Monday 31 October 2011

JAGUH SKUASY NEGARA

Nicol buru rekod angka 6 juara dunia


Nicol David sekali lagi menjadi tumpuan untuk melakar sejarah muncul juara dunia buat kali keenam pada Skuasy Terbuka Dunia 2011 di Rotterdam, Belanda.


KUALA LUMPUR - Pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol David sekali lagi menjadi tumpuan untuk melakar sejarah muncul juara dunia buat kali keenam pada Skuasy Terbuka Dunia 2011 yang bermula hari ini di Rotterdam, Belanda.
Mengatasi rekod Sarah Fitz-Gerald dari Australia menjadi buruan anak kelahiran Pulau Pinang itu setelah berjaya menjulang kejuaraan itu buat kali kelima tahun lalu di Sharm El Sheikh, Mesir.

(Sumber : utusan online - 1/11/2011)

KERETA API LANGGAR LORI ....

9 cedera nahas kereta api, lori tangki


SEORANG penunggang motosikal merakamkan gambar kereta api yang terbakar setelah sebuah lori tangki minyak di jalan Kota Kinabalu-Putatan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 31 Okt. – Hampir 200 penumpang kereta api yang dalam perjalanan dari sini ke Papar terselamat apabila kenderaan itu merempuh sebuah lori tangki minyak mengakibatkan berlaku kebakaran dan letupan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini petang ini.
Kejadian pukul 5.30 petang itu menyebabkan kesesakan trafik yang teruk apabila jalan hadapan KKIA menghala Putatan terpaksa ditutup pada pukul 6 petang kerana api yang marak.
Difahamkan lori tangki membawa muatan 27,000 liter petrol itu terbakar serta-merta selepas dirempuh, seterusnya berlaku letupan kuat dan asap hitam tebal menjulang setinggi 30 meter.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan daripada kejadian malang tersebut dan hanya sembilan orang penumpang dilaporkan cedera.
Beliau berkata, pemandu lori tangki minyak dan pemandu keretapi juga tidak mengalami sebarang kecederaan serius kerana sempat menyelamatkan diri.


(Sumber : utusan online - 1/11/2011)

USAHA-USAHA MENGEKALKAN SENI SASTERA SEBAGAI KHAZANAH NEGARA


ISU - SENI SASTERA SEBAGAI KHAZANAH NEGARA

Tugasan - usaha-usaha mengekalkan seni sastera sebagai khazanah negara

Idea

  • kerajaan perlu meneruskan pembelajaran karya sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar sekolah
  • kerajaan perlu merancang pelbagai program yang berkaitan dengan seni sastera sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan
  • kerajaan perlu memberi pengiktirafan kepada penggiat seni sastera tanah air dengan memberi anugerah sebagai menghargai sumbangan mereka
  • kerajaan perlu memastikan penulis-penulis buku berkaitan karya sastera menerima royalti mereka hasil daripada penjualaan buku-buku karya sastera
  • kerajaan perlu menggalakkan penulis-penulis karya sastera berkarya dengan memasukkan karya mereka dalam buku teks sekolah
  • guru perlu menarik minat pelajar-pelajar memperlajari karya sastera dengan mempelbagaikan kaedah pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas
  • sekolah perlu memastikan kelab dan persatuan bahasa  merancang program berkaitan seni sastera untuk memberi peluang kepada pelajar berminat terhadap karya sastera
  • sekolah perlu memperkasakan program NILAM untuk menggalakkan pelajar membaca karya sastera
  • sekolah perlu mempelbagaikan bahan bacaan berkaitan seni sastera di pusat-pusat sumber sekolah
  • ibu bapa perlu membeli buku-buku sastera kepada anak-anak
  • ibu bapa perlu membawa anak-anak ke pementasan teater untuk memupuk minat mereka terhadap karya sastera

FAEDAH-FAEDAH PENGANJURAN SUKAN ANTARABANGSA


ISU - PENGANJURAN SUKAN BERTARAF ANTARABANGSA

Tugasan - faedah-faedah penganjuran sukan bertaraf antarabangsa

Idea

  • penganjuran sukan bertaraf antarabangsa mampu meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa
  • penganjuran sukan bertaraf antarabangsa mampu meningkatkan pendapatan negara melalui tukaran wang asing
  • penganjuran sukan bertaraf antarabangsa mampu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia
  • penganjuran sukan bertaraf antarabangsa menyebabkan banyak pembinaan arena pertandingan yang  akhirnya boleh digunakan oleh masyarakat Malaysia
  • penganjuran sukan bertaraf antarabangsa berupaya memberi pendapatan sampingan kepada penduduk setempat
  • penganjuran sukan bertaraf antarabangsa memberi peluang kepada atlet tempatan bersaing dengan atlet luar negara yang sekali gus mampu meningkatkan pencapaian mereka

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...