali-kali pula dia menafikan bahawa dia menyebabkan kebakaran rumahnya. (perwatakan)
  • Adila mempercayai kata-kata Hafiz dan menganggap Hafiz tidak bersalah. Hampir waktu asar berakhir, mereka berpisah. Dia seronok dapat berbual-bual dengan Adila dan berjanji akan datang keesokannya. (latar masa)


BAB 8: BERHARAP DALAM CURIGA

  • Pertemuan antara Adila dengan Hafiz menimbulkan keraguan dan pertanyaan penduduk kampung. Alias menyimpan perasaan dendam apabila melihat Adila dan Hafiz di bawah pokok belimbing di halaman rumah Sidang Saman. (perwatakan)
  • Alias tidak senang melihat Hafiz rapat dengan Adila. Sahak menjadi batu api untuk menimbulkan kemarahan Alias. Pada masa sama Sahak juga menaruh hati kepada Adila dan dia sanggup menentang kawannya itu untuk mendapatkan Adila. (perwatakan)
  • Alias bertekad untuk mengajar Hafiz dan Sahak bersetuju dengan cadangan itu. Mereka pelik Adila melayan Hafiz dengan mesra sekali. Alias mengingatkan supaya Sahak memberitahunya jika melihat Adila bersama dengan Hafiz keesokan hari.
  • Esoknya, Sahak memaklumkan kepada Alias tentang pertemuan Hafiz dengan Adila. Alias terburu-buru ke rumah Sidang Saman dengan motorsikalnya. Hafiz resah melihat kehadiran Alias. Alias merenung tajam ke arah Hafiz dan Hafiz mengerti maksud yang ditunjukkan oleh Alias iaitu dia tidak mahu Hafiz berada di situ lagi. (perwatakan)
  • Alias menegur Adila dengan ramah dan dia tersentak apabila Adila menyebut nama sebenar Hafiz yang tidak pernah didengarinya. Hafiz meminta diri untuk meninggalkan Adila dengan Alias. Adila dapat mengagak bahawa kehadiran Alias tidak menyenangkan Hafiz.
  • Adila tersentak apabila Alias memberitahunya bahawa tiada faedah Adila berbual dengan Hafiz kerana Hafiz bodoh. Adila kaget kerana Alias menghina Hafiz dan dapat bertutur dalam bahasa Inggeris. Adila menganggap Alias berpelajaran.
  • Alias memburuk-burukkan Hafiz dengan memberitahu Adila bahawa Hafiz ada penyakit kulit yang boleh berjangkit. Penyakit yang lebih teruk ialah maniac. Adila cemas mendengar kata-kata Alias. (dialog)
  • Alias memberitahu bahawa tiada gunanya Adila bercakap dengan Hafiz kerana dia mempunyai IQ yang rendah. Pada masa sama Alias memberitahu sebenarnya dia sudah lama berhajat untuk berkenalan dengan Adila. (perwatakan)
  • Alias minta diri lalu pergi dengan dada yang lapang dan hati yang tenang. Dia meyakinkan dirinya sendiri bahawa Adila pasti akan berada dalam gengamannya selepas beberapa pertemuan lagi. (imbas muka)
  • Same’ah memarahi Adila kerana melayan Alias.  Pada Same’ah, Alias pantang kalau perempuan suka berbual dengannya, timbullah perasaan yang kita hendakkan dia. Adila tidak menghiraukan perasaan Alias itu. (perwatakan)
  • Hafiz berat hati meninggalkan Alias dengan Adila tetapi dia terpaksa pergi apabila melihat pandangan Alias yang mengancam. Dia mengintai di celah-celah pokok pisang. Dia bimbang jika Alias dapat mempengaruhi Adila dan Adila akan tertarik dengan Alias.
  • Hafiz lemah dan tidak bermaya. Dia menuju ke tebing sungai tempat yang biasa dikunjunginya. Dia bergerak ke jambatan, berhenti ditengah-tengah dan memandang aliran air sungai. Dia merebahkan dirinya di tebing tempat biasa dia memancing.
  • Dia teringat hari-hari bersama dengan Adila. Kata-kata, nasihat dan dorongan Adila lebih kepada membentuknya menjadi manusia sempurna semula. Adila berjaya membuka pintu hatinya. (imbas kembali)
  • Baru seminggu dia bersama Adila. Daripada perbualan yang remeh-temeh kepada pembentukan kembali jiwa dan perasaannya. Hafiz sudah melihat suatu kesempurnaan, Adila mengingatkannya supaya tidak takut pada kebenaran dan jika benar, dia mesti berani bersama dengan kebenaran itu. Adila memberitahu bahawa Hafiz memiliki kepandaian dan pengetahuan yang luas, Cuma Hafiz yang membodoh-bodohkan diri. Akhirnya Hafiz terlelap. (perwatakan)
  • Hafiz tersedar apabila dikejutkan dengan keras oleh Harun yang memegang kemas tangannya. Harun memberitahu bahawa dia bukan ingin memukulnya tetapi ingin mendapatkan cap jarinya sahaja. Hafiz merasakan Harun telah berubah.
  • Hafiz menanyakan surat yang dibawa oleh Harun. Dia perlu berhati-hati seperti yang diingatkan oleh Adila kepadanya. Dia sudah begitu berani untuk menegakkan haknya,langsung tiada ketakutan apabila berhadapan dengan Harun. Harun menjadi hilang sabar dan sentimennya terhadap Hafiz yang sengaja dipendamkannya seakan-akan tersembur keluar. (perwatakan)
  • Hafiz menyedari bahawa apa-apa yang dilakukannya itu adalah tidak betul. Kebaikan dan manis muka Harun tentunya mempunyai sebab. Dia meletakkan ibu jari pada pad dakwat hitam dan mengenakan kesan jarinya pada tempat yang diminta Harun dengan kuat sehingga menampakkan tumpahan dakwat yang tidak memberikan apa-apa makna. (perwatakan)
  • Harun sangat marah kepada Hafiz dan menampar muka Hafiz. Hafiz lari dan dikejar oleh Harun. Harun rebah apabila tersangkut akar dan sebahagian tubuhnya tersembam pada lumpur dan air.
  • Hafis terpegun melihat peristiwa itu sehingga dia ketawa dan geli hati melihat Harun bersusah payah bangun dari dalam lumpur. Hafiz teringat kata-kata Adila yang mengatakan tidak baik mentertawakan kesusahan orang.
  • Hafiz membantu Harun keluar daripada lumpur itu dan membuang lumpur pada baju Harun. Tiba-tiba penumbuk Harun singgah di perutnya sehingga Hafiz terjatuh. Harun menerpa dan menyepak rusuk Hafiz. Beberapa sepakan singgah di belakang badan Hafiz sehingga dia tidak sedarkan diri. (perwatakan)


