Thursday 1 November 2012

SOALAN TUDINGAN SPM 2012......(3)



CADANGAN IDEA
SOALAN TUDINGAN SPM 2012 BERDASARKAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 MENGIKUT NEGERI
KARANGAN BAHAGIAN B
DIMENSI KELUARGA

NEGERI
SOALAN
TUGASAN
IDEA 1
IDEA 2
IDEA 3
IDEA 4
IDEA 5



Pahang
Remaja bersahsiah mulia mampu membangunkan sesebuah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah murni anak-anak mereka.

Bincangkan.

Tugas ibu bapa dalam membentuk sahsiah murni anak-anak mereka
Memberikan kasih sayang dan memperuntukkan masa berkualiti bersama anak-anak
Penghayatan terhadap ilmu agama
Menyelami perasaan atau masalah yang dialami anak-anak
Mengawal pergerakan dan mengenali rakan anak-anak
Memnekankan kecemerlangan akademik anak-anak




Kelantan
Banyak pendapat mengatakan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan dengan keruntuhan institusi keluarga.

Jelaskan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini.

Peranan keluarga bagi menangani masalah social dalam kalangan remaja pada masa ini
Merapatkan hubungan kekeluargaan dengan melakukan aktiviti bersama-sama seperti melancong
Memulihkan hubungan kekeluargaan akibat perbalahan dengan mengelakkan penceraian
Berkongsi maklumat dan pandangan  tentang sesuatu isu dengan saling menghormati dan saling menghargai pandangan orang lain
Merancang aktiviti yang berfaedah bersama-sama untuk mengelakkan anak terjebak dalam aktiviti negatif
Menjadi suri teladan/ contoh kepada anak-anak seperti mengamalkan nilai murni dan budi bahasa




Terengganu
Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama yang dapat membina keluarga bahagia

Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.

Peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia
Ibu  bapa sebagai suri teladan kepada anak-anak

Persekitaran tempat tinggal yang selamat, bersih dan ceria
 Ibu bapa menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang

Anak-anak yang mengamalkan sahsiah terpuji
Cakna/prihatin terhadap tahap kesihatan ahli keluarga

(Penulis telah membuat pengubahsuaian daripada sumber Blog Cikgu Zaki)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...