Thursday 2 April 2020

MAKSUD SAJAK GELANGGANG


GELANGGANG
Oleh Onn Malini

SAJAK
MAKSUD
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaun untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.


Penyajak menyatakan bahawa inilah tanah air kita
Yang diwarisi daripada pejuang-pejuang
Nenek moyang kita lebih lima dekad yang lalu
Ianya terbina daripada kesepakatan kaum
Tanah air ini dibina untuk diwariskan kepada anak cucu pada masa hadapan

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan.


Hari ni penyajak menyatakan kitalah yang menjadi pewaris tanah air ini yang terbina daripada titik peluh dan air mata
Tanah air kita ini menjadi aman, makmur dan rakyat bersatu padu
Penyajak mengajak supaya kita menjaga tanah air ini sebaik mungkin
Penyajak mengajak kita mempertahankan kedaulatan negara kita ini daripada perbuatan jahat
Kerana tanah air kita ini terbina daripada perpaduan pelbagai kaum

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.


Para pejuang tanah air perlu berani berjuang
Untuk menepis kata-kata cacian
Demi mempertahankan maruah tanah air kita yang suci ini
Suara-suara yang menghina
Dan memperlekehkan negara sehingga tersentuh hati hendaklah kita buang jauh-jauh tanpa tolak ansur daripada menggugat tanah air kita
Jangan sesekali kita melakukan perkara yang boleh membangkitkan kemarahan
Kerana kelak akan memusnahkan diri
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri

Penyajak menyeru supaya para pejuang yang setia
Mengukuhkan hubungan
Dan mengelakkan perbalahan sesama sendiri
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat


Penyajak menyatakan bahawa kitalah yang menjadi pewaris kekal untuk menjunjung maruah negara sebagai amanah yang perlu dipikul
Supaya terus cemerlang di pentas antarabangsa
Dan terus memacu kejayaan demi mengangkat maruah diri
Penyajak mengajak kita membina sebuah negara yang harmoni dan dihormati
Penyajak mengajak supaya kita menjunjung dan patuh kepada negara sehingga penghujung usia


1 comment:

  1. Bagus betul maksud sajak dalam blog ni..buat saya betul² faham maksud sajak

    ReplyDelete

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...