BAB 9: USAH KAURAYU

  • Adila menunggu kedatangan Hafiz. Dia membuat telahan bahawa Alias kemungkinan memberi amaran kepada Hafiz supaya tidak lagi berjumpa dengannya. Same’ah menambah memang Alias yang melarang Hafiz datang ke situ.
  • Mak Lamah menyatakan kebimbangannya kalau-kalau pertemuan Adila dengan Hafiz menimbulkan fitnah walaupun Adila berniat ikhlas. Mak Lamah menyokong apa yang dilakukan oleh Adila asalkan  Adila boleh melupakan kisah pahitnya itu. (dialog)
  • Faizal datang ke rumah Sidang Saman menyebabkan Adila berasa cemas dan ketakutan. Mak Lamah memujuk supaya Adila berjumpa dengan Faizal. Sidang Saman meninggalkan mereka berdua. Adila menyatakan semuanya sudah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.
  • Cara Faizal bercakap dan bahasanya sudah terpikat. Belum lagi ditambah dengan ketampanannya. Faizal seorang yang tegas dan berprinsip tetapi segala kesempurnaan Faizal hilang setelah Faiizal memperlakukan dirinya sedemikian. (perwatakan)
  • Faizal menyatakan bahawa dirinya masih menyintai Adila. Adila menyatakan kedatangan Faizal sia-sia jika ingin memujuknya kerana Faizal sudahpun beristeri. Faizal memberitahu bahawa dia sudahpun menceraikan isterinya. Adila menganggap perkara itu tidak dapat mengubah pendiriannya sebaliknya menjadi marah dan benci kepada Faizal. (perwatakan)
  • Adila tetap dengan keputusannya untuk tidak kembali kepada Faizal walaupun cuba dipujuk berkali-kali. Faizal memberitahu bahawa dia akan datang lagi memujuk Adila dan dia tidak putus asa. Adila memberitahu bahawa Faizal tidak menyesal jika dia datang kembali Adila sudahpun bersuami. (perwatakan)
  • Ketika malam sudah pekat, Hafiz tersedar daripada pengsan, dia merasakan seluruh tubuhnya sengal-sengal. Dalam keadaan sedemikian dia bergerak ke rumahnya. Sebaik tiba di rumah dia terlelap lagi. Beberapa jam tertidur, dia terjaga semula dan bergerak ke dalam kelambu. (latar masa)
  • Di dalam kelambu, dia teringat dua kejadian malang yang berlaku kepada dirinya pada hari itu, kedua-duanya disebabkan oleh orang-orang yang benci kepadanya. Kedatangan Adila menyedarkan dirinya bahawa di kampung itu masih ada orang yang tidak bersifat seperti Alias dan Harun. (monolog)
  • Kemesraan dan sikap terbuka Adila mendorongnya merasai dirinya berharga. Satu persatu sikap buruk dihilangkannya. Adila mengingatkannya supaya tidak mengorbankan keperibadian dan maruah diri jika ingin menuruti kehendak orang lain. Adila mengingatkan supaya dia berani menjaga maruah diri. (imbas kembali)
  • Hafiz tidak dapat melelapkan matanya sehingga ayam berkokok beberapa kali. Dia terasa tubuhnya menggigil dan dia mendengar suaranya sendiri mengerang. Dia terus berbaring walaupun hari sudah siang. Demam Hafiz semakin teruk menjelang senja. Sambil mengerang, dia menyebut nama Tuhan, meminta tolong daripada Allah. (latar masa)


BAB 10: BIMBANG

  • Pagi itu, Adila tidak dapat menyembunyikan perasaannya terhadap Hafiz kepada Same’ah.  Adila bertanyakan Same’ah tentang penyakit kulit yang diperkatakan oleh Alias yang ditanggung oleh Hafiz. Adila juga ingin mendapatkan kepastian tentang penyakit maniac yang ada pada Hafiz. (latar masa dan dialog)
  • Same’ah menceritakan kisah dia diganggu oleh Alias dan rakan-rakannya. Hafiz yang menyedari perbuatan itu, mencapai sebutir bom lalu mengacah untuk melempar kepada Alias dan rakan-rakannya. Keadaan menjadi kelam kabut dan semua lari lintang-pukang. Hafiz memasukkan bom itu ke dalam poket seluarnya dan berjalan keliling kampung. Setibanya di kedai, semua orang melarikan diri. Hafiz masuk ke kedai Pak Sulong. Pak Sulong terpaksa melayan Hafiz kerana dia tidak sempat melarikan diri. Apa-apa yang diminta oleh Hafiz terus sahaja diberikan oleh Pak Sulong. Hafiz menyerahkan bom itu kepada Pak Sulong setelah Pak Sulong memujuknya. Benda yang dikatakan bom itu sebenarnya putik nanas. Same’ah berasa geli hati kerana Hafiz dapat membodohkan orang kampung. Alias dipersalahkan kerana menghebohkan cerita Hafiz membawa bom.  (imbas kembali)




