Tuesday 1 November 2011

ROONEY PELU KAWAL EMOSI ...

Charlton nasihat Rooney kawal emosi


Wayne Rooney (kanan) mengasak pemain tengah Manchester City, James Milner dalam saingan Liga Perdana Inggeris minggu lalu. United tewas 1-6 pada perlawanan itu. - AFP


LONDON - Legenda Manchester United, Bobby Charlton menasihatkan Wayne Rooney agar menangani sikap panas baran ketika di padang.
Penyerang antarabangsa England itu akan terlepas peluang dalam tiga perlawanan awal Kejuaraan Eropah (Euro 2012) selepas digantung tiga perlawanan kerana menendang pemain lawan semasa pusingan kelayakan menentang Montenegro sebelum ini.
Ditanya mengenai sikap panas Rooney, Charlton dalam jawapannya kepada Laureus Sports berkata: ''Saya pernah melakukan apa yang pernah dibuat Rooney. Dia seorang yang boleh menerima nasihat daripada orang lain.
''Dia tahu dia melakukan kesilapan ketika berdepan Montenegro.''
Charlton yang berusia 74 tahun dan kini merupakan pengerusi di Old Trafford, masih memegang penjaring rekod sebagai penjaring terbanyak di England dan United, satu rekod yang sedang diburu oleh Rooney untuk dipecahkan.

(Sumber : utusan online - 2/11/2011)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...