ASPEK
KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
| 
ASPEK KOMSAS | 
PERNYATAAN | 
HURAIAN | 
| 
PEMIKIRAN | 
Semangat
  cinta akan negara dalam kalangan remaja  | 
Aiman
  seorang murid berusia 17 tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak
  menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana dia dibesarkan dalam
  keluarga yang mewah | 
| 
PERSOALAN | 
Sikap
  remaja terhadap program kerajaan/ PLKN | 
Aiman
  menyuruh posmen membuang surat daripada Jabatan PLKN kerana dia tidak
  berminat langsung untuk menyertainya | 
| 
Sikap
  masyarakat yang menyokong PLKN | 
Posmen
  memberitahu Aiman bahawa PLKN merupakan program yang bagus kerana banyak
  kemahiran dan pengalaman diperoleh | |
| 
Amanah
  dalam melaksanakan tugas | 
Posmen
  memberitahu bahawa banyak lagi surat yang ingin dihantar kerana surat itu
  adalah amanah orang | |
| 
Sikap
  remaja yang tidak menghormati orang tua/ orang gaji | 
Aiman
  meninggikan suara kepada Nek Sinah kerana memanggilnya makan sambil menyatakan
  Nek Sinah cuma orang gaji sahaja | |
| 
Remaja
  yang mempunyai semangat patriotik | 
Nora,
  Sundarani dan Ah Tiau gembira apabila nama mereka terpilih untuk menyertai
  PLKN | |
| 
Tanggungjawab
  guru untuk mengubah pemikiran remaja terhadap PLKN | 
Cikgu
  Dahari menerangkan lebih lanjut tentang PLKN, objektif PLKN, logo PLKN, modul
  PLKN dan aspek keselamatan di kem PLKN | |
| 
Kepentingan
  PLKN kepada remaja dan negara | 
Cikgu
  Dahari memberitahu murid-muridnya bahawa PLKN ditubuhkan untuk membina
  sahsiah diri, mengukuhkan semangat patriotik dan memupuk perpaduan kaum | |
| 
Kepentingan
  sastera dan budaya dalam kehidupan masa ini | 
Cikgu
  Dahari menyatakan walau maju macam mana sekalipun seseuatu bangsa itu, mereka
  tetap memegang kepada jati diri bangsa | |
| 
Ketegasan
  ibu bapa untuk  masa depan anak-anak | 
Khir
  Ghazali bertegas mahu  Aiman  menyertai PLKN kerana melihat program
  tersebut mempunyai banyak faedah  | |
| 
Sikap
  penjawat awam yang enggan menggunakan pengaruh untuk kepentingan peribadi | 
Khir
  Ghazali enggan menggunakan pengaruhnya untuk mengecualikan Aiman daripada
  menyertai PLKN | |
| 
Perubahan
  sikap remaja terhadap PLKN | 
Aiman
  melihat rakan-rakan seniornya telah berjaya setelah menyertai PLKN
  menyebabkan dia berhasrat untuk menyertai PLKN bagi menyahut seruan
  berkhidmat untuk negara | |
| 
WATAK
  & PERWATAKAN | 
AIMAN 
Seorang
  yang manja | 
Aiman
  lahir daripada keluarga yang dilimpahi kemewahan harta benda dan wang ringgit
  telah menjadikannya manja  | 
| 
Seorang
  yang malas | 
Segala
  kerja dirumah akan dibantu oleh orang gajinya Nek Senah | |
| 
Seorang
  yang tidak patriotik | 
Aiman
  meminta supaya posmen membuang sahaja surat daripada Jabatan PLKN itu kerana
  dia tidak berminat langsung untuk menyertai | |
| 
Seorang
  yang tidak menghormati orang tua | 
Aiman
  meninggikan suara kepada Nek Sinah kerana memanggilnya makan sambil menyatakan
  Nek Sinah cuma orang gaji sahaja | |
| 
Seorang
  yang suka menggunakan wang untuk memujuk rakan | 
Aiman
  mahu belanja Nora di kantin untuk memujuk Nora yang merajuk dan biasanya
  sependapat dengannya dalam pelbagai perkara | |
| 
Seorang
  yang tidak tahu berdikari | 
Khir
  Ghazali mahu isterinya mengajar Aiman berdikari kerana Aiman sudah besar
  sekarang | |
| 
Seorang
  yang suka mempengaruhi orang untuk kepentingan diri | 
Aiman
  meminta ayahnya mengecualikannya daripada PLKN kerana dia enggan menyertai
  program tersebut | |
| 
Seorang
  yang insaf  | 
Aiman
  melihat rakan-rakan seniornya telah berjaya setelah menyertai PLKN
  menyebabkan dia berhasrat untuk menyertai PLKN bagi menyahut seruan
  berkhidmat untuk negara | |
| 
LATAR | 
LATAR
  MASA 
Cuti
  hujung minggu | 
Cuti
  hujung minggu merupakan masa terbaik untuk Aiman bersantai dan melakukan
  segala perkara yang dimahukannya  | 
| 
Tengah
  hari | 
Pada
  tengah hari, Posmen datang untuk menyampaikan sepucuk surat yang akan merubah
  kehidupan Aiman | |
| 
Pagi
   | 
Aiman
