Keanggotaan Syria digantung

Penduduk Syria berhimpun menyatakan  sokongan kepada Presiden Bashar al-Assad selepas keanggotaan Syria dalam  Liga Arab digantung di Damsyik, semalam. - afp 
AMMAN 13 Nov. - Beratus-ratus penunjuk perasaan  yang bersenjatakan kayu dan pisau menyerang kedutaan Arab Saudi di  Damsyik dan pejabat konsulat Perancis serta Turki di bandar Latakia  semalam sebagai bantahan terhadap keputusan Liga Arab menggantung  keanggotaan Syria.
Menurut penduduk, kumpulan lelaki yang turut memekik slogan menyokong  Presiden Bashar al-Assad bertindak memukul pengawal dan memecah masuk  pejabat kedutaan Arab Saudi di Rummaneh yang terletak tiga blok dari  pejabat Assad dan merupakan kawasan yang dikawal ketat polis.
"Kami sanggup berkorban darah dan jiwa demi Assad," jerit kumpulan penyerang itu.
(Sumber : utusan online - 14/11/2011) 
No comments:
Post a Comment