Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Sunday, 3 November 2013

ANALISIS SOALAN KOMSAS SPM....!

ANALISIS SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS SPM....

TAJUK
NOV 2011
JUN 2012
NOV 2012
JUN 2013
NOV 2013…?
Prosa Moden (2b)
Drama Cempaka Berdarah – T4
Cerpen Pungut@Zahara@Yap Siew Hong – T5
Cerpen Hutan Rimba – T5
Drama Dato’ Onn – T5
Cerpen T4…?
Drama T5…?
Prosa Klasik (2c)
Dua Geliga Hikmat – T5
Hikayat Siak – T4
Merah Silu – T4
Hikayat Khoja Maimun – T4
Prosa Klasik T5….?
Sajak/Puisi
Pantun Enam Kerat – T5
Sajak Adat Sezaman – T4
Sajak Bangkitlah – T5
Syair Definisi Orang Berakal – T4
Puisi Tradisional T4…?
Novel
Perwatakan watak utama

Dua persoalan

Dua latar masa

Tiga nilai kemanusiaan
Dua latar tempat

Pertentangan pendapat watak utama dengan watak lain
Teknik penceritaan/
teknik plot…?

Watak sampingan…?

Latar masyarakat…?


Thursday, 13 September 2012

TIDAK PATRIOTIK....!


Ingkar: 3,892 nama pelatih PLKN diserah kepada polis

09/09/2012 6:28pm

KOTA BHARU — Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah menyerahkan kepada polis 3,892 nama bakal pelatih yang gagal melaporkan diri untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKB) sejak 2010.
Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan sebelum tindakan diambil terhadap pelatih terbabit.
"Kami tidak ada pilihan selain menghantar nama mereka kepada pihak polis kerana sesiapa yang ingkar dan disahkan melanggar peraturan itu tidak diberi sebarang pengecualian atau penangguhan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pergerakan pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 9/2012 di Poly-Tech Mara, di sini hari ini.
Katanya, JLKN mengambil masa untuk menyediakan senarai tersebut kerana perlu memastikan kesahihan setiap kes termasuk kegagalan pelatih memberi alasan kukuh untuk tidak menghadiri PLKN.
Abdul Hadi berkata, mereka yang didapati bersalah akan didenda menjalani khidmat komuniti selama 240 jam.— BERNAMA

(Sumber : Kosmo Online - 9/9/2012)

Thursday, 31 May 2012

UKM SALAH SEBUAH UNIVERSITI TERBAIK DUNIA....


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 universiti terbaik dunia mengikut Quacquarelli Sysmonds (QS)-World University Ranking 2012/2013 bagi kategori universiti berusia bawah 50 tahun. Pengiktirafan tersebut telah meletakkan UKM sebagai satu-satunya universiti tempatan yang tersenarai dalam kelompok universiti terbaik daripada beribu-ribu universiti di dunia. Tahniah UKM. 

(Sumber : Utusan Online - 31/5/2012)

AIRBUS A380 TERBESAR DI DUNIA....


Pesawat baharu milik Malaysian Airline System (MAS), Airbus A380 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini. Pesawat yang terbesar di dunia itu berlepas dari Toulouse, Perancis semalam merupakan sebuah daripada enam buah yang ditempah oleh MAS. Pesawat tersebut mampu menampung 494 orang penumpang dan berupaya terbang sejauh 15,300 kilometer. 

(Sumber : Utusan Online - 31/5/2012)

Sunday, 27 May 2012

JUAL SPERMA DAN OVUM ......?


Percayakah anda bahawa harga air mani lelaki di pasaran antarabangsa adalah antara RM650 hingga RM900 sebotol dan ovum wanita pula pernah mencecah RM100,000. Urus niaga sperma dan ovum di pasaran dunia telah mencecah bilion ringgit setahun. Denmark merupakan pembekal sperma terbesar di dunia dan mereka telah mengeksport sperma ke Hong Kong, Kanada, Kenya dan Paraguay. Fenomena menjual sperma dan ovum ini juga dipercayai berlaku di Malaysia melalui klinik atau hospital swasta untuk mendapatkan keuntungan. 