BAB 11: KASIHAN BUJEI


  • Setelah bertemu dan berbual dengan Adila, Alias berasa yakin akan dirinya. Dia menceritakan pertemuan itu kepada Sahak dan Sani. Sani menyokong tetapi Sahak berasa marah kerana dia juga mahukan Adila. Sani meminta supaya Sahak meminang Adila.
  • Alias tidak mempercayai bahawa Adila belajar di seberang laut. Alias mengatakan Adila menipu belajar di sana. Dia terlihat fail yang dipegang oleh Adila tertulis perkataan universiti dan England, tetapi dia menganggap Adila membeli fail itu di kedai. (perwatakan)
  • Hafiz sudah dua hari tidak pergi bertemu dengan Adila. Pada hari itu Alias sudah dua tiga kali menunggang motorsikalnya melewati lorong di hadapan rumah Sidang Saman tetapi tidak nampak Adila di halaman rumah. (latar masa)
  • Mereka bercadang untuk ke rumah Sidang Saman dengan lebih kerap untuk membantu kerja-kerja yang patut sempena perkahwinan Same’ah. Alias berasa bimbang jika ramai pemuda ke rumah Sidang Saman kerana akan mengganggu rancangannya. Dia bimbang jika rakan-rakannya memotong jalannya. Sani meyakinkan Alias bahawa Adila akan menyukainya jika dia yakin.
  • Sedang mereka berbual, Alias ternampak Samsul yang dalam perjalanan ke baruh untuk mencari Hafiz. Alias memanggil Samsul untuk mengetahui tujuannya. Samsul memberitahu bahawa dia ingin mencari Hafiz kerana sudah dua hari dia tidak datang ke rumah. Adila memintanya supaya mencari Hafiz.
  • Alias menjadi geram apabila mendengar kata-kata Samsul. Alias meminta Samsul menyampaikan salam kepada Adila dan memberitahu rancangannya untuk berjumpa dengan Adila pada pukul sembilan keesokan hari di sebelah hilir jambatan. Alias ingin ajak Adila ke pekan.
  • Alias gembira sendirian apabila rancangannya akan berjaya. Sani tersenyum memandangnya dan Sahak menunjukkan muka benci.
  • Samsul memberitahu keluarganya bahawa dia tidak menjumpai Hafiz. Dia keletihan kerana berjalan kaki mencari Hafiz. Dia tidak naik ke rumah Hafiz kerana ketakutan. (perwatakan)
  • Samsul menyampaikan pesanan Alias kepada Adila. Adila menceritakan perkara itu kepada Same’ah. Kebetulan mereka juga ingin ke pekan esok, jadi mereka akan mengajak Alias bersama-sama. Same’ah mengerti maksud sepupunya itu.
  • Sidang Saman memarahi Samsul kerana tidak naik ke rumah Hafiz. Adila mencelah untuk membela Samsul bahawa dia yang bersalah kerana menyuruh Samsul mencari Hafiz. Sidang Saman akan pergi ke rumah Hafiz selepas maghrib nanti untuk mencarinya. (latar masa)
  • Selepas solat maghrib, Sidang Saman ke rumah Hafiz. Sejak Adila menunjukkan perhatiannya kepada Hafiz, dia perlu melibatkan diri juga. Sebelum ini keadaan dan kebajikan Hafiz tidak begitu diambil berat..
  • Hampir setengah jam kemudian, Sidang Saman pulang sambil membawa Hafiz bersama-samanya. Samsul membantu Hafiz untuk masuk ke rumahnya tetapi Hafiz enggan masuk. Sidang Saman meminta supaya Hafiz dibawa ke bangsal tempat menyimpan barang-barang. Bangsal itu agak besar dan lapang. Biasanya Samsul dan kawan-kawannya duduk dan tidur baring di situ. (latar masa dan tempat)
  • Samsul terkejut melihat keadaan Hafiz sebaik sahaja suiz lampu dibuka. Mukanya bengkak dan berparut. Samsul tidak dapat menahan loya apabila melihat parut yang berair dan lendir yang berbau. Samsul meminta Hafiz membersihkan dirinya.
  • Hafiz memakai pakaian lama Sidang Saman dan keadaannya jauh berbeza berbanding tadi. Samsul membawa makanan untuk Hafiz. Sidang Saman memberitahu Samsul supaya Hafiz tidur di bangsal itu dan keesokan hari mereka akan membawanya ke pekan untuk gunting rambut dan ke klinik.
  • Pukul lapan malam, Samsul pergi semula ke bangkal tempat Hafiz ditempatkan. Hafiz sudah mula bercakap dengannya. Hafiz memberitahu bahawa dia tidak mahu pergi ke klinik. Hafiz memberitahu bahawa dia telah dipukul oleh Harun. Samsul menanyakan sebab Hafiz tidak menjawab panggilannya. Hafiz memberitahu dia sakit. (latar masa dan perwatakan)
  • Samsul melihat pertama kali Hafiz menangis di hadapannya. Belum pernah dia melihat Hafiz menangis sebelum ini. Selama dia mengenali Hafiz, ketawa dan keriangan sahaja yang ditunjukkan. Sekiranya dia dipukul oleh Alias, dia tidak pernah mengadu kepada orang lain.
  • Samsul serba salah melihat Hafiz yang 10 tahun lebih tua daripadanya. Samsul meminta maaf dan terharu melihat Hafiz. Hafiz memberitahu Samsul bahawa dia tidak bodoh, hanya orang lain yang mahu membodoh-bodohkannya. Hafiz menyatakan bahawa keluarga Sidang Saman baik dengannya. Adila pula telah menyedarkan dirinya, tetapi dia takut untuk berubah bimbang orang lain akan mengejeknya nanti. (perwatakan)
  • Samsul meminta Hafiz bersabar dengan keadaan yang ditanggungnya. Hafiz menyatakan bahawa selama ini dia sudah bersabar. Samsul merasakan bahawa Hafiz sudah benar-benar berubah. Dia menyarankan supaya Hafiz tidur dan menyambung perbualan mereka pada keesokan hari. (perwatakan)
  • Perasaan Samsul terganggu. Pengalaman singkatnya bersama Hafiz di bangsal itu menyedarkan dirinya bahawa dia juga merupakan salah seorang yang pernah mempermainkan dan mengabaikan Hafiz. (monolog)
  • Keesokan pagi, Samsul mendapati Hafiz tiada di bangsal. Same’ah meminta supaya Samsul mencari di rumahnya. Selepas membaiki tayar motorsikal, Samsul ke rumah Hafiz tetapi Hafiz tiada. Dalam perjalanan Samsul terserempak dengan Alias yang bertanyakan pesanannya semalam. Sebaik sahaja pulang, Mak Lamah memberitahu Hafiz sudah datang.
  • Samsul mendapatkan Hafiz di bangsal yang sedang bersarapan. Dia ingin mengetahui sebab Hafiz menghilangkan diri. Hafiz memberitahu bahawa dia pulang ke rumah untuk mandi dan ambil duit. Hafiz mengeluarkan wang kertas sepuluh ringgit daripada poket seluarnya.
  • Samsul terkejut melihat wang tersebut dan menanyakan Hafiz. Sempat juga Samsul menuduh Hafiz mencuri wang itu. Hafiz menyatakan Wak Senen memberinya wang itu. Samsul tidak yakin dengan penjelasan Hafiz. (dialog)
  • Samsul mengira wang itu yang berjumlah RM220. Hafiz meminta supaya Samsul mengambil separuh wang itu tetapi Samsul enggan. Hafiz menyarankan agar mereka berseronok apabila ke pekan nanti.
  • Pada pukul 9 pagi, Adila memandu kereka ke pekan bersama-sama Same’ah, Saniah, Samsul dan Hafiz. Sebaik tiba di jambatan, mereka melihat Alias tercegat di situ menunggu kedatangannya. Adila memperlahankan keretanya dan berpesan kepada Alias supaya berjumpa di pekan. Alias geram apabila melihat Hafiz ada bersama-sama dengan Adila. (latar masa dan tempat)
  • Di pekan, mereka berpisah dengan urusan masing-masing. Samsul bersama-sama dengan Hafiz untuk bergunting. Samsul sempat berpesan kepada Hafiz supaya sentiasa mengikutnya. Hafiz menunjukkan kebingungan semasa di bandar. Kesibukan orang ramai dan kesibukan kenderaan sesekali menakutkan dan mencemaskannya. (latar tempat)
  • Selepas bergunting, mereka ke restoran dan supermarket. Dia menjadi tidak tentu arah melihat timbunan dan susunan barang yang pelbagai. Dia tidak sedar bahawa samsul telah berpisah dengannya. Samsul tidak menyedari bahawa Hafiz tiada bersamanya. Samsul tersedar ketiadaan Hafiz dan berpatah balik untuk mencari Hafiz tetapi tidak dijumpainya. (saspens)
  • Hafiz melihat radio dan dia berkenan untuk membeli radio. Dia memberitahu Samsul tetapi menyedari Samsul tiada bersamanya. Hafiz menjadi cemas dan matanya meliar mencari Samsul. Hafiz bergerak ke hulu dan ke hilir sambil memanggil nama Samsul. Samsul terpandang ke arah Hafiz dan menghampiri Hafiz kerana bimbang Hafiz akan melakukan perkara yang dil luar jangkaan.
  • Hafiz memeluk Samsul apabila Samsul menghampirinya. Perbuatan mereka menjadi perhatian orang ramai. Hafiz membeli baju, seluar, kasut, jam tangan dan radio. Setelah selesai mereka pergi ke tempat letak kereta. Samsul meminta supaya Hafiz duduk di situ sementara dia pergi ke tempat lain. Hafiz menjadi takut apabila atendan tempat letak kereta datang dan mengisi resit. (latar tempat)
  • Setelah pulang Hafiz tidak sabar untuk kembali ke rumahnya kerana hendak mendengar radio. Dia membunyikan radio dengan gembira sekali. Dia mula mengemas rumah kerana perubahan perlu dilakukannya. Televisyen dan radio lama telah dibuang. Kawasan rumah juga telah dibersihkan. Dia berbuat demikian kerana Adila pernah memberitahunya hendak datang ke rumahnya. (perwatakan)
  • Pada waktu senja, dia melihat dalam kesamaran bahawa rumahnya agak bersih dan tersusun. Dia merebahkan diri, duduk bersandar pada tiang sambil mendengar radio. Apabila azan dilaungkan, dia bangun untuk membersihkan diri dan bersembahyang. (latar masa)
  • Pada pagi keesokannya, sedang Hafiz mengemaskan rumah, Alias datang dengan motorsikalnya. Alias naik ke rumah Hafiz dan mengambil radio yang diletakkan di atas almari. Alias ke dapur mencari Hafiz sambil membawa radio. Hafiz terkejut dan Alias melambung-lambung radio tersebut. Hafiz dengan tegas dan berani meminta semula radionya.
  • Alias menjatuhkan radio Hafiz ke lantai. Hafiz terasa pilu dan Alias ketawa sepuas-puasnya. Hafiz menyerang Alias dengan menumbuk perut. Hafiz mencapai parang panjang. Alias menjadi ketakutan. Sambil menghayun-hayun parang itu, Hafiz meminta supaya Alias menggantikan radio yang dirosakkan itu. Alias ingin melarikan diri tetapi tersepak bendul dan dia tersungkur. Hafiz ingin membakar motorsikal Alias. Alias meninggalkan tempat itu untuk mengambil duit bagi menggantikan radio. (kejutan)
  • Alias datang semula membawa ramai orang. Sidang Saman juga datang untuk menenangkan keadaan. Dia mendapat khabar bahawa Hafiz mengamuk dan ingin mencederakan Alias jika Alias tidak menyerahkan wang kepadanya. Dia tidak tahu perkara yang sebenar.
  • Hafiz memberitahu bahawa Alias telah merosakkan radionya. Sidang Saman sudah mengetahui perkara yang sebenarnya. Hafiz menunjukkan radio yang dirosakkan oleh Alias. Alias menyerahkan duit RM50 tetapi harga radio itu RM80. Sidang Saman mengarahkan supaya Alias mengambil duit baki tiga puluh ringgit. (perwatakan)
  • Opah Arah datang memaki hamun Hafiz dan Sidang Saman yang menyebelahinya. Alias berada di belakang neneknya. Opah Arah ingin menerkam ke arah Hafiz tetapi dihalang oleh Sidang Saman. Alias menyerahkan duit baki RM30. Alias sempat menyepak Hafiz ketika Hafiz mengutip wang di tanah dan Hafiz sempat menerkam ke arah Alias yang sedang menghidupkan enjin motor. Alias terjatuh dan motor menghempapnya. Opah Arah terus memaki Hafiz. (saspens dan kejutan)


