Tuesday 15 November 2011

60 PERATUS RAKYAT MALAS BERSENAM

TAHUKAH ANDA?



Kira-kira 60 peratus daripada penduduk di Malaysia tidak pernah bersenam dan hal ini merupakan antara punca ramai antara mereka mengalami obesiti. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Profesor Wan Abdul Manan Wan Muda berkata, golongan tersebut biasanya menjadikan alasan tiada masa untuk untuk bersenam kerana sibuk bekerja dan menjalani urusan harian lain. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesiahatan Malaysia menyarankan supaya orang ramai bersenam dalam tempoh 45 minit pada setiap hari. Katanya lagi, kadar pengambilan sayur dan buah-buahan dalam kalangan masyarakat adalah rendah iaitu tidak sampai dua hidangan sehari. Sepatutnya, sayur-sayuran dan buah-buahan ini diambil pada kadar lima hidangan supaya memenuhi kadar keperluan tenaga.

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...