(Sumber : Kosmo Online - 27/5/2012)

Saturday, 26 May 2012

SEMUA LEPASAN SPM SERTAI PLKN....?


Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr. Tiki Lafe mencadangkan supaya semua pelajar lepasan SPM menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu bahawa ketika ini kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM260 juta untuk melatih 120,000 pelatih PLKN setahun. Jika semua pelajar lepasan SPM menyertai PLKN, kerajaan perlu membelanjakan kira-kira RM1 bilion setahun untuk melatih kira-kira 500,000 orang. Semua pihak perlu mengkaji dengan lebih mendalam sebelum cadangan tersebut dilaksanakan. 

(Sumber foto : Kosmo Online - 26/5/2012)

Thursday, 24 May 2012

CUTI SEKOLAH BERMULA.....!


Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan. Bermula esok, 25/5/2012 hingga 9/6/2012 murid-murid akan bercuti setelah mengharungi separuh penggal persekolahan bagi sesi 2012. Penulis ingin mengingatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka mengisi masa cuti mereka dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. 



Thursday, 17 May 2012

HADIAH HARI GURU....

USAHA MENAMBAH BAIK SKIM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


1. Tempoh minimum kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan (time-based) dan berasaskan kecemerlangan dikekalkan:

Pegawai Perkhidmatan Pendiidkan Siswazah:

Gred DG41 ke DG44 = 8 tahun
Gred DG44 ke DG48 = 8 tahun
Gred DG48 ke DG52 = 6 tahun
Gred DG52 ke DG54 = 3 tahun

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma:

Gred DGA29 ke DGA32 = 8 tahun
Gred DGA32 ke DGA34 = 8 tahun
Gred DGA34 ke DGA38 = 5 tahun

2. Seramai 24,809 guru siswazah telah dinaikkan pangkat

390 orang ke DG54
676 orang ke DG52
3,898 orang ke DG48
19,805 orang ke DG44

3. Seramai 12,557 guru bukan siswazah telah dinaikkan pangkat

399 orang ke DGA38
2,639 orang ke DGA34
9,519 orang ke DGA32

4. Dianggarkan seramai 8,222 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat apabila memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai 1 Jun hingga 31 Disember 2012.

5. 854 orang pengetua dinaikkan pangkat dari Gred DG48 ke DG52

6. 4,270 Penolong Kanan dinaikkan pangkat dari Gred DG44 ke DG48 (tarikh berkuat kuasa 1 Januari 2012. Melibatkan Pengetua dan Penolong Kanan yang merupakan penyandang jawatan sedia ada sebelum atau pada 31 Disember 2011 dan yang memangku jawatan sebelum atau pada 31 Disember 2012)

7. 430 orang pengetua akan dinaikkan pangkat dari Gred DG48 ke DG52 dan 2,655 penolong kanan akan dinaikkan pangkat dari Gred DG44 ke DG48 secara berperingkat-peringkat mulai Jun 2012 setelah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

Thursday, 10 May 2012

SUWAIBAH TAKLUK GURUN SAHARA....!




Kejayaan pelari solo wanita negara, Suwaibah Muhammad Nasir menamatkan misi lariannya menakluki Gurun Sahara semalam membuktikan wanita Malaysia mampu mencipta kejayaan membanggakan di peringkat antarabangsa. Beliau menamatkan misi larian sejauh 1,111 kilometer yang bermula dari Aswan dan berakhir di Port Said itu pada kira-kira 11.30 malam tadi waktu Malaysia. Kejayaan beliau ini sepatutnya menjadi inspirasi kepada anak-anak muda untuk mencipta nama sekali gus mengharumkan nama negara di pentas dunia. 

(Sumber : Utusan Online - 10/5/2012)

Tuesday, 24 April 2012

PREVE ADA KELAS....



