Wednesday 29 October 2014

KARANGAN SPM 2014 (9)

CADANGAN IDEA KARANGAN SPM MENGIKUT TEMA


TEMA BANGUNAN BERSEJARAH

 

1.      Peninggalan sejarah dan warisan  budaya merupakan aset yang perlu dipertahankan dengan baik agar dapat dijadikan sumber rujukan dan tatapan generasi akan datang.

Sarankan langkah-langkah memulihara peninggalan sejarah negara.

 
Cadangan Idea

 
I. Kerajaan

 
a.        Mengadakan kempen

b.        Membuat promosi / pameran  tinggalan sejarah

c.        Mengenakan denda kepada pihak-pihak yang merosakkan kesan tinggalan sejarah

d.        Mengadakan muzium khas

e.        Mengadakan aktiviti membersih dan memelihara tinggalan sejarah – seperti bangunan, kenderaan lama,
          artifak dan sebagainya

 
ii. Masyarakat

 
a.        Mendidik anak-anak mencintai sejarah negara

b.        Melaporkan kepada pihak berkenaan sekiranya menemui bahan  tinggalan sejarah

 
iii. Media massa

 
a.        Mendedahkan kepentingan bahan tinggalan sejarah kepada negara - dokumentari

 

 

TEMA JENAYAH

 

1.       Kejadian jenayah seperti ragut, culik dan pembunuhan di negara kita semakin membimbangkan banyak pihak.

Tulis sebuah rencana yang bertajuk “Tanggungjawab masyarakat untuk membanteras jenayah”.

 
Cadangan Idea

 
a.        Melaporkan kejadian jenayah kepada pihak berkuasa

b.        Menubuhkan rukun tetangga

c.        Mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh media massa/ kerajaan

d.        Memberikan pendidikan agama kepada keluarga

e.        Memantau aktiviti ahli keluarga

f.         Membina hubungan yang baik dalam komuniti

g.        Membantu mangsa jenayah

h.        Mempelajari seni mempertahankan diri

i.         Mengelakkan diri daripada terlibat dengan pinjaman wang daripada syarikat yang tidak berlesen

 

2.       Kes penderaan ke atas kanak-kanak sering dilaporkan dan meruntun hati setiap ahli masyarakat yang waras. Untuk itu, sebuah wawancara telah dilakukan bagi melihat usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani isu ini.

Tuliskan wawancara itu selengkapnya.

 
Cadangan Idea

 
a.        Masyarakat prihatin tentang penderaan dalam kalangan tetangga

b.        Melaporkan kepada pihak berkenaan dengan segera

c.        Mendidik anak-anak dengan kasih sayang

d.        Memberikan pendidikan agama kepada anggota masyarakat

e.        Menyokong kempen yang dilancarkan oleh kerajaan

f.         Menghidupkan kembali budaya dan semangat kejiranan
 
 
Sumber : soalan-soalan peperiksaan percubaan SPM tahun 2014 dan tahun-tahun lepas mengikut negeri

 

 

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...