PENGIKUT

Wednesday, 29 October 2014

KARANGAN SPM 2014 (7)

CADANGAN IDEA KARANGAN SPM MENGIKUT TEMA


TEMA MEMBACA

 

1.       Kempen galakan membaca yang dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup masarakat di negara ini.

Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga  untuk  memupuk amalan tersebut.

 
Cadangan Idea

 
a.        Keluarga menjadi contoh

b.        Keluarga membaca bersama-sama

c.        Keluarga menceritakan bahan yang dibaca

d.        Keluarga mengunjungi pameran buku

e.        Adik-beradik dewasa menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lain

f.         Ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai

 

2.      Huraikan pendapat anda tentang manfaat membaca

 
Cadangan Idea

 
a.        Negara akan bertambah maju

b.        Pelajar akan berjaya dalam akademik

c.        Dapat meningkatkan kepakaran/kemahiran

d.        Dapat meningkatkan pengetahuan

e.        Dapat meningkatkan kemahiran berbahasapat mencetuskan idea baru

f.         Menjadi hobi yang berfaedah

 

3.       Ibu bapa merupakan pendorong utama dalam membudaya amalan membaca dalam kalangan anak-anak.

Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan amalan membaca menjadi budaya dalam kalangan keluarg mereka.

 
Cadangan Idea

 
a.        Membelikan  bahan bacaan yang menarik kepada anak-anak

b.        Menjadi contoh / suri  teladan kepada anak-anak

c.        Meluangkan masa untuk membaca dengan anak-anak

d.        Menceritakan sinopsis cerita / bahan bacaan yang dibaca kepada anak-anak

e.        Memberikan ganjaran kepada anak-anak yang membaca

f.         Membawa anak-anak mengunjungi pameran buku

 

4.       Anda mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat sekolah. Tajuk pidato anda ialah ‘Ibu Bapa Pendorong Kepada Anak-anak dalam Merealisasikan Budaya Membaca’

Sediakan teks pidato anda selengkapnya.

 
Cadangan idea

 
a.        Ibu bapa sebagai suri teladan

b.        Ibu bapa pelru menyediakan sudut bacaan/perpustakaan mini di rumah

c.        Ibu bapa boleh mebawa anak-anak ke kedai buku/pameran buku

d.        Ibu bapa hendaklah membawa/menggalakkan anak-anak ke perpustakaan

e.        Ibu bapa boleh membeli/menghadiahkan bahan bacaan kepada anak-anak
 
 
Sumber : soalan-soalan peperiksaan percubaan SPM tahun 2014 dan tahun-tahun lepas mengikut negeri

No comments:

Post a Comment