Friday 21 September 2012

LAGI WARNA-WARNI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KE-37, 2012....!



Majlis Perasmian oleh Ketua Penolong Pengarah, SPKK, JPN Kelantan

Pasukan pancaragan sekolah mengetuai perbarisan...

Perbarisan Rumah Razak...

Perbarisan Rumah Hussein....

Imej Naga, logo Rumah Hussein....

Imej Naga, logo Rumah Hussein....

Fivers Rumah Hussein...

Perbarisan Rumah Rahman....

Perbarisan Rumah Mahathir....

Ahli Rumah Hussein meraikan kemenangan Kawad Formasi terbaik....

Ahli Rumah Rahman meraikan kemenangan Khemah Terbaik....

Ahli Rumah Mahathir meraikan kemenangan Johan Keseluruhan....

Piala yang dimenangi Rumah Mahathir....


(Sumber foto : Mohamad Syazwan Shafie, jurufoto sekolah)

PERFECT SCORE SUBJEK TERAS SPM.....!

PROGRAM KEM AKADEMIK 'PERFECT SCORE'
KECEMERLANGAN SPM 2012
BAGI MATA PELAJARAN TERAS

PADA 20 - 22 SEPTEMBER 2012
BERTEMPAT DI AURA TRAINING CENTRE, BACHOK









Wednesday 19 September 2012

USAHA-USAHA MENINGKATKAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


KARANGAN BAHAGIAN A

Tugasan – Usaha Meningkatkan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah

Pusat sumber sekolah memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan seseorang murid. Pusat sumber sekolah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada murid untuk mengakses pelbagai bahan bacaan bagi menyokong  proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Dengan kata lain, pusat sumber sekolah menjadi tempat untuk mengumpul, menyusun dan menyebarkan bahan pembelajaran dan pengajaran sama ada secara bercetak atau bukan bercetak bagi memenuhi keperluan murid dan guru. Oleh itu, pelbagai usaha boleh diambil untuk meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah dalam kalangan murid dan guru.

Suasana yang kondusif perlu diwujudkan bagi meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Susunan rak buku yang memudahkan pergerakan murid untuk mencari bahan bacaan yang dikehendaki, kedudukan meja komputer yang teratur, ruang membaca yang selesa dan suasana yang tenang serta ceria mampu menarik murid-murid mengunjungi pusat sumber sekolah. Hal ini demikian kerana suasana yang kondusif dapat menenangkan fikiran, sekali gus mendorong murid-murid untuk membuat rujukan dengan lebih fokus. Mereka akan berasa selesa kerana dapat membuat rujukan secara kendiri serta mampu merancang keperluan mengikut kehendak masing-masing. Sebagai contoh, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengingatkan pengurusan sekolah supaya memperkasakan pusat sumber sekolah kerana  langkah tersebut dapat membantu dan membaiki kualiti pendidikan untuk memberikan asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat yang berpengetahuan luas. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa suasana yang kondusif mampu meningkatkan penggunaan pusat sumber dalam kalangan murid dan guru.

Selain itu, memperbanyak bahan bacaan dan rujukan juga mampu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah yang dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan seperti buku, majalah, akhbar dan komputer dengan kemudahan internet dapat memudahkan murid-murid membuat rujukan. Pusat sumber yang lengkap dan menepati kehendak pelanggannya dapat membolehkan proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan. Sebagai contoh, jika guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan meminta murid-murid melakukan kajian tentang tokoh-tokoh negara seperti sumbangan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhammad, mereka dapat mengakses maklumat yang diperlukan  dengan cepat melalui kemudahan komputer dan internet yang disediakan di pusat sumber sekolah. Murid-murid dapat menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu ke kedai buku untuk mencari maklumat yang diperlukan oleh guru. Langkah ini ibarat sambil menyelam minum air kerana murid-murid juga dapat menjimatkan wang kerana bahan rujukan yang diperlukan terdapat di pusat sumber sekolah. Jadi, jelas menunjukkan bahawa pusat sumber sekolah yang lengkap dengan bahan bacaan dapat menarik minat murid dan guru untuk mengunjunginya.

