Oleh : Abdul Ghafar Ibrahim
SAJAK
|
MAKSUD
|
Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga
susahku
hidup menentang senja dan
malam.
|
Penyajak menganggap dirinya seperti kebun
Penyajak membuat perancangan jangka panjang
Untuk membebaskan dirinya daripada kesusahan
dan sentiasa menempuh pelbagai cabaran
|
Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga
fikirku
mengelak hidup
dikotak-katikkan.
|
Penyajak menganggap
dirinya seperti parlimen
Membincangkan pelbagai
perkara yang membelenggu
Supaya pemikirannya
menjadi lebih terbuka
Bagi menghalang
hidupnya daripada dipermain-mainkan
|
Dalam laut diriku
ombak gelora menampar pantai
aman
untuk menguji amal dan iman.
|
Penyajak menganggap dirinya seperti laut
Sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran
Sehingga teruji keimanan dan amalan
|
Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan
si kancil
namun sempat sedar dan
beringat lagi.
|
Penyajak menganggap dirinya kuat
Tetapi terpedaya juga oleh helah orang yang kecil
Namun penyajak cepat sedar akan helah itu dan cuba
menjadikannya sebagai pengajaran
|
Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.
|
Penyajak menganggap dirinya seperti pentas
Penyajak berusaha menongkah cabaran
Penyajak berusaha menggapai impian
Penyajak menghayati setiap peristiwa yang berlaku
Kadang-kadang penyajak tidak sedar peristiwa itu adalah
kemuncak hidupnya
|
Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang
|
Penyajak menganggap dirinya seperti dewan
Penyajak tidak gusar lagi
Dengan kata-kata yang boleh menghalang
Penyajak tidak tenggelam lagi
Dengan kata-kata yang menghina
|
Apabila sibermerdeka sampai
ke rumah cabaranku
aku panggil diriku
bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau
menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri
untuk tidak mengulangi
kekalahan.
|
Apabila arus globalisasi tiba
Ke dalam kehidupan penyajak yang mencabar
Penyajak mengajak dirinya berbincang
Untuk bersetuju, berkecuali atau menolak
Penyajak telah membuat keputusan
Pada masa itu penyajak mengenali keterhadan dirinya
Penyajak tidak akan menyerah kalah
|
Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
aku turun darinya menghadapi
hidup nyata
peristiwa datang peristiwa
pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada
Tuhan.
|
Kini penyajak telah berusia
Penyajak cuba berhadapan dengan kehidupan realiti
Peristiwa yang membelenggu diri penyajak akan silih
berganti
Sepeti perubahan siang dan malam
Arus globalisasi terus bertapak
Dalam kehidupan manusia sebagai peringatan
Penyajak mengajak supaya kita mengelakkan diri daripada
perkara yang tidak berfaedah
Penyajak mengajak supaya kita mendekatkan diri dengan
Tuhan
|
No comments:
Post a Comment