Friday 10 April 2020

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


ASPEK KOMSAS
PERNYATAAN
HURAIAN

PEMIKIRAN
Semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja
Aiman seorang murid berusia 17 tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana dia dibesarkan dalam keluarga yang mewah













PERSOALAN
Sikap remaja terhadap program kerajaan/ PLKN
Aiman menyuruh posmen membuang surat daripada Jabatan PLKN kerana dia tidak berminat langsung untuk menyertainya
Sikap masyarakat yang menyokong PLKN
Posmen memberitahu Aiman bahawa PLKN merupakan program yang bagus kerana banyak kemahiran dan pengalaman diperoleh
Amanah dalam melaksanakan tugas
Posmen memberitahu bahawa banyak lagi surat yang ingin dihantar kerana surat itu adalah amanah orang
Sikap remaja yang tidak menghormati orang tua/ orang gaji
Aiman meninggikan suara kepada Nek Sinah kerana memanggilnya makan sambil menyatakan Nek Sinah cuma orang gaji sahaja
Remaja yang mempunyai semangat patriotik
Nora, Sundarani dan Ah Tiau gembira apabila nama mereka terpilih untuk menyertai PLKN
Tanggungjawab guru untuk mengubah pemikiran remaja terhadap PLKN
Cikgu Dahari menerangkan lebih lanjut tentang PLKN, objektif PLKN, logo PLKN, modul PLKN dan aspek keselamatan di kem PLKN
Kepentingan PLKN kepada remaja dan negara
Cikgu Dahari memberitahu murid-muridnya bahawa PLKN ditubuhkan untuk membina sahsiah diri, mengukuhkan semangat patriotik dan memupuk perpaduan kaum
Kepentingan sastera dan budaya dalam kehidupan masa ini
Cikgu Dahari menyatakan walau maju macam mana sekalipun seseuatu bangsa itu, mereka tetap memegang kepada jati diri bangsa
Ketegasan ibu bapa untuk  masa depan anak-anak
Khir Ghazali bertegas mahu  Aiman  menyertai PLKN kerana melihat program tersebut mempunyai banyak faedah
Sikap penjawat awam yang enggan menggunakan pengaruh untuk kepentingan peribadi
Khir Ghazali enggan menggunakan pengaruhnya untuk mengecualikan Aiman daripada menyertai PLKN
Perubahan sikap remaja terhadap PLKN
Aiman melihat rakan-rakan seniornya telah berjaya setelah menyertai PLKN menyebabkan dia berhasrat untuk menyertai PLKN bagi menyahut seruan berkhidmat untuk negara











WATAK & PERWATAKAN













AIMAN

Seorang yang manja


Aiman lahir daripada keluarga yang dilimpahi kemewahan harta benda dan wang ringgit telah menjadikannya manja
Seorang yang malas
Segala kerja dirumah akan dibantu oleh orang gajinya Nek Senah
Seorang yang tidak patriotik
Aiman meminta supaya posmen membuang sahaja surat daripada Jabatan PLKN itu kerana dia tidak berminat langsung untuk menyertai
Seorang yang tidak menghormati orang tua
Aiman meninggikan suara kepada Nek Sinah kerana memanggilnya makan sambil menyatakan Nek Sinah cuma orang gaji sahaja
Seorang yang suka menggunakan wang untuk memujuk rakan
Aiman mahu belanja Nora di kantin untuk memujuk Nora yang merajuk dan biasanya sependapat dengannya dalam pelbagai perkara
Seorang yang tidak tahu berdikari
Khir Ghazali mahu isterinya mengajar Aiman berdikari kerana Aiman sudah besar sekarang
Seorang yang suka mempengaruhi orang untuk kepentingan diri
Aiman meminta ayahnya mengecualikannya daripada PLKN kerana dia enggan menyertai program tersebut
Seorang yang insaf

Aiman melihat rakan-rakan seniornya telah berjaya setelah menyertai PLKN menyebabkan dia berhasrat untuk menyertai PLKN bagi menyahut seruan berkhidmat untuk negara




















LATAR





















LATAR MASA

Cuti hujung minggu


Cuti hujung minggu merupakan masa terbaik untuk Aiman bersantai dan melakukan segala perkara yang dimahukannya
Tengah hari
Pada tengah hari, Posmen datang untuk menyampaikan sepucuk surat yang akan merubah kehidupan Aiman
Pagi
Aiman tidur dari tengah hari hingga dia terjaga pada pagi menyebabkan dia terlewat untuk ke sekolah
LATAR TEMPAT