Penulis ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Proton Holdings Berhad (Proton) atas pelancaran kereta baharunya, Preve yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Seri Kembangan, Kuala Lumpur baru-baru ini. K eisitmewaan kereta Preve ini adalah kerana mempunyai beberapa aksesori tambahan yang mengagumkan dengan harga yang berpatutan sehingga membolehkan rakyat Malaysia memilikinya.  Kereta ini dijangka laris di pasaran tempatan dan luar negara.


(Sumber : Utusan Online - 23/4/2012)

Thursday, 12 April 2012

SEJARAH NEGARA TERCIPTA...



Sejarah baharu negara tercipta apabila Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada tanggal 11 April 2012. Baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja bagi menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Pelantikan baginda untuk tempoh lima tahun menjadikan baginda sebagai raja yang pertama dalam sejarah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua. Sejarah juga tercipta apabila pertabalan Yang di-Pertuan Agong dilangsungkan buat pertama kali di Istana Negara baharu yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur. DAULAT TUANKU.

Wednesday, 21 March 2012

KEMALA SASTERAWAN NEGARA KE-11...

 

Datuk Dr. Ahmad Kamal bin Abdulah atau lebih dikenali Kemala telah diangkat menjadi Sasterawan Negara kali ke-11. 

SPM 2011 TERBAIK ...

 

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud memberitahu bahawa keputusan peperiksaan SPM 2011 merupakan pencapaian terbaik negara dalam masa 5 tahun. Keputusan SPM 2011 menunjukkan 559 orang calon memperoleh 10A+ dalam semua mata pelajaran dan nilai Gred Purata Nasional adalah 5.04

Monday, 5 March 2012

SBP GAH DI PERINGKAT DUNIA...



Empat pelajar SBP Integrasi Tun Abdul Razak yang mewakili dua pasukan negara bersama guru pembimbingnya mempamerkan pingat emas yang dimenangi pada pertandingan IYIE 2012 di Tainan, Taiwan baru-baru ini.


Nama Malaysia sekali lagi harum di peringkat antarabangsa apabila kesemua empat pasukan yang mewakili negara pada pertandingan Pameran Reka Cipta Belia Antarabangsa (IYIE) 2012 di Tainan, Taiwan membawa pulang pingat emas dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan baru-baru ini.
Empat pasukan itu terdiri daripada pelajar-pelajar dari tiga buah sekolah berasrama penuh (SBP) iaitu Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis; SMS Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah dan SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.
Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Rosland Hussein berkata, pertandingan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) seperti ini merupakan pendedahan awal kepada pelajar untuk melihat dunia luar serta mencari pengalaman di peringkat antarabangsa.
"Kementerian mahu melihat dan memperluaskan bakat para pelajar SBP ini bukan sahaja di peringkat nasional, malah menjadi pesaing hebat kepada negara-negara maju di peringkat antarabangsa," katanya ketika ditemui di Cyberjaya, Selangor, baru-baru ini.

(Sumber : Utusan Online - 5/3/2012)

Tuesday, 28 February 2012

MAYAT BAYI DALAM PLASTIK...


KUANTAN 27 Feb. - Seorang bayi bukan sahaja dibuang ibu bapanya malah diperlakukan secara kejam apabila dimasukkan ke dalam beg plastik bersama sebiji batu bata sebelum dicampakkan ke dalam Sungai Kuantan di sini.
Mayat si kecil yang masih bertali pusat itu ditemui tersangkut pada ranting kayu di tebing sungai di bawah Jambatan Tanjung Lumpur di sini, oleh sekumpulan pemancing pada pukul 12.30 tengah hari ini.

(Sumber : Utusan Online - 28/2/2012)

Thursday, 23 February 2012

TUNTUTAN CUEPACS RAPATKAN JURANG....


