Percaturan Fergie tepat

pemain  Manchester United,  Wayne  Rooney (kanan) memainkan peranan besar dalam membantu kemenangan  pasukannya ke atas  Otelul Galati dalam saingan Liga Juara-Juara di Old   Trafford, kelmarin. United menang 2-0.   - AFP 
MANCHESTER - Kecemerlangan Wayne Rooney beraksi  di posisi tengah mendapat pujian pengurusnya, Alex Ferguson selepas  tonggak penyerang itu memimpin Manchester United melakar kemenangan 2-0  ke atas Otelul Galati dalam aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford,  kelmarin.
United dilanda krisis kecederaan di jentera tengah berikutan  ketiadaan Tom Cleverly dan Michael Carrick manakala Anderson dan Darren  Fletcher pula masih belum cergas sepenuhnya.
Faktor itu mendorong Ferguson menukar peranan Rooney dari bahagian  serangan bagi memperkuatkan jentera tengah dan bintang England itu tetap  mampu menyampaikan persembahan memberangsangkan seperti yang  diharapkan.
Walaupun Rooney dinafikan gol pada minit ke-87 apabila rembatannya  yang tertampan Cristian Sarhi diumumkan sebagai gol sendiri pemain lawan  terbabit, Ferguson cukup gembira dengan kelibat anak buahnya itu.
"Saya fikir dia begitu hebat sebagai pemain tengah. Dia sedar  rakan-rakan sepasukan yang berada di sekelilingnya dan melakukan  hantaran bola yang cukup bagus.
"Dia ialah pemain terbaik kami. Dia menunjukkan kesedaran tinggi  bermain di peranan itu. Pilihan hantaran bola amat kemas dan dia juga  mempamerkan aksi bertenaga dan kesungguhan tinggi,'' kata Ferguson.
(Sumber : Utusan online - 4/11/2011)
(Sumber : Utusan online - 4/11/2011)
No comments:
Post a Comment