Wednesday 29 October 2014

KARANGAN SPM 2014 (8)

CADANGAN IDEA KARANGAN SPM MENGIKUT TEMA


TEMA PERPADUAN KAUM

 
1.      Huraikan kepentingan perpaduan kaum

 
Cadangan Idea

 
a.        Mewujudkan masyarakat harmoni

b.        Memajukan ekonomi negara

c.        Menarik kedatangan pelancong

d.        Meningkatkan imej negara

 

2.      Semangat kejiranan belakangan ini semakin kurang diamalkan.  Hal ini disebabkan oleh kesibukan bekerja walaupun jiran tetangga merupakan orang yang penting dalam kehidupan bermasyarakat.

Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan amalan hidup berjiran terus terpelihara dalam kalangan masyarakat moden hari ini.

 
Cadangan Idea

 
a.        Mengadakan rumah terbuka

b.        Mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat – gotong royong,

c.        Mengadakan hari keluarga / sukan

d.        Mengunjungi jiran tetangga yang ditimpa musibah

e.        Menggalakkan anak-anak berbaik-baik dengan jiran tetangga

f.         Menjadi contoh kepada anak-anak dalam  adab hidup berjiran

 

3.      Suatu ketika dahulu semangat kejiranan menjadi sebahagian daripada budaya hidup dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita,  tetapi kini amalan murni ini semakin terhakis.

Bincangkan.

 
Cadangan Idea

 
a.       Masyarakat yang mementingkan material – sibuk dengan kerja

b.       Masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri – enau dalam belukar – jangan menjaga tepi kain orang

c.        Struktur rumah yang menghalang hubungan kejiranan

d.        Perkembangan sistem komunikasi

e.        Luputnya amalan gotong royong dalam kehidupan bermasyarakat

f.         Taraf hidup masyarakat yang semakin meningkat

 

4.       Malaysia adalah antara destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Jelaskan faedah-faedah sektor pelancongan kepada negara kita.

 
Cadangan Idea

 
a.        Meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara

b.        Membuka peluang pekerjaan / mengatasi masalah pengangguran

c.        Membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan

d.        Pengaliran masuk mata wang asing

e.        Pemangkin pembangunan negara

f.         Menggalakkan pembinaan infrastruktur

g.        Memperkenalkan kebudayaan Malaysia ke luar negara

 

5.       Gagasan 1Malaysia antara lainnya bertujuan untuk mengeratkan perpaduan kaum ke arah melahirkan negara yang aman, stabil, makmur dan dihormati oleh negara-negara lain.

Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak bagi mewujud dan mengekalkan perpaduan di negara ini.

 
Cadangan Idea

 
a.        Setiap individu perlu mematuhi peraturan dan undang-undang negara

b.        Masyarakat perlu mengamalkan budaya tolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain

c.        Kerajaan perlu memperkasakan sIstem pendidikan negara yang menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa
          pengantar di sekolah

d.        Media massa perlu mengadakan kempen kepentingan perpaduan kaum

e.        Pemimpin politik tidak boleh memainkan isu-isu perkauman bagi meraih populariti
 
 
Sumber : soalan-soalan percubaan SPM tahun 2014 dan tahun-tahun lepas mengikut negeri

 

 

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...