  tidur dari tengah hari hingga dia terjaga pada pagi menyebabkan dia terlewat untuk
  ke sekolah | |
| 
LATAR
  TEMPAT 
Rumah
  Aiman | 
Cuti
  hujung minggu merupakan masa terbaik untuk Aiman bersantai dan melakukan
  segala perkara yang dimahukannya di rumah | |
| 
Sekolah
   | 
Setibanya
  di sekolah, Aiman terasa seperti ada sesuatu yang menarik pada hari itu | |
| 
Kem
  PLKN | 
Kem
  De Bana Jempol, Kem Paya Indah Wetland Hulu Langat Selangor, Kem Teluk Sari
  Mersing dan Kem Gerakhas Desaru Johor | |
| 
LATAR
  MASYARAKAT 
Masyarakat
  yang tidak patriotik | 
Aiman
  meminta supaya posmen membuang sahaja surat daripada Jabatan PLKN itu kerana
  dia tidak berminat langsung untuk menyertainya | |
| 
Masyarakat
  yang amanah | 
Posmen
  memberitahu bahawa banyak lagi surat yang ingin dihantar kerana surat itu
  adalah amanah orang | |
| 
Masyarakat
  yang tidak menghormati orang tua | 
Aiman
  meninggikan suara kepada Nek Sinah kerana memanggilnya makan sambil menyatakan
  Nek Sinah cuma orang gaji sahaja | |
| 
Masyarakat
  remaja yang mempunyai semangat patriotik | 
Nora,
  Sundarani dan Ah Tiau gembira apabila nama mereka terpilih untuk menyertai
  PLKN | |
| 
Masyarakat
  pendidik | 
Cikgu
  Dahari menerangkan lebih lanjut tentang PLKN, objektif PLKN, logo PLKN, modul
  PLKN dan aspek keselamatan di kem PLKN | |
| 
Masyarakat
  yang enggan menggunakan pengaruh untuk kepentingan peribadi | 
Khir
  Ghazali enggan menggunakan pengaruhnya untuk mengecualikan Aiman daripada
  menyertai PLKN kerana melihat program tersebut banyak faedah akan diperoleh | |
| 
Masyarakat
  yang bertanggungjawab untuk masa depan anak-anak | 
Khir
  Ghazali memberitahu isterinya bahawa dia mahu Aiman menyertai  PLKN kerana banyak faedah yang akan
  diperoleh Aiman | |
| 
Masyarakat
  yang suka memanjakan anak | 
Masnah
  memujuk suaminya Khir Ghazali supaya menggunakan pengaruhnya untuk
  mengecualikan Aiman daripada menyertai PLKN kerana bimbang akan keselamatan
  Aiman | |
| 
NILAI | 
Semangat
  cinta akan negara/patriotik | 
Nora,
  Sundarani dan Ah Tiau gembira apabila nama mereka terpilih untuk menyertai
  PLKN | 
| 
Amanah
   | 
Posmen
  memberitahu bahawa banyak lagi surat yang ingin dihantar kerana surat itu
  adalah amanah orang | |
| 
Tanggungjawab
   | 
Khir
  Ghazali bertanggungjawab apabila enggan menggunakan pengaruhnya untuk
  mengecualikan Aiman daripada menyertai PLKN kerana melihat program tersebut
  banyak faedah akan diperoleh | |
| 
Kasih
  sayang   | 
Khir
  Ghazali memberitahu isterinya bahawa dia mahu Aiman menyertai PLKN kerana dia
  sayang kepada Aiman | |
| 
Keinsafan
    | 
Aiman
  melihat rakan-rakan seniornya telah berjaya setelah menyertai PLKN
  menyebabkan dia berhasrat untuk menyertai PLKN bagi menyahut seruan
  berkhidmat untuk negara | |
| 
PENGAJARAN | 
Kita
  hendaklah menyokong program PLKN kerana banyak faedah akan diperoleh | 
Nora,
  Sundarani dan Ah Tiau gembira apabila nama mereka terpilih untuk menyertai
  PLKN kerana melihat banyak faedah yang akan diperoleh  | 
| 
Kita
  hendaklah amanah dalam pekerjaan kerana rezeki yang diperoleh akan diberkati | 
Posmen
  memberitahu bahawa banyak lagi surat yang ingin dihantar kerana surat itu
  adalah amanah orang | |
| 
Setiap
  ibu bapa hendaklah bertanggungjawab mendiidk anak-anak dengan baik demi masa
  depan mereka | 
Khir
  Ghazali seorang  yang bertanggungjawab
  apabila enggan menggunakan pengaruhnya untuk mengecualikan Aiman daripada
  menyertai PLKN kerana melihat program tersebut banyak faedah akan diperoleh | |
| 
Kita
  hendaklah berfikir dengan lebih jauh kerana setiap perkara yang berlaku ada
  hikmahnya | 
Aiman
  melihat rakan-rakan seniornya telah berjaya setelah menyertai PLKN
  menyebabkan dia berhasrat untuk menyertai PLKN bagi menyahut seruan
  berkhidmat untuk negara | |
| 
Ibu
  bapa hendaklah menyayangi anak-anak kerana mereka adalah harta yang sangat
  bernilai | 
Masnah
  memujuk suaminya Khir Ghazali supaya menggunakan pengaruhnya untuk
  mengecualikan Aiman daripada menyertai PLKN kerana bimbang akan keselamatan
  Aiman | 
 