Rumah Aiman


Cuti hujung minggu merupakan masa terbaik untuk Aiman bersantai dan melakukan segala perkara yang dimahukannya di rumah
Sekolah
Setibanya di sekolah, Aiman terasa seperti ada sesuatu yang menarik pada hari itu
Kem PLKN
Kem De Bana Jempol, Kem Paya Indah Wetland Hulu Langat Selangor, Kem Teluk Sari Mersing dan Kem Gerakhas Desaru Johor
LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang tidak patriotik


Aiman meminta supaya posmen membuang sahaja surat daripada Jabatan PLKN itu kerana dia tidak berminat langsung untuk menyertainya
Masyarakat yang amanah
Posmen memberitahu bahawa banyak lagi surat yang ingin dihantar kerana surat itu adalah amanah orang
Masyarakat yang tidak menghormati orang tua
Aiman meninggikan suara kepada Nek Sinah kerana memanggilnya makan sambil menyatakan Nek Sinah cuma orang gaji sahaja
Masyarakat remaja yang mempunyai semangat patriotik
Nora, Sundarani dan Ah Tiau gembira apabila nama mereka terpilih untuk menyertai PLKN
Masyarakat pendidik
Cikgu Dahari menerangkan lebih lanjut tentang PLKN, objektif PLKN, logo PLKN, modul PLKN dan aspek keselamatan di kem PLKN
Masyarakat yang enggan menggunakan pengaruh untuk kepentingan peribadi
Khir Ghazali enggan menggunakan pengaruhnya untuk mengecualikan Aiman daripada menyertai PLKN kerana melihat program tersebut banyak faedah akan diperoleh
Masyarakat yang bertanggungjawab untuk masa depan anak-anak
Khir Ghazali memberitahu isterinya bahawa dia mahu Aiman menyertai  PLKN kerana banyak faedah yang akan diperoleh Aiman
Masyarakat yang suka memanjakan anak
Masnah memujuk suaminya Khir Ghazali supaya menggunakan pengaruhnya untuk mengecualikan Aiman daripada menyertai PLKN kerana bimbang akan keselamatan Aiman







NILAI



Semangat cinta akan negara/patriotik
Nora, Sundarani dan Ah Tiau gembira apabila nama mereka terpilih untuk menyertai PLKN
Amanah
Posmen memberitahu bahawa banyak lagi surat yang ingin dihantar kerana surat itu adalah amanah orang
Tanggungjawab
Khir Ghazali bertanggungjawab apabila enggan menggunakan pengaruhnya untuk mengecualikan Aiman daripada menyertai PLKN kerana melihat program tersebut banyak faedah akan diperoleh
Kasih sayang 
Khir Ghazali memberitahu isterinya bahawa dia mahu Aiman menyertai PLKN kerana dia sayang kepada Aiman
Keinsafan  
Aiman melihat rakan-rakan seniornya telah berjaya setelah menyertai PLKN menyebabkan dia berhasrat untuk menyertai PLKN bagi menyahut seruan berkhidmat untuk negara







PENGAJARAN
Kita hendaklah menyokong program PLKN kerana banyak faedah akan diperoleh
Nora, Sundarani dan Ah Tiau gembira apabila nama mereka terpilih untuk menyertai PLKN kerana melihat banyak faedah yang akan diperoleh
Kita hendaklah amanah dalam pekerjaan kerana rezeki yang diperoleh akan diberkati
Posmen memberitahu bahawa banyak lagi surat yang ingin dihantar kerana surat itu adalah amanah orang
Setiap ibu bapa hendaklah bertanggungjawab mendiidk anak-anak dengan baik demi masa depan mereka
Khir Ghazali seorang  yang bertanggungjawab apabila enggan menggunakan pengaruhnya untuk mengecualikan Aiman daripada menyertai PLKN kerana melihat program tersebut banyak faedah akan diperoleh
Kita hendaklah berfikir dengan lebih jauh kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya
Aiman melihat rakan-rakan seniornya telah berjaya setelah menyertai PLKN menyebabkan dia berhasrat untuk menyertai PLKN bagi menyahut seruan berkhidmat untuk negara
Ibu bapa hendaklah menyayangi anak-anak kerana mereka adalah harta yang sangat bernilai
Masnah memujuk suaminya Khir Ghazali supaya menggunakan pengaruhnya untuk mengecualikan Aiman daripada menyertai PLKN kerana bimbang akan keselamatan Aiman





No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...