Wednesday, 2 November 2011

BAKAT GURU FARIS

Sajak ini dideklamasikan oleh Cikgu Wan Muhammad Saidi Jaafar semasa Malam Jejak Cemerlang SPM 2011 pada 2 November 2011 bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.





SEMANGAT GRADUAN FARIS 2011

Diriku tersentak, terharu
Melihat semangat, mendengar harapan,
Anak-anak didikku.

Tapi diriku masih tertanya-tanya,
Adakah semangat, dan harapan itu,
Sekadar bicara, untuk menenangkan diriku,
Atau sekadar lakonan,
Yang menjiwai anak didikku.

Betulkah apa yang terpampang di headcount kelasku,
Markah anak didikku kian menjunam,
Adakah ada silap yang terguris di hati,
Sehingga tiada lagi sikap untuk anak didikku bangkit.

Tidak tersentuhkah di kalbu anak didikku,
Melihat rakan guruku penat dan letih,
Mengatur puluhan program dengan aneka jenama,
Sedangkan, anak didikku masih lagi leka berbicara,
Tentang perasaan dan angan-angan indah.

Kadang-kadang terfikir juga di benak fikiranku,
Adakah anak didikku lupa,
Atau sengaja lupa,
Pengorbanan ayah bonda di rumah,
Bekerja seharian,
Menyara anak didikku di Faris Petra.

Ingatkah lagi anak didikku,
Pertama kali menjejak kaki ke asrama,
Malu, pilu, penuh sayu mencium jemari ayah bonda.

Ingatkah lagi anak didikku,
Pesanan, teguran dan titisan air mata bonda,
Sentiasa jadi bekalan rindu, anak didikku di asrama.

Tapi segalanya begitu, dilupai,
Pesanan, teguran, sengaja dibakul sempahkan,
Anak didikku rupanya mencipta dunianya sendiri di asrama.

Adakah anak didikku begitu angkuh,
Harapan dan linangan air mata ayah bonda,
Sekadar mengganggu hidup di asrama.

Pandanglah ke raut wajah ayah bonda,
Sayu di kelopak mata mereka,
Mengharap anak didikku belajar bersungguh-sungguh.

Tidak iri hatikah anak didikku,
SPM 2005, 40 pelajar Faris ke oversea,
Tidak cemburukah anak didikku,
SPM 2010, jiran kita, MRSM terbaik di Malaysia.

Tapi bagaimana dengan modul-modul ...
Sudah diisi lengkap?
Sudah dijawab semua contoh soalan,
Sudah fahamkah teori setiap topik.

Atau masih terpingga-pingga

Bagaimana pula janji kita,
Belajar secara aktif?
Sudah seimbangkah semua subjek,
Sudah ditanya gurukah, catatan yang kurang faham.

Jawapan yang jelas, harus dibuktikan,
Strategi belajar berkesan, harus disusun rapi,
Minat dan kesungguhan luar biasa, harus ditunjukkan,
Diterjemahkanmalam itu juga.

Bangkit, bangkitlah anak-anak didikku,
Sedar, bersungguh-sungguhlah menuntut SPM,
Ubahlah sikap, capailah kejayaan melangit,
Seperti di raih Syafirie, Nik Faiz, Hasnieza, Siti Karimi dll,

Oleh itu, berjanjilah anak-anak didikku,
Sebagaimana janji yang disepakaki sebelum ini,
Bersama kita melestarikan Faris No 1,
Straight A+ SPM 2011,
Pada semua guru hadirin di sini.

Yakinlah anak-anak didikku,
Faris Petra SPM 2011,
Pasti terbilang


Nukilan
WAN MUHAMMAD SAIDI BIN JAAFAR
Guru Cemerlang Kimia

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...