BAB 12: KEBENARAN TERBUKTI

  • Orang ramai masih bercakap tentang peristiwa antara Hafiz dengan Alias. Mereka berbelah bahagi. Adila tahu bahawa Hafiz berada di pihak yang benar. Dia begitu yakin dengan panduan dan didikan yang diberikannya akan menyebabkan Hafiz akan kembali sebagai manusia biasa yang memiliki kesempurnaan.
  • Adila mendapati kes Hafiz amat menarik. Dalam jangka masa yang singkat, Hafiz menunjukkan perubahan yang begitu ketara dan ini membuktikan bahawa penyakitnya bukan disebabkan faktor dalaman tetapi lebih kepada faktor luaran. (monolog dalaman)
  • Kisah-kisah orang ketiga mengenai Hafiz dicatat dan dijadikan data untuk dibandingkan dengan kisah-kisah yang didengarnya sendiri daripada Hafiz dan kemudian disempurnakan pula oleh pemerhatiannya. Adila beranggapan Hafiz ialah pemuda biasa yang tidak diberi peluang untuk hidup dalam keadaan normal.
  • Hafiz akhirnya mampu membaca dan berdialog tentang bahan bacaannya. Sungguhpun pendapat dan fikirannya masih lagi dangkal, namun Adila kagum dengan daya bahas yang timbul hasil daripada setiap perbincangan.
  • Pertemuannya dengan Adila sudah menjadi satu dorongan. Hafiz sudah bersih dan tiada lagi bau hamis. Rambutnya disikat kemas dan pakaiannya sudah kemas. Perlakuannya sudah teratur. Keluarga Sidang Saman gembira melihat usaha Adila sehingga Mak Lamah harus memperingatkan sesuatu kepada Adila kerana Hafiz lelaki dan Adila perlu berhati-hati. Adila menyedari apa yang diperkatakan oleh Mak Lamah. (perwatakan)
  • Menjelang sepuluh hari majlis perkahwinan Same’ah, Sidang Saman dikunjungi pak imam suami isteri untuk merisik dan meminang Adila untuk Alias. Sidang Saman meminta tempoh seminggu kerana ingin bertanyakan Adila dan ibu bapanya dahulu. (latar masa)
  • Mak Lamah ingin mengetahui jawapan Adila. Adila membuat keputusan bahawa dia tidak bersedia untuk berumah tangga lagi. (perwatakan)
  • Orang kampung sudah mengetahui Alias meminang Adila. Hafiz juga mengetahui berita itu. Dia agak kecewa dan dia melihat Adila sebagai seorang penipu dan telah memperdayakan dirinya. Keesokan hari dia tidak lagi pergi ke rumah Sidang Saman.
  • Alias tidak dapat menyembunyikan perasaannya kepada kawan-kawannya. Dengan pujian kawan-kawannya, dia sudah berani mengaku bahawa Adila bakal menjadi isterinya nanti. Alias membayangkan bahawa dia akan bahagia bersama-sama Adila. Sani dan Sahak sudah dapat mengagak bahawa pinangan Alias akan ditolak, tetapi kerana kawan mereka terus mengampunya sekadar untuk menyenangkan hati Alias sahaja. (imbas muka)


