36 juta pelancong tahun 2020
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Kementerian Pelancongan menyasarkan untuk  menerima seramai 36 juta pelancong pada 2020 dengan jumlah pendapatan  kepada negara sebanyak RM168 bilion.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, sasaran itu boleh  dicapai menerusi pengenalan 12 inisiatif baru penggalakan pelancongan di  bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti pelancongan  mewah, ekotourism dan banyak lagi.
‘‘Pada tahun lepas juga, kita menerima kemasukan pelancong yang  tinggi iaitu seramai 24.6 juta orang dengan pendapatan yang disumbangkan  berjumlah RM56.4 bilion,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang  Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Yen Yen menambah, jumlah kemasukan pelancong dan pendapatan yang  disumbangkan menerusi sektor pelancongan itu boleh menjadi lebih tinggi  kerana ia tidak mengambil kira beberapa sektor pelancongan di bawah  kementerian lain.
Antaranya, kata beliau, pelancongan sukan di bawah Kementerian Belia  dan Sukan dan pelancongan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan.
“Kerajaan akan terus berusaha menggalakkan sektor pelancongan kerana  ia merupakan antara medium kemakmuran rakyat menerusi peluang ekonomi  yang dijana daripada sektor ini,” katanya.
(Sumber : utusan online - 2/11/2011) 
No comments:
Post a Comment