Wednesday, 29 October 2014

KARANGAN SPM 2014 (10)

CADANGAN IDEA KARANGAN SPM MENGIKUT TEMA


TEMA KEPENGGUNAAN

 

1.       Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada belia-belia di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut ialah “Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat”.

Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

 
Cadangan Idea

 
a.        Kempen secara berkala, besar-besaran

b.        Pelaksanaan saham-saham amanah

c.        Penerapan dalam mata pelajaran di sekolah

d.        Kedai Rakyat 1 Malaysia dan kewujudan koperasi di merata tempat

e.        Bekerjasama dengan pelbagai agensi separa kerajaan dan swasta dalam menggalakkan aktiviti menabung
          seperti  kelab TAHA, Kelab NURI, Kelab Penabung Bijak dan kempen menyimpan wang saku lebihan

f.         Mewujudkan pertandingan menulis esei, melukis poster dan sebagainya.

 

2.      Huraikan kepentingan amalan berjimat cermat

 
Cadangan Idea

 
a.        Membantu ketika susah

b.        Simpanan masa depan

c.        Melahirkan pengguna yang bijak

d.        Menabung untuk masa depan

 

3.      Huraikan usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia

 
Cadangan Idea

 
a.        Meningkatkan kemahiran

b.        Bantuan dan galakan

c.        Memasarkan produk

 

4.       Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat pada hari ini semakin popular kerana banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya.

Huraikan kesan-kesan penggunaan telefon bimbit.

 
Cadangan Idea

 
a.        Mudah digunakan semasa kecemasan

b.        Maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan segera

c.        Memudahkan perkongsian maklumat dengan rakan-rakan

d.        Melebarkan  kenalan dan merapatkan  hubungan silaturahim

e.        Mempunyai pelbagai fungsi yang menyenangkan pengguna

 

5.       Huraikan usaha-usaha menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia

 
Cadangan Idea

 
a.        Mengadakan kempen berterusan

b.        Meningkatkan kualiti barangan

c.        Memperluas perniagaan / ekspo

d.        Mengadakan jualan murah

·         

6.       Kerajaan menggalakkan  rakyat Malaysia menggunakan barangan buatan tempatan.  Huraikan kebaikan-kebaikan mengunakan barangan buatan tempatan

 
Cadangan Idea

 
a.        Mengelakkan pengaliran wang ke luar negara

b.        Harga murah / berpatutan

c.        Barangan berkualiti / setanding atau lebih baik daripada barangan import

d.        Meningkatkan pendapatan peniaga

e.        Ekonomi negara meningkat

f.         Mewujudkan peluang pekerjaan

 

7.       Kemiskinan merupakan racun yang mengancam sesebuah negara.

Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.

 
Cadangan Idea

 
a.        Memberikan bantuan modal – untuk mulakan perniagaan

b.        Menganjurkan pelbagai kursus – perniagaan, pertanian, kraf tangan

c.        Memperkenalkan teknik-teknik terkini dalam pertanian dan penternakan

d.        Memberikan bantuan perumahan – kos rendah – Perumahan 1 Malaysia (PRIMA)

 

8.       Kebiasaan mengambil makanan segera menjadi trend dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sehubungan dengan itu,  anda ingin menulis satu rencana yang akan disiarkan dalam akhabr tempatan yang bertajuk “Kesan-kesan buruk Pengambilan Makanan segera secara berlebihan”.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

 
Cadangan Idea

 
a.        Masalah obesiti

b.        Masalah penyakit kronik

c.        Ketagihan pada makanan segera

d.        Tidak mengamalkan pengambilan makanan seimbang

e.        Perbelanjaan keluarga meningkat

f.         Makanan tradisional dipinggirkan
 
 
Sumber : soalan-soalan percubaan SPM tahun 2014 dan tahun-tahun lepas mengikut negeri

 

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...