BAB 13 : SIAPA SANGKA ....... MERDU SUARANYA

  • Sebahagian kawasan tanah di hadapan rumah neneknya sudah diterangkan. Belukar dan semak-samun sudah ditebas dan tanahnya sudah digemburkan. Hafiz pernah menyatakan hasratnya kepada Adila untuk menanam sayur-sayuran. Galakan Adila merupakan dorongan utama padanya. (latar tempat)
  • Sudah dua hari Hafiz tidak meneruskan kerjanya. Berita Alias meminang Adila banyak mengganggu jiwanya. Dia seolah-olah hilang semangat, tenaga dan harapan. Dia berbisik sendirian dan bertanyakan dirinya sebab semuanya menjadi tidak kena pada dirinya. Makan, minum dan tidur semuanya terganggu. Mungkin dia menaruh hati kepada Adila. (monolog dalaman)
  • Sebagai seorang insan, dia merasakan dirinya seperti orang lain juga iaitu mahu perempuan mendekatinya. Pernah dia mendekati Same’ah dan hidupnya menjadi bahagia tetapi sejak Same’ah bertunang dia menjauhkan diri. Dia menjadi kecewa. Perasaan itu kembali semula setelah Alias meminang Adila. Dia tidak dapat menerima jika Alias menjadi suami Adila. Kalau orang lain dia boleh menerima. (monolog dalaman)
  • Hafiz menyedari bahawa kehidupan mesti diteruskan walaupun dia tidak bersama Adila. Dia menyambung semula kerjanya. Sedang dia bekerja, Samsul datang dan memuji kerajinan Hafiz. Samsul mengajak Hafiz ke rumahnya untuk membantu menyiapkan pelamin. (perwatakan)
  • Lewat petang, pelamin yang akan digunakan oleh Same’ah telah siap. Pengalaman Hafiz melihat orang membuat astaka pelamin membantunya menyiapkan pelamin Same’ah. Keesokan hari, pagi-pagi lagi Hafiz sudah datang ke rumah Sidang Saman untuk membantu apa-apa kerja. (latar masa)
  • Dua hari menjelang hari perkahwinan Same’ah, keluarga Adila datang. Hafiz sempat berbual dengan ibu bapa Adila. (latar masa)
  • Pada malam pengantin, diadakan persembahan pancaragam sebagai hadiah hiburan kepada mereka yang telah menyempurnakan majlis perkahwinan. Juruhebah meminta Hafiz tampil ke pentas untuk menyanyi kerana permintaan seorang peminat rahsia yang ingin tujukan lagu itu kepada keluarga tuan rumah. (latar masa dan saspens)
  • Hafiz melangkah tenang ke pentas dan menyampaikan sebuah lagu Bahtera Merdeka. Hafiz mengumandangkan suaranya dengan iringan muzik yang sempurna sehinggalah ke akhirnya. Orang ramai yang pada mulanya bersorak menjadi diam. Mereka tidak menduga Hafiz boleh menyanyi. (perwatakan luaran)
  • Adila mencari Hafiz tanpa mempedulikan orang ramai di baruh. Hafiz tidak dijumpainya. Adila kembali semula bersama-sama penduduk kampung. Adila berasa bangga apabila orang kampung bercakap-cakap tentang Hafiz. Hafiz pada mereka telah banyak berubah atas pertolongan Adila. Adila merasakan kerjanya lebih mudah selepas ini apabila orang kampung ingin membantu memulihkan Hafiz.


BAB 14 : TANAH PUSAKA

  • Kedua-duanya resah. Alias resah menungu keputusan peminangannya manakala Hafiz keletihan kerana majlis perkahwinan Same’ah. Dia tidak keluar rumah langsung selepas majlis tersebut. Matanya tidak dapat lelap.
  • Pada pukul 2.25 petang, Samsul datang ke rumah Hafiz membawa makanan. Samsul memberitahu bahawa nyanyian Hafiz mendapat pujian ramai orang. Samsul memberitahu bahawa Bahar, iaitu ahli kugiran yang bekerja di pekan akan mencarinya. Adila juga turut memuji Hafiz. (latar masa dan tempat)
  • Selepas makan, Hafiz ke rumah Sidang Saman. Dia dipuji hampir seluruh keluarga Sidang Saman. Pak Lang Dahlan mengajak Hafiz berbual-bual di bawah pokok belimbing besi. Hafiz tidak menyangka bahawa orang pekan sanggup berbual mesra dengannya. Hafiz tidak nampak Adila di rumah Sidang Saman. (latar tempat)
  • Lewat petang, sebuah kereta muncul. Hafiz amat kecewa apabila melihat Adila menaiki kereta itu bersama-sama seorang jejaka yang kacak. Faizal datang bersalam dengan Pak Lang Dahlan dan Hafiz. Akhirnya Faizal meminta diri selepas berbual seketika dengan Pak Lang Dahlan. (latar masa)
  • Pak Lang Dahlan memberitahu Hafiz bahawa dia ingin pulang ke Kuala Lumpur pada malam itu dan mengajak Hafiz datang ke rumahnya. Hafiz tidak tergamak untuk menanyakan sama ada Adila akan turut sama pulang ke Kuala Lumpur.
  • Malam itu, ketika Hafiz memikirkan hal kehidupannya, Wak Senen datang ke rumahnya. Wak Senen memberitahu bahawa dia menduduki tanah Hafiz sudah sepuluh tahun walaupun tanah itu dibeli daripada Harun, tetapi urusan jual beli itu tidak sah. Wak Senen memberitahu bahawa sepanjang dia menduduki tanah itu, dia sudah mendapat semula modalnya dengan melakukan aktiviti bercukuk tanam. Wak Senen ingin menyerahkan tanah itu kepada Hafiz jika Hafiz inginkan semula sambil berpesan supaya tidak menjual tanah itu kerana itulah satu-satunya pusaka arwah ibunya. (latar masa, tempat dan perwatakan)
  • Wak Senen mengingatkan Hafiz supaya berhati-hati dengan Harun kerana Harun akan cuba menipu Hafiz. Hafiz gembira kerana bapa tirinya itu tidak berjaya mendapatkan tandatangannya dahulu. (perwatakan)
  • Hafiz meminta Wak Senen menjaga tanahnya itu setelah Wak Senen memberitahu bahawa tanah tempat Hafiz duduk sekarang bukan haknya kerana mungkin ada orang yang akan menuntutnya nanti. Wak Senen menasihatkan Hafiz bahawa Harun tidak boleh menjual tanah itu sebab nama Hafiz ada pada geran tanah itu. Wak Senen meninggalkan rumah Hafiz hampir lewat tengah malam. (latar masa dan perwatakan)
  • Lewat petang, Mak Lamah meminta supaya mereka berhenti melakukan kerja-kerja pembersihan. Mereka berehat di bawah pokok belimbing sambil makan laksa. Adila duduk bersebelahan Hafiz sambil memberitahu bahawa dia kagum dengan Hafiz. (latar masa)