Seterusnya, mengadakan pertandingan banyak membaca juga mampu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Pertandingan membaca seperti bahan-bahan bacaan berunsur fiksyen bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta bahan bacaan bukan fiksyen bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berupaya mendorong murid-murid mengunjungi pusat sumber sekolah. Hal ini kerana mereka akan mengunjungi pusat sumber untuk meminjam bahan bacaan bagi menyahut program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Mereka akan membaca seberapa banyak bahan bacaan untuk dipenuhkan dalam Buku Rekod Membaca yang disediakan oleh pihak penganjur. Sebagai contoh, program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) mampu mendorong murid-murid membaca seberapa banyak bahan bacaan kerana pada akhir tahun pelbagai anugerah akan diberikan kepada murid-murid yang menunjukkan rekod bacaan yang paling banyak. Anugerah seperti emas, perak dan gangsa beserta sijil dan wang tunai mampu menggalakkan murid-murid mengunjungi pusat sumber sekolah untuk meminjam bahan bacaan. Oleh itu, pertandingan banyak membaca dapat meningkatkan penggunaan pusat sumber dalam kalangan murid.

Kesimpulannya, pusat sumber sekolah yang merupakan gedung ilmu perlu diperkasakan kerana  ilmu dalam pelbagai bidang yang terdapat di situ mampu melahirkan modal insan yang berilmu pengetahuan. Modal insan inilah yang akan memacu negara untuk merealisasikan aspirasi kerajaan menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Kita mahu negara Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain pada tahun tersebut. Oleh itu, usaha untuk menjana modal insan berminda kelas pertama perlu digembleng oleh semua pihak agar aspirasi ini dapat direalisasikan.

Thursday 13 September 2012

TIDAK PATRIOTIK....!


Ingkar: 3,892 nama pelatih PLKN diserah kepada polis

09/09/2012 6:28pm

KOTA BHARU — Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah menyerahkan kepada polis 3,892 nama bakal pelatih yang gagal melaporkan diri untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKB) sejak 2010.
Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan sebelum tindakan diambil terhadap pelatih terbabit.
"Kami tidak ada pilihan selain menghantar nama mereka kepada pihak polis kerana sesiapa yang ingkar dan disahkan melanggar peraturan itu tidak diberi sebarang pengecualian atau penangguhan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pergerakan pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 9/2012 di Poly-Tech Mara, di sini hari ini.
Katanya, JLKN mengambil masa untuk menyediakan senarai tersebut kerana perlu memastikan kesahihan setiap kes termasuk kegagalan pelatih memberi alasan kukuh untuk tidak menghadiri PLKN.
Abdul Hadi berkata, mereka yang didapati bersalah akan didenda menjalani khidmat komuniti selama 240 jam.— BERNAMA

(Sumber : Kosmo Online - 9/9/2012)

20A DARI RUMAH INI....!




Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti.
Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.
Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu yang menjadi tempatnya untuk berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.


(Sumber : Utusan Online - 14/3/2009)

MBMMBI...!

MBMMBI
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA & MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

sila layari...


(Sumber : http://www.moe.gov.my)

PERMOHONAN SECARA ONLINE KE SBP SESI 2013....!


Penulis ingin berkongsi maklumat mengenai permohonan secara online kemasukan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh bagi sesi 2013 akan dibuka pada 15 September 2012 hingga 31 Oktober 2012. Sila layari laman web berikut;





Wednesday 12 September 2012

PROGRAM SPM TERDEKAT....!

KEM AKADEMIK PERFECT SCORE:
KECEMERLANGAN SPM 2012 MATA PELAJARAN TERAS

TARIKH : 20 - 22 SEPTEMBER 2012

TEMPAT : AURA TRAINING CENTRE, BACHOK


MATA PELAJARAN TERLIBAT:

BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
MATEMATIK
SEJARAH
PENDIDIKAN ISLAM


PUNGUTAN MATA KOT 2012 TERKINI ......!


Berikut dipaparkan jumlah pungutan mata Kejohanan Padang dan Balapan 2012 SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra setakat hari ini, setelah selesai acara-acara akhir yang dilangsungkan sepanjang 3 hari bermula 9 - 11 September 2012. 

