Sunday 29 March 2020

TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL SPM


Soalan : Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin dan novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof. Kedua-dua buah novel ini mempunyai nilai kasih sayang.

Dalam novel Pantai Kasih, nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel ini ialah nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Nilai ini dapat dilihat melalui Dr. Raiha yang enggan menggugurkan kandungan walaupun disuruh oleh suaminya Dr. Sadiz kerana amat menyayangi anak yang dikandungnya itu walaupun didapati cacat.

Selain itu, nilai kasih sayang seorang ayah terhadap anak juga terdapat dalam novel ini. Buktinya ialah bapa Dr Raiha meyayangi anaknya itu apabila dia tidak mahu Dr Raiha mengahwini Dr Sadiz kerana Dr Sadiz tidak sesuai dengan Dr Raiha dan umur Dr Sadiz hampir sebaya dengannya.

Dalam novel Bimasakti Menari pula, nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel ini ialah nilai kasih sayang golongan muda terhadap alam sekitar. Nilai ini dapat dibuktikan melalui Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik begitu meyayangi alam sekitar apabila berusaha menjayakan projek Kawasan Simpan Langit Gelap bagi mengembalikan semula kegelapan di Kuala Selangor agar bintang-bintang dapat dilihat kembali.

Selain itu, nilai kasih sayang seorang ayah terhadap anak juga terdapat dalam novel ini. Buktinya ialah Tan Sri Muhaimin sentiasa memenuhi permintaan anaknya Muhammad Taufik  serta menjaga anaknya itu dengan penuh kasih sayang setelah bercerai dengan isterinya Puan Maryam Wickham.


2 comments:

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...