Zulfadli, Nelson-Ee Yi wira negara
Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my
2011/11/07
NELSON (kanan)-Ee Yi ukir nama negara di pentas dunia apabila muncul juara beregu lelaki Remaja Dunia di Taiwan, semalam.
Lakar kejayaan berganda, muncul juara badminton remaja dunia di Taiwan
MALAYSIA melakar kejayaan berganda di Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan, semalam apabila Zulfadli Zulkifli dan Nelson Heg Wei Keat-Teo Ee Yi menghadiahkan negara pingat kejuaraan acara perseorangan dan beregu lelaki.
Zulfadli, 18, yang sebelum ini mencipta sejarah sebagai pemain pertama negara merangkul kejuaraan remaja Asia di Lucknow, India Julai lalu, melakar satu lagi sejarah baru apabila muncul pemain pertama negara memenangi gelaran perseorangan lelaki remaja dunia selepas menewaskan juara bertahan dari Denmark, Viktor Axelsen.
Pemain kelab profesional KLRC itu yang juga pilihan kedua kejohanan, bagaimanapun diheret bertarung dalam tiga set terlebih dulu sebelum mencatat kemenangan dengan keputusan 21-18, 9-21, 21-19 dalam masa 50 minit.
Sementara itu, Nelson-Ee Yi yang juga naib juara beregu lelaki tahun lalu memastikan kejuaraan selepas menewaskan pemain tuan rumah yang juga pilihan utama kejohanan, Huang Po Jui-Lin Chia Yu dengan keputusan 21-17, 21-17 dalam masa hanya 37 minit, sekali gus mengekalkan dominasi negara dalam acara itu sejak 2008.
(Sumber : berita harian online - 7/11/2011)
No comments:
Post a Comment