BAB 15 : SERBA SALAH

  • Adila rasa kesepian apabila Same’ah mengikut suaminya. Timbul rasa ingin pulang ke kota. Adila memikirkan Hafiz jika dia meninggalkan kampung itu. Mungkin Hafiz menganggap Adila ingin meninggalkannya. Hafiz sudah berubah tetapi tidak boleh dibiarkan sendiri. Mak Lamah menyedari kegelisahan yang dihadapi oleh Adila. Mak Lamah menasihati supaya tidak memikirkan tentang Hafiz sebaliknya memikirkan tentang diri sendiri dan masa depan Adila. Mak Lamah memuji kerana Adila sudah banyak berbudi kepada Hafiz dan Mak Lamah percaya Hafiz sudah mampu berdikari. (monolog dalaman dan perwatakan)
  • Mak Lamah menasihati Adila supaya pulang ke kota kerana tidak mahu Adila merosakkan masa depannya. Mak Lamah tidak mahu Alias melakukan perkara buruk kepada Adila. Ibu bapa Adila juga meminta Mak Lamah menasihati Adila supaya bersama-sama dengan keluarga di kota. (perwatakan)
  • Malam itu, Adila berada dalam keraguan. Dia perlu mengadakan pertemuan lagi dengan Hafiz bagi melengkapkan kajiannya. Dia ingin menyelami hati dan perasaan Hafiz. Hubungannya dengan Faizal telah putus dan dia tidak akan kembali kepada Faizal lagi. Faizal dianggapnya lemah berbanding Hafiz yang nampak lebih tegas dan gagah. Adila sudah bosan mendegar kata-kata Faizal. Adila tidak dapat melelapkan mata pada malam itu. (monolog dalaman dan perwatakan)


BAB 16 : DIRASUK GELISAH

  • Alias datang menemui Hafiz. Hafiz sudah tidak gerun lagi kepada Alias. Dia sudah yakin untuk berhadapan dengannya. (perwatakan)
  • Alias datang untuk meminta maaf daripada Hafiz atas segala perbuatannya kepada Hafiz sebelum ini. Alias juga mengaku bahawa dia sendiri ingin berubah. Mereka duduk bersama di bangku kayu panjang bawah pokok jering di hadapan rumah Hafiz. (latar tempat)
  • Alias memberitahu bahawa dia yang meminta Hafiz menyanyi pada malam itu. Sebenarnya dia ingin memalukan Hafiz tetapi dia tidak sangka Hafiz pandai menyanyi.
  • Alias memberitahu Hafiz bahawa dia tidak jadi meminang Adila kerana Adila ada penyakit AIDS. Tunangnya di Kuala Lumpur juga memutuskan pertunangannya kerana penyakit tersebut. (perwatakan)
  • Hafiz menjadi gelisah apabila mendengar cerita Alias. Alias membuat tuduhan bahawa Adila melakukan perbuatan terkutuk semasa berada di London sehingga dia mendapat penyakit tersebut. Oleh sebab orang Kuala Lumpur sudah tahu maka Adila datang ke kampung itu. Alias membohongi Hafis dengan mengatakan Adila meminta dia meminangnya, tetapi oleh sebab dia mengetahui keadaan sebenar, dia meminta Tuk Ngah Imam batalkan sahaja. (perwatakan)
  • Hafiz ditinggalkan Alias keseorangan. Dia mempercayai kata-kata Alias. Baginya Alias telah menyelamatkannya. Dia tidak sangka bahawa Alias yang dahulu membencinya kini dengan rela hati memberitahu akan bahaya yang mungkin dihadapi jika dia rapat dengan Adila. Alias memintanya supaya tidak menceritakan kepada sesiapa dan orang kampung sudah mengetahuinya.
  • Hafiz menjadi gelisah dan jiwanya terganggu. Dia tidak pergi ke rumah Sidang Saman apabila mendengar cerita Alias. Kerjanya menyiapkan batas tanaman juga terganggu. Tiada lagi keperluan untuknya berjumpa dengan Adila. (monolog dalaman)
  • Sudah masuk hari kelima dia tidak pergi ke rumah Sidang Saman. Dia menetapkan pendirian untuk tidak berjumpa dengan Adila. Dia berasa kecewa kerana dirinya diperalatkan. (latar masa dan monolog dalaman)
  • Setelah lima hari itu, Hafiz menjadi curiga kerana tiada siapapun yang datang menjenguknya. Samsul juga tidak datang melihatnya apabila pulang daripada sekolah. Dia memikirkan mungkin Adila sakit teruk dan sudah dibawa ke rumah sakit. Pesan Alias menjadikan dia bertambah takut. (monolog dalaman)
  • Adila menangis apabila difitnah orang kampung. Dia menerima surat layang yang menulis kata-kata fitnah yang begitu mengecewakannya. Tulisan itu mengatakan bahawa dia menolak pinangan Alias kerana dirinya sudah rosak. Hafiz dikatakan sebagai perosak kepada Adila dan akibatnya dia akan berkahwin dengan Hafiz nanti.
  • Adila menganggap ujian itu amat besar baginya. Sebelum ini dia dapat menghadapi dugaan apabila putus tunang dengan Faizal. Adila menganggap Hafiz mengetahui berita itu sehingga dia tidak datang ke rumah Sidang Saman kerana malu. Adila terfikir untuk meninggalkan kampung itu yang tidak lagi memberikan kedamaian kepadanya. Mak Lamah mampu menasihati Adila supaya bersabar dan bertawakkal atas apa yang berlaku. Mereka tetap percaya dan menyokong Adila. (monolog dalaman)
  • Adila mencadangkan kepada Mak Lamah untuk pulang sekejap ke Kuala Lumpur bagi menenangkan fikirannya. Ibunya sangat gembira apabila dia ingin pulang ke kota. Dalam perjalanan banyak perkara yang bermain di fikirannya. Dia memikirkan sama ada dia lemah sehingga perlu melarikan diri ke kota hanya kerana seorang lelaki yang mengkhianatinya dan hanya kerana fitnah. (monolog dalaman)
  • Ayahnya meminta dia bekerja dan segala masalah akan selesai jika dia mempunyai tanggungjawab. Ayahnya memberitahu bahawa dia boleh membantu Adila mendapatkan pekerjaan kerana kawan-kawannya sedia membantu. Adila berhasrat menjadi pensyarah dan membuat master nanti. Ayahnya akan menemui Dr. Mahzan untuk membantunya. (dialog dan perwatakan)
  •  Adila akan memikirkan cadangan ayahnya itu. Dia memberitahu bahawa  ada tugas yang belum selesai. Ayahnya bangga kerana Adila memiliki sifat kemanusiaan yang luhur dengan membantu Hafiz. Ibunya sempat memesan supaya berhati-hati di kampung kerana masih ada orang yang mengamalkan ilmu hitam. (perwatakan)
  • Adila memberitahu bahawa dia akan ke kampung seminggu dua untuk menyelesaikan beberapa perkara dengan Hafiz. Dia meminta izin untuk membawa Hafiz berjumpa dengan keluarganya. Ayahnya tidak mebantah cadangan Adila, tetapi ibunya semacam tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.


