ASPEK-ASPEK KOMSAS
ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN |
Tema | Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan | Ibu gigih menceri rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman padi |
Persoalan | Persoalan kepentingan air dalam kehidupan | Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya |
Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar | Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala sampah | |
Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam | Kasih saayng aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya | |
Persoalan tanggungjawab terhadap keluarga | Aku menjaga ibu dan bapa yang telah uzur dengan penuh tanggungjawab dan mengambil alih tugas mengusahakan sawah | |
Persoalan kepentingan menjaga sungai | Sikap masyarakat yang tiada tanggungjawab menjaga sungai yang telah menjadi sumber rezeki kepada penduduk kampung | |
Persoalan kegigihan mencari rezeki | Ibu mengerjakan sawah dengan gigih tanpa sokongan ayah yang sibuk memikat burung | |
Watak & perwatakan Ibu | Cekap bekerja | Ibu boleh melakukan kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja |
Rajin | Rajin – ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat kerat, tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung | |
Bermasyarakat | Bermasyarakat – walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia | |
Kuat semangat | Kuat semangat – walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula | |
Watak & perwatakan Aku | Penyayang | Penyayang – Aku menyayangi ibu walaupun ibu telah meninggal dunia dan masih mengingati pengorbanan ibu walaupun telah 40 tahun berlalu |
Bertanggungjawab | Bertanggungjawab – Aku bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua | |
Latar masa | Masa kini | Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu |
10 tahun yang lalu | Ibu lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah Aku teruskan dengan isteri | |
40 tahun yang lalu | Ketika ibu masih muda dan Aku masih teruna | |
Siang | Sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya | |
Malam | Gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap cergas | |
Latar tempat | Di sebuah desa | Tempat tinggal ibu, ayah dan aku |
Kawasan sawah padi | Tempat ibu dan orang kampung bekerja | |
Sebatang sungai | Tempat anak-anak kampung mengagau ikan | |
Telaga | Tempat ibu mengambil air ketika kemarau | |
Rimba belantara | Tempat bapa berdenak ketitir | |
Sungai Ceper | Tempat penduduk kampung termausk ibu mendapat sumber air | |
Latar masyarakat | Masyarakat petani | Keluarga Aku mengusahakan sawah padi dengan cara tradisional seperti menajak dan menyisir selut |
Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup | Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau | |
Masyarakat yang tidak bertanggungjawab | Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya | |
Masyarakat yang gigih | Ibu mengerjakan sawah dengan tulang empat keratnya walaupun ayah tidak membantunya | |
Masyarakat yang bertanggungjawab | Aku membantu menguruskan ibu yang lumpuh dan tidak dapat bergerak lagi dan mengambil alih kerja-kerja sawah | |
Nilai | Tanggungjawab | Sikap tanggungjawab ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya |
Kegigihan | Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga | |
Kesabaran | Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga | |
Kerajinan | Ibu rajin mengusahakan sawah seorang diri tanpa bantuan suami | |
Penyayang | Aku menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah tiada lagi | |
Pengajaran | Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak akan hidup dalam kesusahan | Ibu bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga dengan mengusahakan sawah walaupun tanpa bantuan ayah |
Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri | Ibu tidak mempedulikan sikap ayah yang enggan membantunya mengerjakan sawah kerana tidak mahu hubungan antara mereka mempunyai masalah | |
Kita perlu menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara | Aku menjaga ibu yang lumpuh dengan penuh kasih sayang kerana pengorbanan ibu tidak terhingga nilainya | |
Jangan kita mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masyarakat | Sikap penduudk kampung yang membuang sampah sarap termasuk bangkai haiwan menyebabkan Sungai Ceper sudah tercemar sehingga menyusahkan mereka sendiri | |
Jangan kita mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga kerana kehidupan akan menjadi susah nanti | Sikap ayah yang mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga amat dikesali kerana tanggungjawab itu telah dipikul oleh ibu | |
Gaya Bahasa | Kata ganda | kehijau-hijauan |
Simpulan bahasa | naik angin | |
Simile | Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang | |
Personifikasi | kudengar ngauman Ceper | |
Hiperbola | Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkah perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing |