PENGIKUT

Thursday, 8 November 2012

ANALISIS BAHASA MELAYU SPM 2012....(4)


BAHASA MELAYU KERTAS 1 SPM 2012

BAHAGIAN A (KARANGAN RESPONS TERHAD)

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


Tema – aktiviti Hari Kebangsaan

Tugasan – aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan negara kita.

Idea-idea;

1.       Persembahan pentas

-          Menyanyikan lagu-lagu patriotik, berlakon drama, mendeklamasikan sajak dan sebagainya
-          Penglibatan semua pelajar daripada pelbagai kaum
-          Diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah
-          Aktiviti ini dapat memupuk nilai kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid
-    Murid-murid dapat menghayati erti kemerdekaan dan menyambut Hari Kebangsaan dengan semangat patriotik yang tinggi

2.       Pertandingan melukis potret

-          Melukis potret tokoh-tokoh yang banyak berjasa kepada  negara
-         Aktiviti ini boleh dilakukan di dalam kelas semasa pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
-          Potret yang terbaik akan diberikan ganjaran
-          Murid-murid dapat mengenali tokoh-tokoh yang berjasa kepada negara
-          Dapat memupuk semangat nasionalisme dalam diri golongan muda

3.       Menghias kelas
                            
-          Murid-murid menghias kelas dengan Jalur Gemilang dan potret tokoh-tokoh negara
-          Penglibatan semua murid di dalam kelas dengan dipantau oleh guru kelas
-       Sebagai salah satu aktiviti bagi mengisi program sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah
-          Murid-murid bekerjasama dengan mengutip wang untuk membeli potret dan Jalur Gemilang
-          Aktiviti ini dapat melahirkan modal insan yang sayang akan negara

(Penulis membina rangka karangan ini berdasarkan soalan peperiksaan bahasa Melayu SPM 2012)

2 comments:

  1. cikgu bagaimana nak mulakan ayat isi cikgu??

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete