Saturday 4 April 2020

ASPEK KOMSAS SAJAK SANG GEMBALA KUDA


ASPEK KOMSAS SAJAK SANG GEMBALA KUDA

ASPEK KOMSAS
PERNYATAAN
HURAIAN
TEMA
Kekuatan dan kekuasaan ketua terhadap orang bawahan
Penjaga kuda mampu mengawal kudanya dengan cemeti sebagai lambang kekuatan dan kekuasaannya di kandang






PERSOALAN
Tanggungjawab seorang pemimpin terhadap  orang bawahan
Penjaga kuda menghidangkan rumput dan jerami kepada kudanya sebagai ganjaran atas tugas yang dilakukan
Keberanian menempuh pelbagai cabaran
Kuda yang ditunggangi penjaga kuda berani menempuh pelbagai cabaran walaupun menyakitkan
Ketaatan terhadap ketua/pemimpin
Kuda yang ditunggangi oleh penjaga kuda tidak mempedulikan nasib diri apabila dirembat untuk menghalau kuda-kuda yang lain
Muslihat pemimpin yang tidak disedari
Penjaga kuda menyatakan dia berjuang untuk menyelamat ummah dan menegakkan kebenaran
Ketidakprihatinan ketua terhadap orang bawahan
Penjaga kuda tidak memikirkan keletihan kuda yang ditunggangi asalkan dia dapat melaksanakan tugasnya





NILAI
Tanggungjawab
Penjaga kuda menghidangkan rumput dan jerami kepada kudanya sebagai ganjaran atas tugas yang dilakukan
Keberanian
Kuda yang ditunggangi penjaga kuda berani menempuh pelbagai cabaran walaupun menyakitkan
Ketaatan
Kuda yang ditunggangi oleh penjaga kuda tidak mempedulikan nasib diri apabila dirembat untuk menghalau kuda-kuda yang lain
Ketabahan
Kuda yang ditunggangi oleh penjaga kuda tabah menempuh segala cabaran asalkan dapat menghalau kuda-kuda yang lain
kebijaksanaan
Penjaga kuda bijak menggunakan tipu muslihat supaya perjuangannya nampak benar walaupun ada muslihat tersembunyi








PENGAJARAN
Ketua hendaklah bertanggungjawab terhadap orang bawahan
Penjaga kuda bertanggungjawab memberi rumput dan jerami kepada kudanya sebagai ganjaran atas tugas yang dilakukan
Kita hendaklah berani menempuh segala cabaran supaya matlamat tercapai
Kuda yang ditunggangi penjaga kuda berani menempuh pelbagai cabaran walaupun ia menyakitkan
Orang bawahan hendaklah taat kepada ketua supaya pengurusan menjadi mudan
Kuda yang ditunggangi oleh penjaga kuda tidak mempedulikan nasib diri apabila dirembat untuk menghalau kuda-kuda yang lain
Kita hendaklah tabah menempuh dugaan walaupun menyakitkan
Kuda yang ditunggangi oleh penjaga kuda tabah menempuh segala cabaran asalkan dapat menghalau kuda-kuda yang lain
Seorang pemimpin hendaklah bijak memimpin supaya masalah dapat diselesaikan
Penjaga kuda menggunakan tipu muslihat supaya kuda yang ditungganginya itu patuh pada arahannya
GAYA BAHASA
Metafora
rimba perburuan, paya penindasan
sinkof
tak
personifikasi
cemeti keberanian


BENTUK
Rangkap
4 rangkap
Baris
Baris serangkap tidak sama
Perkataan
3 hingga 5 patah perkataan sebaris
Suku kata
8 hingga 14 suku kata sebaris
Rima
Tidak sama setiap rangkap

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...