Kuartet 4x400m cipta kejutan

Atlet terjun Yeoh Ken Nee (atas) dan  Bryan Nickson Lomas memenangi pingat emas dalam acara 3 meter papan  anjal seirama lelaki akhir di Pusat Akuatik Jakabaring, Palembang,  semalam. – BERNAMA
PALEMBANG – Datang bersama kontroversi dan langsung tidak diletak  harapan, kuartet 4x400 meter lelaki negara melakar kejutan terbesar pada  penghujung cabaran hari ketiga Sukan SEA XXVI apabila menghadiahkan  pingat emas paling tidak diduga di Stadium Olahraga Jakabaring.
 Kombinasi Muhammad Yunus Lasaleh, Sehzuan Ahmad Rosely, P. Yuvaraaj  dan S.Kannathasan pada awalnya tidak disenaraikan ke Sukan SEA dan hanya  mendapat tempat dalam kontinjen pada saat akhir, mengetepikan segala  ujian dengan menggondol emas menerusi catatan masa 10.47s.
 Malaysia, yang kali terakhir memenangi emas 4x400m lelaki pada Sukan SEA Korat 2007, menumpaskan Filipina dan Thailand. 
(Sumber : utusan online - 15/11/2011) 
No comments:
Post a Comment