BAB 17: RINDU

  • Hafiz tidak dapat lagi menahan perasaannya. Ancaman penyakit yang disebut oleh Alias tidak dapat mengalahkan rindunya kepada Adila. Sudah 10 hari dia tidak ke rumah Sidang Saman dan selama itulah dia tidak melihat wajah Adila. (latar masa)
  • Dia menunggu Samsul di jambatan. Samsul mengajak Hafiz pulang ke rumahnya. Mak Lamah memarahi Hafiz kerana tidak datang ke rumahnya. Hafiz memberitahu bahawa dia sibuk berkebun. Hafiz makan bersama-sama Samsul.
  • Hafiz bertanyakan Samsul tentang Adila. Samsul memberitahu bahawa Adila pulang berjumpa dengan ibu bapanya. Hafiz menanyakan keadaan Adila yang dikatakan sakit teruk. Samsul memarahi Hafiz kerana mempercayai fitnah orang. (perwatakan)
  • Samsul memberitahu Adila sudah seminggu pulang ke kota. Selesai makan, mereka ke bangsal. Hafiz menceritakan semula dia dikenakan oleh Alias semasa di kedai Pak Sulong. Alias menyuruhnya menghisap rokok sambil minum teh tarik. Kerana rasa loya, rokok dan teh tarik yang ada di dalam mulutnya tersembur ke muka Alias. (imbas kembali)
  • Samsul memikirkan cara untuk mengetahui fitnah terhadap Adila daripada Hafiz. Hafiz juga ragu-ragu tentang penyakit yang dihadapi Adila. Samsul ingin mengetahui sama ada Hafiz pernah menyentuh Adila. Hafiz menjadi bimbang apabila Samsul bertanyakan hal itu kerana mengingatkan bahawa Adila ada penyakit seperti yang diberitahu oleh Alias.
  • Hafiz memberitahu bahawa dia tidak pernah memegang Adila. Samsul juga dapat membuat rumusan bahawa tidak mungkin Hafiz melakukan perbuatan sumbang kepada Adila semasa dia bersama Adila di bawah pokok belimbing di rumahnya.
  • Samsul ingin mengetahui sama ada Hafiz menyukai Adila atau tidak. Hafiz memberitahu bahawa dia menyukai Adila kerana dia baik dan mengajarnya macam-macam. Dia tidak tahu macam mana hendak balas budi baik Adila. Hafiz menberitahu bahawa dia sedar akan dirinya yang tidak layak untuk Adila dan Adila mungkin tidak mahukannya. (dialog dan perwatakan)


BAB 18: KELIRU

  • Dua minggu berlalu, jiwa dan perasaan Hafiz tidak tenteram lagi. Walaupun semangatnya untuk meneruskan kebunnya terus tinggi, fikirannya tidak terlepas daripada memikirkan hal Adila. (latar masa)
  • Dua hari lepas, Alias datang menemuinya lagi dengan membawa berita baru. Menurut Alias, Adila tidak akan datang lagi ke kampung itu kerana penyakitnya bertambah teruk. Alias meminta Hafiz tidak mempercayai kata-kata Samsul. Hafiz menjadi bertambah gelisah. Dia mempercayai kata-kata Alias.
  • Alias menambah kegelisahannya dengan memesan supaya tidak selalu ke rumah Sidang Saman kerana seluruh keluarga itu sudah dijangkiti penyakit yang dibawa Adila. Alias memberitahu bahawa mereka sengaja hendak kahwinkan Adila dengan Hafiz kerana Adila sudah tidak laku dan tiada orang hendak lagi. (perwatakan)
  • Hafiz bersetuju dengan kata-kata Alias. Dia membayangkan keadaan Adila yang sedang terbaring menderita sakit. Tubuh Adila kurus kering dan rambut yang tidak terbela. (imbas muka)
  • Hafiz menjadi tidak tenteram dari hari ke hari. Dia menjadi takut apabila ada orang yang akan memberitahunya tentang kematian atau kepulangan Adila. Dia begitu risau jika Samsul datang memberitahunya Adila meninggal atau Adila sudah pulang ke kampung. Dia memikirkan alasan yang akan digunakan untuk mengelak daripada berjumpa dengan Adila. (monolog dalaman)
  • Seminggu kemudian Samsul datang untuk meberitahu kepulangan Adila sudah tiga hari ke kampung. Samsul menyedari kelainan yang ditunjukkan oleh Hafiz yang tidak mahu menghampirinya. Samsul memberitahu bahawa Adila memanggilnya untuk menyambung tugasan yang belum selesai. (latar masa)
  • Samsul mengajak Hafiz untuk ke hospital. Hafiz sudah menjangka bahawa Adila berada di rumah sakit. Samsul memberitahu bahawa Hafiz perlu melupakan persengketaannya kerana orang itu sedang menderita sakit dan Hafiz perlu menghiburkan hatinya. Hafiz menjadi serba salah dengan kata-kata Samsul itu. Hafiz memberitahu bahawa dia tidak boleh mengikut Samsul kerana dia ingin sudahkan kerjanya. (saspens)
  • Hafiz benar-benar terhimpit apabila samsul meletakkan harapan agar Hafiz pergi melawat kerana kemungkinan mereka tidak berpeluang lagi untuk bertemu dengannya. Kesungguhan Hafiz meyakinkannya bahawa Adila semakin teruk. (saspens)
  • Apabila tiba di rumah Sidang Saman, Hafiz terkejut apabila melihat Adila berada di anjung rumah sedang berbual-bual dengan Mak Lamah. Hafiz menanyakan orang yang masuk hospital. Samsul memberitahu bahawa Sahak yang masuk hospital kerana berlumba dengan Alias dan terjatuh apabila tiba di jambatan kerana hendak mengelak lembu. (latar tempat)
  • Hafiz berasa tidak selesa apabila berbual-bual dengan Adila kerana telah lama tidak bertemu. Sidang Saman pulang memberitahu bahawa Sahak kurang darah dan tulang rusuknya patah. Adila memberitahu bahawa darah AB Sahak sama dengannya dan dia bersedia untuk menderma darah kepada Sahak. Hafiz menjadi cemas apabila Adila menyebut untuk menderma darah. (perwatakan)


