Malaysia bolot 9 emas

 Noraseela Mohd. Khalid mengibarkan  Jalur Gemilang selepas memenangi pingat emas dalam acara 400 meter  berpagar Sukan SEA XXVI di Stadium Jakabaring, Palembang, semalam.
JAKARTA – Tiada lagi sasaran yang tersasar, sebaliknya beberapa acara  luar jangkaan menyumbang pingat emas tidak diduga untuk membolehkan  Malaysia menunai hasil paling banyak selepas lima hari Sukan SEA XXVI  berlangsung dengan menggondol sembilan emas, semalam.
 Ketika Sukan SEA berbaki tujuh hari lagi, kontinjen negara sudah  hampir separuh menghambat sasaran 45 emas yang diletakkan Majlis Sukan  Negara (MSN), berterima kasih kepada renang yang akhirnya menamatkan  kemarau emas dengan menggondol tiga kejuaraan menerusi Siow Yi Ting,  Khoo Cai Lin dan Kevin Yeap.
 Terjun juga tidak menghampakan apabila menjadi penyumbang emas  Malaysia dengan menambah dua lagi semalam manakala olahraga terhutang  budi dengan dua atlet veteran, Noraseela Mohd. Khalid dan Roslinda  Samsu. 
 Dua lagi emas Malaysia dihadiahkan ratu menembak, Nur Suryani Mohamed Taibi dan jaguh memanah, Cheng Chu Sian. 
 Di kolam renang, Cai Lin menebus kekecewaan gagal mempertahankan  emas acara kegemarannya 400m gaya bebas dengan merampas gelaran 800m. 
(Sumber : utusan online - 16/11/2011) 
No comments:
Post a Comment