Sunday 29 March 2020

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Nyatakan dua peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Jelaskan sebab-sebab peristiwa tersebut menyentuh perasaan anda.

Berdasarkan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan saya sebagai pembaca novel tersebut.

Peristiwa yang menyentuh perasaan saya adalah melalui peristiwa kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Peristiwa ini dapat dilihat melalui kesanggupan Dr. Raiha meneruskan kandungan walaupun telah disuruh oleh suaminya Dr Sadiz supaya menggugurkan kandungan tersebut setelah didapati cacat kerana akan menjatuhnya maruahnya sebagai seorang doktor pakar bedah otak. Peristiwa ini begitu menyentuh perasaan saya kerana saya kagum melihat Dr Raiha yang enggan menurut kemahuan suaminya kerana anak yang dikandung itu adalah anugerah tuhan yang perlu diterima dengan penuh kasih sayang walaupun didapati cacat.

Peristiwa lain yang menyentuh perasaan saya ialah peristiwa pengorbanan seorang ibu dalam memastikan anak mendapat rawatan sewajarnya. Peristiwa ini dapat dilihat melalui ibu Unong Siron yang sanggup menjaga anaknya Unong Siron sepanjang dirawat di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Ibu Unong Siron sanggup tidur di atas lantai hospital tersebut semasa menjaga Unong Siron. Ibu Unong Siron juga berani mempersoalkan kewibawaan Dr. Uwang merawat anaknya sehingga perlu dibedah sebanyak lima kali oleh Dr. Uwang dan duit pampasan insuran anaknya habis dibelanjakan untuk membiayai rawatan tersebut. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana saya sedih dengan tindakan ibu Unong Siron yang sanggup berkorban untuk memastikan anaknya sembuh semasa dirawat di PRPK.


%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Berdasarkan novel Bimasakti Menari karya karya Sri Rahayu Mohd Yusof, terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan saya sebagai pembaca novel tersebut.

Peristiwa yang menyentuh perasaan saya apabila membaca novel ini ialah peristiwa kesanggupan seorang kawan mempertaruhkan dirinya demi menyelamatkan kawan yang dalam kesusahan. Peristiwa ini dapat dilihat melalui kesanggupan Muhammad Taufik mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan Nurul Hafsa yang diculik oleh orang suruhan Dato’ Johann Arlington-Majid. Muhammad Taufik sanggup berjumpa dengan penculik di sebuah stesen minyak Petronas untuk memastikan Nurul Hafsa dapat diselamatkan. Perisitwa ini menyentuh perasaan saya kerana saya kagum melihat semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Muhammad Taufik yang sanggup berkorban dengan mempertaruhkan dirinya demi menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah diculik.

Peristiwa lain yang menyentuh perasaan saya ialah kegigihan golongan muda melestarikan alam sekitar. Peristiwa ini dapat dilihat melalui usaha Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman yang ingin mengembalikan kegelapan di Kuala Selangor dengan merancang projek Kawasan Simpan Langit Gelap di Kuala Selangor agar bintang-bintang dapat dilihat dan populasi kelip-kelip tidak pupus. Usaha mereka ini telah mendapat tentang daripada dato’ Johann Arlington-Majid yang berterusan mencari jalan untuk menggagalkan usaha mereka tetapi berkat kegigihan mereka berjaya meyakinkan Menteri Besar dalam pembentangan projek tersebut. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana saya kagum melihat kesungguhan anak muda yang berjuang demi memastikan alam sekitar dapat dilestarikan walaupun mendapat tentangan daripada pihak lawannya.




9 comments:

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...