BAB 19: AKU CINTA ADILA

  • Adila menganggap darah yang disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuh dengan sumbangannya itu. Di sebalik bakti Adila dan kecelakaan Sahak itu, tidak sedikitpun menyedarkan Alias. Dia memperkecilkan Sahak dan menganggap kecelakaan yang menimpa Sahak adalah kerana keangkuhannya. (perwatakan)
  • Alias bertambah marah apabila Hafiz kembali bersama dengan Adila. Dia mahu Hafiz menjauhi Adila. Suatu pagi, Alias mendapatkan Hafiz dan menengking Hafiz kerana tidak mengikut kata-katanya. Hafiz memberanikan dirinya untuk berdebat dengan Alias. Katanya jika Alias percaya bahawa Adila berpenyakit, Alias perlu menghalau Adila daripada kampung itu. Alias tidak menduga bahawa Hafiz bertindak balas demikian rupa. (perwatakan)
  • Alias menggunakan helah untuk berbincang dahulu dengan penduduk kampung. Hafiz tidak mahu melibatkan penduduk kampung sebaliknya mereka berdua sudah cukup untuk menghalau Adila. Alias meninggalkan Hafiz menyebabkan dia tersenyum melihat pertama kalinya dia merasakan satu kemenangan. (kejutan)
  • Sejak itu, Alias tidak lagi datang menemui Hafiz. Perubahan Hafiz yang mendadak telah mencabar egonya. Orang suruhan yang dapat dijadikan hamba dan alat penghiburnya sudah tidak dapat diperalatkan lagi. Penolakan pinangannya meletakkan dirinya hina. Keintiman Hafiz dengan Adila menjadikan kebenciaannya mutlak.
  • Alias mengarahkan kawan-kawannya menculik Adila kerana Adila adalah haknya. Kawan-kawan Alias menyedari perkara jahat yang akan dilakukan oleh Alias. Alias sudah menghantar beberapa pucuk surat kepada Adila. Setiap hari dia akan melalui lorong ke rumah Sidang Saman. Akhirnya dia menggunakan khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih supaya Adila tunduk kepadanya. Neneknya menurut kemahuan cucunya itu kerana dia juga mendendami Sidang Saman sekeluarga lantaran menolak pinangan Alias. (perwatakan, kejutan dan klimaks)
  • Alias kehilangan kawan-kawannya. Alias datang merayu kepada Hafiz supaya memujuk Adila agar sukakannya. Hafiz memikirkan bahawa Alias kini sudah kehilangan harga diri. Keadaan Alias bertambah teruk. Makan minum dan tidur baringnya sudah terganggu. Siang dan malam sudah tidak dapat dibezakannya.



BAB 20: MEREKA TIDAK RAGU-RAGU LAGI

  • Adila memberitahu sesuatu kepada Sidang Saman dan Mak Lamah. Mereka tidak percaya bahawa Adila telah membuat keputusannya. Adila menyedari apa yang akan diperkatakan oleh Sidang Saman dan Mak Lamah tetapi dia tidak akan menarik balik keputusannya. Mak Lamah berharap agar Adila memilih lelaki yang setaraf dengannya. Akhirnya Sidang Saman menerima qada dan qadar dan bersetuju dengan pilihan Adila. (dialog)
  • Sidang Saman menghormati keputusan yang dibuat Adila. Dia menasihati Adila supaya berbincang dengan ibu bapanya dahulu. Padanya Hafiz belum bersedia untuk menjadi suami Adila. Mak Lamah akhirnya menerima kata-kata suaminya dan berharap Hafiz menjadi seorang lelaki yang sempurna. Keputusan tiga beranak itu tidak diketahui oleh sesiapapun termasuk Hafiz.
  • Keesokan hari Hafiz berjumpa dengan Adila lagi. Adila memberitahu bahawa kerjanya telah selesai. Adila memberitahu bahawa Hafiz sudah boleh berdikari. Hafiz memberitahu bahawa dia tidak dapat membalas budi Adila. Adila pula memberitahu bahawa Hafiz banyak berbudi kepadanya kerana mengajarnya erti kehidupan dan kemanusiaan. (dialog)
  • Adila memberitahu bahawa dia akan pulang ke Kuala Lumpur dan akan bekerja. Kelmarin ayahnya menelefon bahawa dia ditawarkan bekerja sebagai pensyarah di sebuah institut swasta.
  • Adila mengharapkan supaya Hafiz belajar agama dan meminta supaya Hafiz berjumpa dengan Sidang Saman untuk menguruskannya. Hafiz menerima cadangan Adila. Adila akan pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi esok menaiki bas. (latar masa dan perwatakan)
  • Adila mengingatkan pertemuan kali pertama mereka. Adila memberitahu bahawa dia tersangat takut pada masa itu ketika dia berjalan bersama-sama Same’ah. Mereka gembira mengingatkan peristiwa lalu. (imbas kembali)
  • Adila mengajak Hafiz ke Kuala Lumpur kerana ibu bapanya ada bertanyakan dirinya. Mereka terpandang seorang pemuda yang baru lalu kemudian berhenti di luar pagar. Pemuda itu memandang mereka dan kemudian berlalu pergi. (saspens)
  • Hafiz sebak melihat pemuda itu. Terbayang tentang dirinya yang berdiri di luar pagar tadi. Adila tidak pernah meminta pemuda itu berkeadaan sedemikian. Adila dan Hafiz berpandangan sambil mengharapkan Hafiz menghantarnya ke pekan besok hari.

6 comments:

  1. oh wait mmg nme die hafiz bru smpi..:3 surrrreeeyy

    ReplyDelete
  2. Wah, nota drpd cikguku, En. Azaman! Terima Kasih Cikgu!XD -WDanialOfficial-

    ReplyDelete
  3. cikgu , dalam novel pantai kasih , adakah ibu unong siron dikelaskan sbg watak protagonis ?

    ReplyDelete

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...