Struktur ganjil di gurun Gobi

Struktur bangunan ganjil dikesan oleh satelit Google Maps di sempadan wilayah Gansu dan Xinjiang di China. - AGENSI 
 BEIJING 15 Nov. - Satelit milik Google Maps  mengesan beberapa struktur ganjil ketika memantau gurun Gobi di China,  menggemparkan pengguna Internet dengan kemungkinan ia digunakan untuk  tujuan jahat.
Pelbagai teori mengenai tujuan pembinaan bangunan struktur tersebut  turut tersebar di Internet termasuk sasaran untuk satelit tentera.
Lebih menjadi misteri, struktur tersebut berada di sempadan wilayah  Gansu dan Xinjiang, kawasan yang digunakan oleh China untuk peralatan  tentera, nuklear dan angkasa lepas.
Ia juga terletak kira-kira 160 kilometer dari Jiuquan di mana ibu  pejabat program angkasa lepas China dan tempat pelancaran kapal angkasa  lepas.
(Sumber : utusan online - 16/11/2011) 
No comments:
Post a Comment