Ular sawa telan kucing peniaga ditangkap

IBRAHIM  (kiri)  bersama penduduk  memegang ular  sawa yang  ditangkap di Kampung Badak Mati, Bukit Marak  dekat Kota Bharu kelmarin. 
KOTA BHARU - Kehilangan seekor kucing milik seorang peniaga restoran  akhirnya terjawab apabila seekor ular sawa batik sepanjang lima meter  dan seberat 50 kilogram ditemui di dalam premis tersebut di Kampung  Badak Mati, Bukit Marak dekat sini kelmarin.
Pemilik kedai makan tersebut, Khairul Azman Hasbullah, 33, berkata,  kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika dia  mahu mengambil air untuk membasuh pinggan.
Reptilia itu ditemui dalam keadaan berlingkar dan tidak bergerak.
"Saya terus menghubungi pihak bomba kerana bimbang ular tersebut bertindak agresif dan mengancam saya ataupun para pelanggan.
"Sebelum ini, saya kehilangan kucing peliharaan sejak tiga hari yang  lalu dan saya percaya kucing tersebut telah menjadi mangsa ular  berkenaan," katanya ketika ditemui kelmarin.
(Sumber : Kosmo online - 13/11/2011) 
No comments:
Post a Comment