 MAHATHIR         365 MATA
 RAZAK                  338 MATA
 RAHMAN             306 MATA
 HUSSEIN              272 MATA

Keputusan akhir akan diketahui apabila acara-acara akhir yang lain akan dilangsungkan pada 15 September 2012 nanti. Teruskan perjuangan HUSSEIN....


Tuesday 11 September 2012

PASUKAN BAHAS BAHASA MELAYU....!



PASUKAN BAHAS BAHASA MELAYU 
SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
2012

(Sumber : Amzar Zafran Jurufoto Sekolah)

BUTTON BADGE SEMPENA KOT 2012...!





Button badge sempena Kejohanan Padang dan Balapan tahun 2012 mengikut rumah sukan. 
Design adalah hasil kerja pelajar Faris Petra. Sangat menarik...

(Sumber : Mejja Production)

Friday 7 September 2012

HARI ASRAMA TERBUKA & JAMUAN HARI RAYA....!


















Hari Asrama Terbuka dan Majlis Jamuan Hari Raya telah diadakan pada 6 September 2012 (Khamis) bertempat di Asrama Putera dan Puteri serta Dewan Mahadzir Hashim. Majlis bermula jam 7.30 pagi di Dataran Wan Hamzah dengan ucapan wakil pelajar, wakil guru, Penolong Kanan dan Pengetua. Pada jam 9.00 pagi, perjumpaan mentor-mentee diadakan di Asrama Putera dan Puteri. Seterusnya, pelajar puteri melawat Asrama Putera pada jam 10.00 pagi serta pelajar putera melawat Asrama Puteri jam 11.00 pagi. Sekitar jam 12.00 tgh hingga 3.00 petang, jamuan Hari Raya dan Majlis Kesyukuran Baiah telah diadakan di Dewan Mahadzir Hashim. Warga Faris Petra mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua jemputan ke majlis tersebut. 


(Sumber foto : Amzar Zafran jurufoto sekolah)

KARANGAN TARGET SPM 2012....!


BAHAGIAN A

[30 markah]

[Masa dicadangkan : 45 minit]
Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.



FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN SESEORANG MURID DALAM PELAJARAN

PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH
PROGRAM SEKOLAH
KELAS TUISYEN
DORONGAN IBU BAPA


CONTOH KARANGAN

Belakangan ini, soal pembinaan modal insan adalah antara perkara yang menjadi agenda utama pembangunan negara. Selaras dengan usaha kerajaan untuk memastikan Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, pembangunan modal insan menerusi bidang pendidikan telah diberi penekanan.  Hal ini cukup penting kerana kita memerlukan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan negara bersaing di peringkat global. Sehubungan dengan itu, kejayaan murid-murid dalam pelajaran menjadi agenda perdana setiap sekolah kerana mereka merupakan modal insan yang bakal memacu negara agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Pada pendapat saya, pelbagai faktor  yang dapat dikenal pasti mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.

Pembelajaran di dalam bilik darjah merupakan faktor perdana yang mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Pembelajaran dan pengajaran yang berlaku secara kondusif di dalam bilik darjah merupakan kunci utama kejayaan seseorang murid. Bilik darjah yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik, susun atur peralatan yang memudahkan pergerakan pelajar, memiliki ciri-ciri keselamatan, bersih dan ceria menjadi pendorong kepada murid-murid untuk belajar dengan selesa. Apabila murid-murid berasa selesa, mereka akan lebih fokus terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.  Jadi, apabila murid memberikan perhatian di dalam kelas, setiap perkara yang dipelajari dapat difahami dengan mudah. Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Pengajian Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia, 70 peratus kejayaan seseorang murid adalah tumpuan di dalam bilik darjah ketika proses pembelajaran dan pembelajaran, 29 peratus adalah inspirasi dan 1 peratus melibatkan genius. Oleh itu, berdasarkan kajian tersebut, dapat dirumuskan   bahawa proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah yang kondusif mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.

