Banjir: Kerajaan Thai mohon maaf

SEBAHAGIAN penduduk BANGKOK menaiki  trak untuk menyelamatkan diri dalam kejadian banjir terburuk yang  melanda negara itu di Bangkok, semalam. - AP 
BANGKOK 12 Nov. - Kerajaan Thailand memohon maaf secara terbuka  kepada rakyatnya ekoran kelewatan menangani krisis banjir terburuk yang  melanda negara itu.
Menteri Keadilan, Pracha Promnok menyatakan permohonan maaf itu bagi pihak kerajaan di Parlimen, semalam.
Beliau yang juga Pengarah Pusat Arahan Operasi Bantuan Banjir (FROC)  berkata, kerajaan berjanji akan menangani krisis tersebut secepat  mungkin yang sehingga kini telah mengorbankan lebih 500 nyawa.
''Banjir besar itu berpunca daripada hujan lebat ekoran tiga ribut yang melanda Thailand, baru-baru ini,'' katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra turut berterima  kasih kepada pembangkang dan pemimpin Parti Demokrat, Abhisit Vejjajiva  di Parlimen kerana memberi sokongan moral terhadapnya walaupun beberapa  pihak menuntut beliau meletak jawatan ekoran krisis banjir.
(Sumber : utusan online - 13/11/2011) 
 
 
No comments:
Post a Comment