CUEPACS mengemukakan tuntutan kenaikan gaji kakitangan awam gred DG54 dan ke bawah antara RM700 hingga RM2500 bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum kerajaan melaksanakan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Presidennya, Datuk Omar Osman mencadangkan kenaikan gaji bawah SSM sebanyak RM700 bagi gred 1 hingga 16, RM1000 bagi gred 17 hingga 26, RM1500 bagi gred 27 hingga 40, RM1800 bagi gred 41 hingga 48 dan RM2500 bagi gred 52 hingga 54. Kenaikan ini perlu dibuat sebelum pemindahan gaji penjawat awam dilaksanakan bawah skim SBPA supaya jurang dapat dirapatkan antara kumpulan tertinggi dengan kumpulan pelaksana apabila skim SBPA dilaksanakan nanti. 

Tuesday, 21 February 2012

ANAK DERHAKA...

 

Anak tetak ibu sehingga mati

SUNGAI PETANI 21 Feb. – Hanya kerana marah ditegur ibunya, seorang anak tergamak menetak sehingga mati wanita warga emas itu dengan parang di rumahnya di Kampung Padang Buluh, Mukim Sidam Kiri dekat sini hari ini.
Mangsa, A’inshon Abd. Rahman, 60, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kepalanya oleh penduduk sebelum melaporkan kepada polis pukul 1.30 petang.
Kejadian dikatakan berpunca apabila suspek berusia 26 tahun yang disyaki penagih dadah, berang selepas ditegur ibunya agar tidak menunggang motosikal keluar dari rumah.

(Sumber : Utusan Online - 22/2/2012)

Friday, 3 February 2012

SUAMI LANGGAR KERETA ISTERI....

Suami cemburu lepas geram


BEGINILAH keadaan kereta Perodua Myvi yang rosak teruk selepas dilanggar kira-kira 40 kali dengan lori oleh seorang lelaki yang mengamuk selepas mendakwa isterinya berlaku curang di Sungai Buloh, Selangor kelmarin.



SUNGAI BULOH – Api cemburu yang meluap-luap seorang suami terhadap isterinya yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain menyebabkannya bertindak di luar kawalan apabila melanggar kereta jenis Perodua Myvi wanita itu lebih kurang 40 kali menggunakan lori seberat dua tan kelmarin.
Kejadian pukul 11.30 malam yang turut mencemaskan jiran-jiran di Taman Suria, Kampung Desa Aman di sini itu berlaku apabila pemandu lori berusia lingkungan 40-an terbabit hilang sabar selepas bertengkar dengan isterinya di dalam rumah teres dua tingkat itu mengenai dakwaan berkenaan.
Dia yang gagal mengawal emosi kemudian mencapai kunci lori lalu keluar rumah sebelum melanggar kereta Perodua Myvi yang sering dinaiki isterinya kira-kira 40 kali hingga mengakibatkan bahagian depan kenderaan itu rosak teruk untuk melepaskan geram.

(Sumber : Kosmo Online - 4/2/2012)

SBPA: CUEPACS AKAN KEMUKA FORMULA PERPINDAHAN GAJI..

04/02/2012 11:05am


SIBU 4 Feb. – Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia (SSM) kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu.
Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Aziz Muda berkata, perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan agar ia diterima baik oleh semua penjawat awam.
"Setakat ini, kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Kesatuan Sekerja Lembaga Air Sibu (SWBEU) di sini malam tadi.
Beliau berkata, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar AS$15,000 setahun menjelang tahun 2020 tidak akan tercapai dengan kadar gaji yang diperkenalkan SBPA sebelum ini. – BERNAMA

(Sumber : Utusan Online - 4/2/2012)

12% RAKYAT MALAYSIA SAKIT MENTAL.....
























SUNGAI PETANI 3 Feb. - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar (gambar) berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.
"Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis dan kemurungan...penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan lain," katanya ketika ditemui di sini.
Katanya, tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.
"Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak..kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah," katanya.

(Sumber : Utusan Online - 4/2/2012)

Assalamualaikum. Saya akan kemas kini blog ini dengan bahan bahasa Melayu SPM format baharu KSSM