Seterusnya, program-program sekolah yang dirancang juga mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia mata pelajaran sama ada di dalam  atau di luar sekolah berupaya mencemerlangkan murid-murid. Program-program seperti Kem Wacana Akademik, Ceramah Teknik Menjawab , Bengkel Akademik, Cemamah Motivasi  dan sebagainya mampu meningkatkan keupayaan murid dalam pelajaran. Program-program yang dirancang seperti ini membolehkan murid-murid menguasai topik-topik utama dengan mudah dan berupaya menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Hal ini demikian kerana mereka sudah menghadapi soalan-soalan yang mirip peperiksaan sebenar dan telah berbincang  dengan guru dalam program yang dianjurkan. Tokoh motivasi negara, Datuk Dr. Mohd Fazilah Kamsah menegaskan bahawa jika seseorang melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kali maka dia mampu menghadapi setiap cabaran dengan mudah kerana sudah melaluinya sebelum ini. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa program yang dirancang oleh pihak sekolah mampu mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.

Selain itu, murid-murid yang mengikuti kelas-kelas tuisyen juga mampu berjaya dalam pelajaran. Ramai ibu bapa sekarang menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tuisyen berbayar pada luar waktu persekolahan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran anak-anak mereka dalam pelajaran. Mereka tidak menghiraukan tentang kos yang perlu dibayar kepada pusat tuisyen kerana mereka mengharapkan anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Kelas-kelas tuisyen sama ada secara individu atau kelompok mampu meningkatkan kemahiran murid dalam pelajaran. Murid-murid akan ditekankan oleh guru pusat tuisyen tentang teknik-teknik menjawab yang betul dan strategi untuk mendapat markah yang tinggi. Murid-murid akan mendapat pendedahan tersebut secara terus berbanding guru-guru di sekolah. Hal ini mampu meningkatkan kemahiran pelajar dalam setiap mata pelajaran yang diikuti, sekali gus mereka mampu menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang kerana peribahasa ada menyatakan bahawa alah bisa tegal biasa. Jadi, jelas menunjukkan bahawa murid-murid yang menghadiri kelas-kelas tuisyen mampu berjaya dalam pelajaran.

Akhir sekali, dorongan daripada ibu bapa juga mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran. Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak mereka. Setiap ibu bapa menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Tiada ibu bapa yang  mahu melihat anak-anak mereka gagal melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Mereka akan melakukan apa-apa sahaja bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan kerana pada mereka di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Mereka akan memberikan dorongan dan kata-kata motivasi kepada anak-anak mereka agar belajar bersungguh-sungguh supaya kejayaan dapat digapai. Selain motivasi, ibu bapa akan sentiasa berdoa agar anak-anak mereka dipermudahkan ketika menghadapi peperiksaan. Mereka mengharapkan anak-anak mereka akan tenang apabila menduduki peperiksaan dan dapat menjawab soalan dengan mudah. Apabila anak-anak merasakan diri mereka dihargai maka mereka akan belajar bersungguh-sungguh supaya harapan ibu bapa dapat direalisasikan. Mereka berazam untuk menghadiahkan kejayaan kepada ibu bapa sebagai balasan atas jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Jadi, jelas menunjukkan bahawa dorongan ibu bapa mempengaruhi kejayaan seseorang murid dalam pelajaran.

Kesimpulannya, aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang menjadi aset yang boleh disuntik nilai tambahnya untuk menjana pembangunan negara. Kejayaan murid-murid dalam pelajaran menjadi keutamaan dalam membina modal insan yang berwawasan. Anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran dapat menjana idea untuk memacu negara ke arah menjayakan Wawasan 2020. Jadi, ibu bapa memainkan tanggungjawab yang besar bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran kerana di bahu anak-anak inilah terletak harapan untuk menggantikan barisan kepimpinan negara yang ada sekarang selaras dengan cogan kata pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.


(Tinggalkan komen anda, sekurang-kurangnya ucap terima kasih jika mengambil bahan ini....)

JAMUAN KESYUKURAN BAIAH...











(Sumber : MGC Faris Petra.blogspot.com)

Wednesday 5 September 2012

PERTANDINGAN MENCIPTA JALUR GEMILANG....!




















Pertandingan Mencipta Jalur Gemilang telah diadakan pada 3 September 2012 (Isnin) bertempat di Dewan Sultan Muhammad V. Matlamat program ini adalah sebagai pengisian sempena Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah di samping memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. Tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...