Sunday 13 November 2011

ENGLAND KALAHKAN SEPANYOL

England kalahkan juara dunia



Penjaga Sepanyol, Jose Manuel Reina (kiri) gagal menangkap kemas muntahan bola yang berjaya disambar pemain England, Frank Lampard untuk jaringan tunggal tuan rumah pada aksi persahabatan di Stadium Wembley, London, semalam. – REUTERSh



LONDON - Fabio Capello memberikan pujian kepada barisan pemain muda England selepas skuad bimbingannya mengejutkan juara Piala Dunia 2010, Sepanyol 1-0 di Wembley, semalam.
Jaringan pada minit ke-49 daripada Frank Lampard memberikan England satu kemenangan paling berharga buat Capello sepanjang menjadi pengurus England.
Walaupun jaringan kemenangan daripada pemain paling lama berkhidmat dalam skuad England, Capello sebaliknya memberikan perhatian kepada persembahan pemain muda yang beraksi cemerlang ketika berdepan Sepanyol.
Pertahanan berusia 19 tahun, Phil Jones tidak banyak melakukan kesilapan walaupun bermain di posisi yang janggal buatnya iaitu bahagian tengah manakala pemain gantian, Jack Rodwell, 20, Danny Welbeck, 20, dan Kyle Walker semuanya nampak tenang dan selesa beraksi.

(Sumber : Utusan online - 14/11/2011)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...